Thursday, September 29, 2011

Khalid Ibrahim Tidak Dipedulikan Di Ijok Atau Khalid Ibrahim Yang Tak Pedulikan Ijok?

Seorang sahabat saya berasal dari Batang Berjuntai yang termasuk dalam DUN Ijok. Beliau memberitahu saya bahawa orang-orang Batang Berjuntai sudah bosan dengan ADUN mereka iaitu MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Sambungnya lagi, pejabat ADUN Ijok telah ditutup. Saya tidak mempastikan kebenaran cerita itu sehingga saya melihat sendiri dengan mata saya.

Hujung minggu lepas, saya telah ke Batu 7, Ijok untuk menziarah rakan yang pernah sekelas dengan saya 30 tahun yang lalu, tetapi kini telah kembali bertugas dan menetap di situ. Rumahnya terletak di belakang sebuah dewan masyarakat. Kebetulan di dewan berkenaan sedang mengadakan satu majlis yang saya difahamkan adalah majlis sambutan Hari Raya dan Kemerdekaan.

Dari apa yang saya lihat, di kawasan dewan berkenaan hanya memasang dan mengibarkan bendera Malaysia di jalan masuk dan sekeliling dewan berkenaan. Tiada bendera parti politik samada PKR, UMNO mahu pun PAS.

Apabila ditanya kepada rakan berkenaan, aktiviti tersebut dianjurkan oleh Persatuan Penduduk kawasan berkenaan. Menurutnya lagi, mereka mendapat sumbangan dari ADUN Jeram Amirudin Sutero yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor. Tidak pula dia menyebut ada sumbangan dari ADUN mereka yang juga MB Selangor.

Yang menariknya, rakan tersebut memberitahu bahawa sebelah pagi diberi peluang kepada BN dan sebelah malam mereka memberi peluang kepada MP Kuala Selangor (PAS) Dr Dzulkefli. Alasannya, mereka adalah penyumbang-penyumbang program. Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim? Tak bagi sumbangan kot?

Apakah rakyat lupa sumbangan besar Khalid di Ijok? Baca [SINI]

Dalam hati saya berkata, "Untung jadi orang Ijok, kiri kanan orang bantu!"

2 comments:

praha2 said...

well selangorians youknow what to do when pu 13 comes. we have wasted 5 years of our lives under pr. they have done nothing only politicking thats all. throw them out selangorians

Anonymous said...

setuju dgn anda