Wednesday, January 1, 2014

Anwar Akan Angkat Sumpah Depan 'Raja' Di Dataran Merdeka 1/1/14


Memandangkan bagi mereka yang terlibat dalam mengguling kerajaan mengisytiharkan 'rakyat adalah raja dalam negara' (tonton video SINI), maka tidak mustahil Anwar akan mengangkat sumpah di depan 'raja' di Dataran Merdeka pada 1/1/14.

Menurut laporan blog Sungai Rapat Online, penunjuk perasaan telah berjaya menawan Dataran Merdeka.

Betul ke?

Tuesday, December 31, 2013

Video Terbaru PDRM - Dedah Ucapan Ketua Penghasut Guling Kerajaan

Tabik Selamat Jalan Anwar Ibrahim Kepada Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah Yang Keluar Parti


Anwar Ibrahim sudah boleh memberi tabik selamat jalan kepada bekas Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah, Musli Oli apabila semalam telah mengisytiharkan keluar parti.

Musli yang sebelum ini merupakan blogger mesra BN, mengubah haluan dengan menyertai PKR pada November 2011. Namun begitu, selepas PRU13 Musli acapkali menunjukkan ketawaran hatinya terhadap Anwar. Malah pada Ogos lepas, beliau telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah, tetapi memilih untuk kekal bersama PKR.

Setelah bersama parti berkenaan selama 2 tahun, beliau memilih akhirnya menamatkan kembara politiknya bersama PKR.

Monday, December 30, 2013

PAS Mansuhkan Tindakan Tatatertib Terhadap Ahli Yang Berjoget Di Khalayak Ramai - Kali Terakhir Tindakan Pada Tahun 1971

Cikgu Hashim Gera pernah menggemparkan dunia politik Malaysia pada tahun 1971, apabila dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS.

Hashim yang merupakan ahli parlimen PAS bagi kawasan Parit, Perak dikenakan tindakan tatatertib kerana berjoget dikhalayak ramai, dengan hukuman penggantungan keahlian. Walau bagai mana pun, beliau akhirnya dipecat pada 1972.

Dalam menjawab pertuduhan terhadapnya Hashim menjawab,
"Joget adalah tarian bersih.Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari.Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari"
Selepas peristiwa tersebut tiada lagi insiden dan tindakan yang serupa diambil terhadap ahli-ahli PAS.

Dengan insiden terbaru yang melibat anggota Unit Amal PAS menari bersama dengan wanita orang asli, rasanya tiada sebarang tindakan yang bakal diambil oleh PAS, memandangkan parti berkenaan telah mengadaptasi budaya berkenaan.


Lagi gambar dan peristiwa klik SINI.

Schumacher Koma Selepas Kemalangan



Menurut laporan The Telegraph, juara 7 kali Formula One kini dalam keadaan koma dan dalam keadaan kritikal, selepas terlibat dalam kemalangan ketika bermain ski di Perancis.

Sunday, December 29, 2013

Misteri Kehilangan Penyokong PKR Dari Semenanjung Di Sarawak - Dikaitkan Dengan Makhluk Aneh Di Pantai Pasir Pandak, Santubong?

Gambar Hiasan
Mengikut jadual, sepatutnya penyokong-penyokong PKR yang diketuai Solidariti Anak Muda Malaysia sepatutnya berkumpul di kediaman Ketua Menteri Sarawak, di Kuching pada jam 2.30 petang. Namun selepas ditunggu beberapa jam, kelibat mereka termasuk pemimpinnya Chegu Bard tidak muncul-muncul.

Kehilangan itu telah menjadi misteri dan apakah punya kaitan dengan misteri penemuan bangkai makhluk aneh di Pantai Pasir Pandak, Santubong kelmarin?

Baca seterusnya berita misteri ketidakmunculan mereka di SINI.

Apa Guna Keris Tersisip Dipinggang Exco Agama Selangor Kalau Tak Reti Bertikam?

Anda lihat sendiri keceriaan Exco Agama Selangor Sallehin Mukhyi (foto) dengan keris tersisip dipinggang, ketika dirakam sempena majlis hari keputeraan Sultan Selangor di Istana Alam Shah Klang, 11 Disember lalu.

Adun PAS Sabak ini, hanya memerap di kerusi exco tanpa berbuat apa-apa apabila Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988, dipertikaikan oleh NGO bukan Islam.

Jika tidak mahu menjawab pun, apa salahnya kalau mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan, apabila pemimpin gereja serta Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) mempertikaikan usaha-usaha  penguatkuasaan JAIS terhadap enakmen berkenaan sebagai tidak mematuhi perlembagaan.

Isu bermula apabila kumpulan Kristian atas nama International Full Gospel Fellowship menggunakan kalimah 'Allah' dalam suatu majlis berlangsung di sebuah hotel di Klang.

Dalam keadaan PAS Selangor sebagai parti terbanyak disamping DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi dalam DUN Selangor, berbanding PKR yang sekadar punya 14 kerusi, sewajarnya mereka (PAS) membuat pendirian terhadap kedudukan enakmen berkenaan, iaitu samada untuk kekal dikuatkuasakan atau dimansukhkan.

Pada tahun 2010, MP PAS Shah Alam Khalid Samad pernah mendakwa bahawa enakmen berkenaan telah ketinggalan zaman dan satu syor pindaan telah dirangka mensesuaikan enakmen berkenaan dengan keadaan semasa, baca SINI.

Meskipun telah melangkui 3 tahun, belum ada satu pun draf yang dikemukakan oleh PAS untuk meminda enakmen berkenaan, walhal isu penggunaan kalimah 'Allah' berterusan menjadi polemik politik.

Sejarah penggubalan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988, hakikatnya rentetan dari isu Kristianisasi yang dimainkan oleh PAS pada tahun 1987.

Dalam Kertas Putih Ops Lalang 1988 yang bertemakan 'Kearah Memelihara Keselamatan Negara' (butiran penuh klik SINI), ada menyebutkan peranan Khalid Samad dan Mohamad Sabu dalam menimbulkan keresahan dan ketegangan dikalangan orang Islam terhadap bukan Islam (muka surat 10 dan 11 kertas berkenaan).



Mengambilkira cetusan keresahan dan ketegangan yang dimulakan oleh Khalid dan Mat Sabu, lalu langkah pencegahan dibuat melalui Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988, yang melarang penggunaan istilah-istilah berikut oleh bukan Islam:-



Keseluruhan enakmen berkenaan boleh baca SINI.

Sikap berdiam diri pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Selangor dalam isu ini adalah dipersoalkan, malah seolah-olah sengaja mengheret Sultan untuk mencemar duli untuk menjawab isu ini, atas kapasiti Ketua Agama Islam, hinggakan memaksa Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa untuk mempertahankan enakmen berkenaan, baca SINI.

Dalam pada itu, khusus kepada Khalid Samad dan Mat Sabu, mereka kini berubah pendirian dalam menangani gejala pemurtadan dikalangan masyarakat Islam. Sementara bagi Sallehin yang menjadi Exco Agama, dimanakah peranan anda sebagai Exco yang ditauliahkan oleh Sultan?