Wednesday, January 5, 2011

UMNO Tersepit Atau Anwar Yang Terjerut?

Anwar Ibrahim menganggap UMNO dalam keadaan tersepit dan meminta PAS bersama mereka menjelang pilihanraya yang akan datang.

Dalam pada itu, apakah Anwar sendiri sedar sebilangan besar pengundi atas pagar hakikatnya sedang menilai peranan PAS? Penilaian semula (review) golongan atas pagar terhadap kedudukan PAS dalam politik negara adalah mengikut pilihan yang berikut:-

1. PAS harus dilihat mempunyai kekuatan sendiri dan benar-benar berpaksi kepada pembelaan Islam dan Melayu; atau
2. PAS umpama 'pokok tumpang' di pohon PR yang mudah digula-gulakan dan lebih mementing duduk dalam satu kerajaan tanpa mempunyai kuasa untuk melaksanakan ideologinya; atau pilihan terakhir
3. PAS memilih untuk bersama UMNO dalam meningkatkan lagi bargaining power dan seterusnya melaksanakan ideologi yang terpendam dalam keadaan yang lebih kuat dan tersusun.

Kesan daripada perubahan lanskap politik pada hari ini, rata-rata orang Melayu dan Islam sedang mencatat kerugian-kerugian yang mereka alami bukan sahaja di negeri-negeri dibawah pentadbiran PR tetapi juga dalam konteks nasional. Pilihan bagi pengundi-pengundi pada masa akan datang juga bergantung kepada kecenderungan yang bakal ditunjukkan oleh PAS.

Andainya PAS memilih untuk kekal didalam PR, pilihan yang ada ialah samada menerima atau menyahkan kedua-duanya. Kalau PAS memilih untuk bergantung kepada kekuatan sendiri kemungkinan untuk menjadi "tembok penampan" adalah cerah malah undi dari kelompok Melayu dan Islam tidak mustahil akan bertambah. Undi solid akan pasti akan diterima andainya PAS memilih untuk bersama UMNO.

Jika berlaku keadaan yang demikian, UMNO tersepit atau Anwar yang terjerut?

No comments: