Tuesday, September 13, 2011

Belum Jadi Pengundi Dah Jadi Penyamun

Seorang remaja dari kawasan parlimen Kapar yang diwakili oleh MP Manickavasagam (PKR) sedang diburu oleh Polis Selangor ekoran kes samun 2 restoran mamak di Shah Alam.

Dalam pada itu, ekoran penahanan suspek pertama di Pangsapuri Rimba Jaya, di kawasan parlimen Shah Alam yang diwakili oleh MP Khalid Samad (PAS) telah membawa kepada penahanan 7 lagi suspek.

Moga Manickavasagam dan Khalid Samad dapat tersenyum bangga.

SHAH ALAM 13 Sept. — Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 Sept lepas di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 Sept pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 Sept) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu. [Bernama/Utusan]

No comments: