Sunday, September 4, 2011

Bila Ketua Ranting PKR Tak Campur Masyarakat, Maka Itu Petanda Pakatan Rakyat Bakal Tumbang Di Selangor

MB Selangor disertai oleh Badrul Amin memegang lilin

Telah menjadi kelaziman bagi kawasan kediaman kami, bertakbir dari rumah ke rumah di malam Aidil Fitri.

Kami akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut lorong dan jalan. Kebetulan, kediaman Ketua Ranting PKR termasuk didalam kumpulan yang saya sertai. Apabila melintas di kediaman Ketua Ranting tersebut, Imam 2 yang mengetuai kumpulan berbisik kepada saya, "Si Abu ni tak pernah ikut takbir....". Saya jawab, "Baguslah tu Mam!".

Meskipun ada 2 kediaman yang merupakan penyokong tegar PAS, namun mereka masih turut menyertai kami.

Semasa Ramadhan yang baru berlalu, Pengarah Jabatan Latihan & Komunikasi Selangor Ustaz Badrul Amin ada memberi tazkirah di masjid kariah kami. Antara lain beliau berkata, "Jangan tunggu dah mati baru nak berada paling depan di masjid untuk disembahyangkan". Agaknya, itu ditujukan kepada kepada Ketua Ranting berkenaan kot?

No comments: