Friday, September 5, 2014

Mat Sabu Mungkin Sertai DAP Bila Diturun Pangkat Dari Timbalan Kepada AJK Pusat


Pertembungan kelompok ulamak dan kumpulan anwarinas semakin ketara.

Bila ada gerakan menubuhkan PasMa (imbas SINI), saya yakin untuk menyimpulkan bahawa ini adalah proses penubuhan parti alternatif kepada PAS, sebagai menghadapi sebarang kemungkinan prinsip PAS berbeza dengan kehendak Ketum Anwar Ibrahim.

Dalam pertembungan ini, saya melihat bahawa Mat Sabu yang walau pun pada posisi Timbalan Presiden PAS akan menjadi tokoh yang paling terkesan, yang kemungkinan 'mati beragan' rentetan dari pertembungan antara dua puak dalam PAS tersebut.

AIDC mendedahkan Mat Sabu adalah berfahaman sosialis yang menumpang dalam PAS.

Agak memeranjatkan, apabila senarai Jawatan Kuasa yang didedah oleh blog Apanama, sekadar menamakan Mat Sabu sebaga AJK.


Hakikatnya, ini adalah suatu penghinaan terhadap Timbalan Presiden PAS. Walhal, Husam yang berjawatan Naib Presiden PAS pula yang diletakkan sebagai Presiden.

Berpandukan kedudukan Mat Sabu dalam senarai di atas, jelas bahawa ini adalah isyarat untuk menyisihkan Mat Sabu dari kumpulan Anwarinas.

Oleh itu, pilihan terbaik bagi Mat Sabu ialah menyambung perjuangan sisa-sisa fahaman sosialis bersama DAP. Jika itulah pilihannya, pasti Lim Guan Eng akan menerimanya malah tidak akan berkeberatan untuk mengangkat beliau sebagai Pengerusi DAP Nasional.

Thursday, September 4, 2014

Hadi Awang Enggan Jawab Panggilan Telefon Dari Ketum Anwar Ibrahim


Presiden PAS DS Hadi Awang dan Ketum PKR DS Anwar Ibrahim bolehlah disifatkan sudah tidak boleh saling berpandangan.

Malah boleh disimpulkan bahawa Hadi sudah samapai keperingkat tidak mahu menjawab panggilan telefon dari Ketum Anwar, apabila Malaysikini melaporkan ketidakpastian pihak PKR dalam menentukan bila pertemuan pimpinan tertinggi PKR - PAS akan diadakan, yang sekadar mampu menyebut malam ini atau esok.

Selanjut portal berkenaan melaporkan butiran yang amat memeranjatkan;
Beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu, bukan sahaja presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Ismail, malah timbalannya Azmin Ali juga tidak dihantar PAS kepada pihak istana.  
Perkara itu dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini petang ini. 
Seorang sumber yang enggan dinamakan menganggap tindakan itu "mempermain-mainkan PKR" dan mereka akan bertemu dengan PAS bagi mendapatkan penjelasannya sebelum ini.

Anwar Terpaksa Tunduk Pada Sultan dan Hadi Awang - PKR Namakan Dr Idris Ahmad Disamping Wan Azizah


Maklumat yang diterima dari seorang pemimpin cabang sebentar tadi, memaklumkan PKR akan menamakan Adun Ijok Dr Idris Ahmad sebagai salah seorang calon disamping Wan Azizah.

Sebulan yang lalu telah pun terdengar desas-desus berkenaan PAS akan mencalon Adun berkenaan sebagai calon kompromi. Malah, Idris dalam reaksinya kepada media telah pun menyatakan kesediaannya.


Jika benar maklumat yang diterima oleh kami, tentunya ia akan menimbulkan masalah dalaman baru kepada PKR.

Kem Azmin Ali awal-awal lagi telah mencadangkan nama Timbalan Presiden PKR itu sebagai salah seorang calon, namun telah ditolak mentah-mentah oleh Ketum Anwar Ibrahim.

Dengan kemasukan nama Idris, maka Azmin Ali terlepas peluang untuk dicalonkan untuk jawatan MB Selangor, apabila menarik diri dari calonkan, walhal PAS awal-awal lagi telah pun mencadangkan beliau.

Alahai Azmin Si Lebai Malang!

Ini Baru Betul Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia - Kali Ni Anwar & Guan Eng Terpaksa Ikut Cakap Hadi


Membelek foto lama DS Abdul Hadi Awang memperaga senapang patah ditangan, terserlah ketampanannya meskipun sekadar berkain pelikat dan berkemeja T pagoda.

Kalau benar laporan The Star, maka selayaknya Hadi sebagai Presiden PAS dan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia kerana keberaniannya dan atas demi agama, apabila beliau menamakan 3 calon PAS untuk perkenan Duli Tuanku Sultan Selangor sebagai calon MB Selangor.

Barangkali, hanya dengan mengangkat senapang patah sahaja yang boleh memaksa Ketum Anwar dan Lim Guan Eng untuk akur dengan cakap Hadi.

Alasan yang sama boleh digunakan oleh Hadi (seperti digunakan oleh 2 Adun PAS yang berpaling tadah menyokong Wan Azizah) kepada kedua orang sahabatnya tersebut, iaitu 'demi menyelamat Pakatan Rakyat Selangor'.

Soalnya sekarang, relakah Anwar dan Guan Eng berkorban seperti yang dituntutnya dari PAS sebelum ini?

Tindakan Hadi ini (jika sahih laporan akhbar berkenaan) adalah tindakan yang amat berani dan dilihat sebagai menjaga kemaslahatan agama dan negeri Selangor, yang tentunya mengatasi kepentingan Pakatan Rakyat.

Memeningkan Hadi Awang - Langkah Kajang Memasukkan Agenda Meminggirkan PAS Dari Pakatan

"Langkah Kajang  bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan" - Subky Latif
Subky Latif bukanlah sembarangan orang. Beliau merupakan wartawan politik yang pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia dan Watan (akhbar politik asal), malah pernah beberapa kali bertanding dalam PRU. Kemunculan pertamanya ialah pada PRK kawasan parlimen Pelabuhan Klang pada tahun 1979, selepas kematian bekas Presiden MIC, mendiang Tan Sri V. Manickavasagam.

Pengalamannya dalam persekitaran poltik negara, membuatkan beliau amat faham dengan permainan politik negara secara amnya.

Beliau dengan berani menulis dalam lidah rasmi PAS Harakah Daily dengan menyifakan Langkah Kajang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.

Tentunya luahan tersebut berpunca dari sikap DAP dan PKR yang terlalu menekan PAS, malah dengan terang-terang meletakkan kesalahan kepada PAS berhubung belum selesainya isu meletakkan isteri Ketum PKR (Wan Azizah) sebagai MB Selangor.

Kenyataan demi kenyataan dibuat samada melalui pemimpin-pemimpin kedua-dua parti berkenaan serta disokong oleh para penganalis politik yang lebih bersifat menekan PAS untuk menerima Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Walhal pada masa yang sama PAS samada suka atau tidak, harus mengambil kira pendirian umum PAS yang disandarkan kepada prinsip Islam, menjaga kemaslahatan umum dan yang paling penting menjaga hubungan baik dengan istana.

Pendirian PAS juga menyebabkan pening yang bukan kepalang kepada Ketum PKR Anwar Ibrahim untuk mengisytiharkan kerajaan Selangor hari ini sebagai kerajaan haram. Ini adalah ekoran 4 orang anggota Exco dari PAS masih meneruskan perkhidmatan mereka dalam kerajaan.

Namun, kenyataan demi kenyataan yang menyelar tindakan PAS yang berlawanan dengan apa yang disifatkan sebagai konsesus Pakatan Rakyat, amat menyinggung perasaan Subky. Apatah lagi ada yang menyerang terus Presiden PAS DS Hadi Awang melalui media sosial. Dari keadaan ini, tidak hairanlah Subky membuat kenyataan bahawa Langkah Kajang turut memasukkan agenda meminggirkan PAS dari Pakatan.

Dalam pada itu, daripada kenyataan-kenyataan Mat Sabu dan Husam yang dibuat 2 - 3 hari lepas, masih menunjukkan minat mereka terus bersama DAP dan PKR, meski pun boss mereka dibelasah teruk oleh rakan-rakan sepakatan.

Wednesday, September 3, 2014

PasMa Siap Sedia Ditubuhkan, Jika Nik Aziz Bubar PAS Untuk Bergabung Dengan UMNO

"Sudah berkali-kali saya mengajak UMNO agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin UMNO agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti UMNO itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam UMNO? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," Nik Aziz (1 Oktober 2010)
Sememangnya pun dah banyak kali ungkapan itu dituturkan oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat, malah seingatan saya ia bermula sejak awal 1980an,

Namun kalau merujuk pada hari ini, adalah amat mustahil untuk Nik Aziz meraih sokongan, kalau ditakdirkan UMNO menyahut cabaran beliau.

Dilaporkan oleh TMI, kumpulan tertentu dalam PAS telah mengadakan perjumpaan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang bertujuan secara langsung untuk menidakkan hasrat Nik Aziz.

Ternyata kata-kata Nik Aziz sudah tidak diterima pakai lagi oleh kalangan PAS sendiri.

Perkara ini sememangnya telah dijangka, seperti yang telah diramalkan SINI.

Tuesday, September 2, 2014

Mat Sabu Terus-terusan Rela Makan Babi Sama Guan Eng


Kenyataan terbaru Mat Sabu yang disiarkan di Detik Daily membayangkan bahawa beliau terus-terusan lebih rela makan babi bersama Lim Guang Eng dari makan ayam dengan Najib.

Mat Sabu dalam menyimpulkan bahawa konsep Negara Kebajikan dan tahaluf siyasi dapat melonjakkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, berpandukan kepada undi popular pada PRU13 sebanyak 52% yang memihak kepada mereka.

Namun begitu, secara umumnya jika berdasarkan angka untuk Pakatan rakyat mungkin ada kebenarannya, tetapi secara khusus ia tidak memihak kepada diri Mat Sabu dan PAS.

Mat Sabu kalah dalam di Pendang, sementara kerusi PAS di parlimen merosot dari 23 kepada 21.

Kenyataan Mat Sabu itu bagai untuk menambah pandangan Wong Chin Huat yang dibuat kelmarin (melalui rencana yang tersiar di TMI), yang bertujuan memalukan Hadi Awang. Wong menulis, Dr Siti Mariah Mahmud memenangi kawasan Kota Raja yang mempunyai 48% pengundi Melayu dengan 68% undi, jauh lebih tinggi daripada 52% yang dimenangi oleh Tok Guru Hadi Awang di Marang yang mempunyai 98% pengundi Melayu.

Hal ini bagai ungkitan bahawa kemenangan PAS adalah dari sokongan dari pengundi-pengundi bukan Islam yang kebetulan sememangnya itulah hakikatnya.

Dengan keadaan yang demikian, perlu diakui bahawa adalah terlalu amat sukar bagi PAS untuk merealisasikan aspirasi membentuk kerajaan Islam di Malaysia.

Menyedari keselesaan yang dinikmati bersama DAP (duduk sebaga Lembaga Pengarah Perbadan Air Pulau Pinang), maka Mat Sabu mengambil keputusan untuk terus duduk semeja dengan Guan Eng yang makan babi, dari mempertahankan prinsip dan jati diri PAS yang beliau sendiri adalah antara pemimpin utamanya.