Wednesday, May 4, 2011

YB PAS Syak Orang PAS Sendiri Yang Bakar Pejabatnya

ADUN Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohammad tidak menolak kemungkinan kebakaran pejabatnya dikhianati oleh pihak dalam PAS sendiri, ekoran kejayaannya mempertahan jawatan PAS Kawasan Pasir Puteh.

PAS pun sudah dijangkiti virus gangsterisme!

2011/05/04

PASIR PUTEH: Polis hari ini mengesahkan bahawa kebakaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal di Pasir Puteh pada Sabtu lalu adalah akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal, berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan akibat khianat ke atas bangunan.

"Kami tidak boleh bagi komen lanjut mengenainya sehingga siasatan selesai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan ADUN Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah sabotaj di atas kejayaannya mempertahankan jawatan Yang Dipertua PAS Pasir Puteh.

Kebakaran 3.40 pagi itu berlaku selepas Nik Mazian memenangi pertandingan sengit merebut jawatan itu.

Dalam pertandingan itu, Nik Mazian mengalahkan pencabarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin. - BERNAMA/Berita Harian

No comments: