Friday, December 20, 2013

Hadiah Sempena Sesi Persekolahan 2014 Dari Kerajaan Selangor - Murid Miskin Dapat RM30, Sekolah Cina Dapat RM1.33 Juta

 
“Kerajaan Selangor tidak pernah membuat pengumuman rasmi pemberian baucer RM200. Sebaliknya hanya memberi baucer RM30 untuk keluarga berpendapatan rendah untuk membeli kasut sekolah anak-anak di BATA,” - Dr Halimah Ali Exco Pendidikan Selangor

Di atas adalah pengakuan Exco Pendidikan Selangor berhubung pengesahan tiadanya bantuan baucer RM200 kepada murid-murid miskin di Selangor. Sebaliknya mengakui memberi bacer bernilai RM30.

Namun begitu, saya sempat merakamkan barangan yang diagih oleh Puteri UMNO Klang kepada murid miskin di kawasan DUN Pelabuhan Klang (kawasan yang diwakili oleh MB), yang pada anggaran RM150.00 (sepasang uniform, beg, stokin dan kasut).


Secara relatifnya, apakah RM30 sahaja yang mampu diperuntukkan walhal kerajaan negeri sering mendabik dada kerana punya rezab negeri berbilion ringgit.

Dalam pada itu semalam dilaporkan sejumlah RM1.33 juta telah disalorkan oleh Kerajaan Selangor kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang sumbangannya disampaikan oleh Dr Halimah.

Wednesday, December 18, 2013

Lagi Serangan Dari Dalam Pakatan Rakyat Terhadap Khalid Ibrahim - Kali Ini Dituduh Lembab!


Selepas diserang dengan 'pukulan curi' dari dalam Pakatan Rakyat dengan kes baucer kasut RM30 (baca SINI), hari ini sekali lagi MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah dilabelkan sebagai 'lembab' dalam mentadbir.

Bezanya kali ini, pukulan dibuat secara terang-terang oleh bukan calang-calang orang. Hari ini, MP PAS Shah Alam Khalid Samad telah mengada sidang media khusus untuk menyatakan kerajaan negeri yang diketuai oleh Khalid Ibrahim adalah LEMBAB.

Khalid Samad mendakwa selain kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempunyai terlalu banyak karenah birokrasi.

2 isu yang dibangkit oleh Khalid Samad ialah:-

  • Kelewatan memulakan projek jalan alternatif yang menghubungkan Padang Jawa dengan Seksyen 17 Shah Alam
  • Kekangan birokrasi terhadap Kompleks Pameran Perabut (mungkin merujuk kepada kompleks perabut di Seksyen 15 Shah Alam).
Khalid Samad dalam penjelasannya kepada Malaysiakini mendakwa projek jalan alternatif Padang Jawa - Seksyen 17 telah diluluskan awal tahun ini, namun hingga kini belum lagi bermula.

MP Shah Alam itu berpandangan bahawa hanya terdapat satu laluan masuk ke Padang Jawa dan beliau berpendapat dengan membuka laluan alternatif, maka akan mengurangkan kesesakan trafik di laluan keluar masuk di Padang Jawa.

Akan tetapi, beliau turut terlepas pandang bahawa jika dibuka laluan alternatif, ia bakal mengundang kesesakan dalam kawasan kampung Padang Jawa, kerana ia bakal menjadi pintas bagi kawasan Selatan Shah Alam dengan Klang. Akhirnya, yang bakal menjadi mangsa ialah penduduk-penduduk Padang Jawa.

Dalam pada itu, bagai ada sesuatu yang tidak kena pada Khalid Samad yang tiba-tiba 'mesra pemaju'. Mungkinkah ini ada kaitan dengan hobinya yang suka 'tadah tong' untuk tabung pilihanraya dan punya unsur-unsur terhutang budi?

Dibawah adalah contoh rayuan Khalid Samad menadah tong untuk dapatkan sumbangan tabung pilihanrayanya yang dipetik dari blognya (boleh rujuk SINI);


Atau apakah ini langkah permulaan untuk menurunkan Khalid Ibrahim dari kerusi MB Selangor?

Tuesday, December 17, 2013

RM30 Punya Pasal, Khalid Ibrahim Dipekenakan Penyokong Pakatan Rakyat Selangor

Exco Pendidikan Selangor Dr Halimah Ali merecik peluh apabila terbitnya SMS yang mempelawa rakyat Selangor hadir ke pejabat-pejabat Adun Pakatan Rakyat seluruh negeri untuk mendapatkan baucer 'Jom Shopping Kembali Ke Sekolah' yang bernilai RM200.00.

Khabarnya, SMS tersebut adalah palsu dan satu laporan polis telah dibuat.

SMS berkaitan mula diedarkan pada 16/12/13 iaitu sehari selepas MB Selangor TS Khalid Ibrahim mengagihkan beg sekolah di kawasan parlimennya Bandar Tun Razak.


Perhatikan foto yang dipetik dari Selangorku diatas yang merakamkan program Khalid Ibrahim pada 15/12/13 di kawasannya.

Foto ini turut mengundang persoalan apabila turut menampilkan maskot 'TAWAS' iaitu program tabungan khusus untuk anak-anak Selangor, walhal majlis sumbangan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apakah program tersebut melibatkan agensi Kerajaan Negeri Selangor?

Berbalik kepada SMS palsu seperti yang didakwa oleh Dr Halimah, beliau menyimpulkan sebagai rancangan rapi untuk memalukannya yang kebetulan mengedarkan baucer kasut sekolah hari ini yang cuma bernilai RM30.

Dr Halimah sebenarnya tidak sedar yang SMS yang di'letup'kan itu sebenarnya dilakukan oleh pihak dalaman Pakatan Rakyat yang tidak berpuashati terhadap Khalid yang menggunakan agensi kerajaan Selangor dalam programnya di Bandar Tun Razak.

Tambahan pula, baik kasut yang disumbangkan oleh Dr Halimah mahu pun beg sekolah yang diagihkan oleh Khalid cuma bernilai RM30. Maka ini memalukan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor tatkala rezab negeri bernilai bilion ringgit.

Gaji MB dan exco naik, budak-budak sekolah cuma dapat RM30. Malu!

Sunday, December 15, 2013

Anwar Ibrahim Tidak Layak Jual Nama Mandela, Kalau Sekadar Guna Kaedah Pembelaan Mandela Untuk Lepaskan Diri Dari Tuduhan Liwat


Wartawan Chanel News Asia, Melissa Goh menulis betapa kematian Nelson Mandela telah dipolitikkan oleh parti-parti politik di Malaysia dalam membandingkan persamaan perjuangan mendiang pemimpin Afrika Selatan tersebut.

Bermula dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO DS Najib Razak yang merakam penghormatan terhadap Mandela, disamping menganggap perjuangan UMNO adalah sama dengan prinsip yang dipelopori oleh mendiang.

Namun begitu, Naib Presiden PKR N. Surendran menyanggah kenyataan Najib, malah menanggap kenyataan Presiden UMNO itu menghina prinsip perjuangan Mandela.

Sebaliknya, Surendran menambah bahawa Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim lebih menghayati perjuangan Mandela.

Meskipun tidak ditulis oleh Melissa dalam artikelnya, namun kenyaatan berikut kemungkinan besar keluar dari Surendran,
One Malaysian said: "Actually it's an insult to Mandela, I should think, and the ANC, because it's far better to have been honest and not jump on the bandwagon and say we are of the same stature. We are not. It's different over here."
Artikel tersebut diakhiri dengan desakan terhadap Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma menuntut permohonan maaf dari kerajaan Malaysia diatas kenyataan Najib yang menyamakan perjuangan UMNO sama dengan prinsip Mandela.[Baca artikel penuh SINI]

Menyemak kembali sejauh mana hubungan Anwar - Mandela, tidak dapat dibuktikan keakraban diantara kedua-dua mereka. Apa yang ditemui dan disimpulkan bahawa Mandela ialah sumber inspirasi kepada Anwar. Itu sahaja.

Inspirasi Mandela  yang diangkat oleh Anwar, adalah sekadar untuk membebaskan dirinya dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. Perlu diingat bahawa Anwar telah mencedok kaedah pembelaan Mandela di mahkamah yang akhirnya membebaskan Anwar dari dipenjara.

Dalam menggunakan kaedah pembelaan Mandela, Anwar turut mempamer dan mempromosi dirinya seolah-olah berdepan dengan pertuduhan seperti yang dihadapi oleh Mandela. [Baca SINI]

Hanya berdasarkan kepada perkara di atas, layakkah PKR untuk mengaku mereka lebih berhak berbanding UMNO dan kewajaran untuk mendesak Afrika Selatan menuntut permohonan maaf dari Malaysia?

Malang sekali apabila ketaksuban terhadap Anwar menjadikan para pemimpin PKR, apatah lagi dikalangan para penyokongnya yang buta maklumat, bagai tidak malu untuk mengaku Anwar dan Mandela berjuang atas prinsip yang sama.

Disaat Anwar menjadikan Mandela sebagai sumber inspirasi, perlu diketahui bahawa aspirasi perjuangan Mandela melalui parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) telah terjalin sekian lama.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing mendedahkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Tun Dr Mahathir untuk ke Afrika Selatan selama enam bulan membantu promosi kempen ANC yang berdepan dengan PRU negara berkenaan sekitar 1993-94.

Setelah menjadi rahsia untuk tempoh 20 tahun, sewajarnya ia dibuka untuk pengetahuan umum dan tentunya Surendran akan 'malu-malu alah' dengan kenyataan pendek akalnya.

Baca pendedahan Lim Kok Wing di Utusan.

Thursday, December 12, 2013

YB DAP Sekinchan Lebih Rela Kena Penampar Noh Omar Dari Kena Penampar Lanun YB 'T'


Sebelum ini YB DAP Sekinchan Ng Suee Lim sanggup buat apa sahaja untuk pengusaha burung walet, waimah kalau ditampar oleh bekas Menteri Pertaniah DS Noh Omar.


Namun hari ini, Ng Suee Lim tidak pula sanggup untuk jadi 'juara' sekali lagi untuk membantu pengusaha burung walet yang berpiket di depan bangunan pentadbiran Selangor.


Dengan peraturan baru yang dinisiatifkan oleh Lanun YB T, bermakna orang-orang DAP di kawasan bandar sudah tidak sanggup berkongsi kediaman dengan burung walet.

Oleh itu mereka minta Lanun YB T untuk pindahkan sarang burung walet ke kawasan-kawasan kampung, yang semula jadi didiami oleh orang-orang Melayu.

Siapa Lanun YB T yang dimaksudkan oleh pengusaha burung walet?


Jangan-jangan Teng Chang Khim kot?

Siapa Pesaing Anwar Untuk Gelaran 'Lizard King' Di Pulau Pinang?


Selama ini kita cuma tahu Anwar Ibrahim punya kemahiran bagai punya lidah bercabang, sering memutar kata-kata dan selayaknya dengan gelaran 'Raja Biawak'.

Kalau tidak membaca artikel di Free Malaysia Today, mungkin kita tidak tahu yang Anwar punya pesaing untuk gelaran 'Raja Biawak' di negara ini.

Kebetulan, kedua-dua mereka berasal dari Pulau Pinang, malahan masing-masing pernah ditahan oleh pihak berkuasa pada tahun yang hampir sama iaitu 1998 dan 2008 (pesaing Anwar ditahan kali kedua pada 2010).

Baca seterusnya SINI dan tonton video di bawah;