Friday, November 25, 2011

Peralatan AMK & Wanita PKR Dirampas

Khusus dari Anwar Ibrahim untuk simpanan Azmin dibawah bantal
“Sesiapa yang berkonspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, kami (sayap) Pemuda dan Wanita akan bangun dan merobohkan tembok penjara untuk membebaskan beliau,” - Timbalan Presiden PKR Azmin Ali
Drill jingga untuk Zuraidah Kamarudin

Tukul jingga untuk Sam Ketot

Foto Kapal Selam Yang Tak Menyelam Yang Didakwa Oleh Nurul Izzah


Barangkali kapal selam (foto atas) yang di dakwa tidak boleh menyelam oleh anak Anwar, Nurul Izzah?

Memang pun kapal selam tersebut tak boleh menyelam, sebab sudah dimuziumkan di Melaka.

OMG! Rupanya J. Sandagran Solomon Pun Ada Immuniti Macam Raja?

KUALA LUMPUR (Nov 24): The High Court here today ruled that trade unions enjoy absolute immunity from being sued under the Trade Unions Act 1959.

Judge Datuk V.T.Singham said Section 22(1) of the Act gave protection to trade unions against any suit filed in court, even if, the union representative had defamed the other party (the employer).

"Perhaps, it's time for the legislators to seriously consider whether the tort of defamation, if committed by or on behalf of the trade union and even if it was committed in contemplation or furtherance of a trade dispute, should be granted the immunity protection as provided under Section 21 and Section 22 of the Act," he said.

Justice Singham also said that it was very clear under the section that the court should not entertain any suit against trade unions.

Therefore, he struck out a defamation suit filed by Malayan Banking Bhd (Maybank) against the National Union of Bank Employees (NUBE) and its general secretary J.Sandagran Solomon. [The Edge]

Mengapa Anwar Sanggup Jadi Kuda Kepang?



Lihat imej kuda kepang pada banner Kongres Nasional PKR 2011 yang bakal berlangsung di Johor. Barangkali Anwar ingin meniupkan roh kuda kepang dalam perjuangan PKR.

Klik SINI untuk mengetahui rahsia kuda kepang.

UMNO Kalah?

Malam tadi ketika menunggu isteri membeli sedikit barang di pasar malam, tiba-tiba muncul seorang sahabat lama.

"Lama tak keluar bro?" katanya memulakan perbualan.

"Ada, cuma tak memunculkan diri" jawabku ringkas.

Dalam hati berkata, "Malam-malam aku kat rumah, jadi RELA siber". Malas nak diluahkan. Takkan aku nak bagi tahu yang aku ni blogger. Dari rumah pun boleh dapat info. Almaklum zaman I.T., makluman dijari-jari kita dan terhidang didepan mata. Bukan macam zaman dulu, kena keluar dan lepak-lepak, baru dapat cerita.

"Eloklah bro..... Orang UMNO ni bukan nak menang pilihanraya, tapi dia orang nak menang dalam parti," katanya.

Sambungnya lagi, "sebenarnya, dah sampai masa peralihan diberikan kepada orang-orang yang boleh bawa pada orientasi baru".

Maknanya, rakan ni nakkan perubahan dan pembaharuan. Sedikit sebanyak, mesej Najib mula meresap ke dasar. Sekurang-kurangnya, mereka mula mencari winnable candidate.

Thursday, November 24, 2011

Baru Berkumpul Nak Buat BERSIH 3.0 Dah Kena Cekup

Wajar kalau nak sertai BERSIH 3.0, sesiapa yang belum bersunat tu, elok disunatkan dulu.

Peluang Kedua Pemuda PAS Berdemontrasi Depan Elton

Jika sebelum ini bak ayam jantan berkokok petang, akhirnya Dewan Pemuda PAS membatalkan hasrat demontrasi membantah Konsert Elton John.

Namun kini ada peluang kedua untuk Pemuda PAS untuk berdemontrasi di depan Elton.

Tapi bukan depan Elton John, sebaliknya di depan Etan & Elton Tailor, Ipoh!

Semalam jam 4.00 petang YB Dato Hamdi telah membuat sidang akhbar bertempat di Dewan Undangan Negeri Perak.

Dalam sidang akhbar itu YB Dato Hamdi telah membongkar satu penipuan yang dilakukan oleh YB Nga Kor Ming mengenai tender membekalkan Long Suit kepada Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh



Dalam sebutharga ini sejumlah 5 syarikat telah memasuki sebutharga ini pada April 08.

Syarikat Goodman Tailor telah dipersetujui oleh jawatankuasa sebutharga dengan nilai sebutharga RM450 keputusan lulus pada 6/8/08. Ini juga merupakan sebutharga yang terendah.



Pada 9/8/08 keputusan sebutharga ini telah di tukar kepada Etan and Elton Tailor yang dipunyai oleh seorang lembaga pengarahnya Wong Siew Chin iaitu isteri kepada YB Nga Kor Meng.


Dan dalam masa yang sama Nga Kor Meng mengarahkan untuk membatalkan kontrak Goodman Tailor yang telah dipersetujui oleh lembaga sebutharga. - [Sungai Rapat Online]