Monday, September 10, 2012

Perangai Iblis Anwar - Akan Lumpuhkan Bekalan Petrol Untuk Cetuskan Huru-Hara Pada PRU13


Anwar semakin berperangai iblis.

Dia punya agenda untuk melumpuhkan sistem pengangkutan seluruh negara.

Cuba amati dan fahami petikan dari Antara Pos di bawah:-


Dalam petak merah di atas, mungkin pada setengah orang akan menyambut baik dengan janji tersebut.

Namun bagi operator-opertator kiosk minyak, pasti tidak akan membeli stok untuk 2-3 sebelum PRU hingga ke hari berlansungnya PRU. Siapa yang sanggup menyimpan stokpada harga mahal, jika harga minyak akan diturunkan bila berlaku pertukaran kerajaan kelak?

Jadi, maknanya Anwar melakukan provokasi untuk melumpuhkan bekalan petrol dan seterusnya keadaan huru-hara akan berlaku ketika proses pilihanraya berlansung.

Dalam pada itu, blog RBF Online membayangkan tindakan samseng Anwar, apabila beliau (Anwar) boleh tahu keputusan PRU seawal 2.30 petang.

Saturday, September 8, 2012

Kah Kah Kah Lawaknya!!! Body Guard Anwar Naik Angin & Tunjuk Pistol Airnya


Tidak pasti samada body guard Anwar tunjuk pistol atau pistol airnya.

Peristiwa khabarnya berlaku di Jasin, gara-gara adanya sambutan protes keatas rombongan Anwar.

Baca selanjut di blog Cucu Tok Selampit.

Kesian Cikgu Mala - Kurus & Merana Malah Kelihatan Tua


Gambar terbaru Cikgu Mala semasa menghadiri sambutan Aidilfitri PAS Alor Gajah beberapa hari sudah, jelas memperlihat dirinya kurus dan dimamah usia.

Nyata yang wajahnya berbeza dengan apa yang terpapar di banner majlis berkenaan.


Dua hari sebelum itu, Mala yang terlepas jawatannya gara-gara menjadi calon PAS di PRK Tenang, telah membuat rayuan memohon sumbangan untuk dana politiknya. Apakah kini Malah sedang merana dan kantungnya pun kosong?

 

PAS kini punya banyak ikon-ikon pencen (tak kira artis, polis, politikus dan penjawat awam) yang punya lebih tarikan daripada Mala.

Maksudnya, Mala masih dikira masih bernasib baik, apabila PAS Alor Gajah masih sudi untuk menjemputnya. Betapa tidaknya, kawasan-kawasan lain lebih suka menjemput Ustajah Abby.

Friday, September 7, 2012

Soalan DAP Tentang Tamrin Ghafar Di Parlimen


Tamrin anak lelaki Tun Ghafar Baba telah pun menyertai PAS Ogos lalu.

Dengar cerita, beliau masuk PAS kerana tak mahu disoal diakhirat kelak. Tambah Tamrin lagi, BN adalah parti yang menyeleweng.

Hakikatnya, Tamrin yang menggunakan BN untuk menyeleweng.


Di atas adalah petikan dari hansard parlimen. DAP melalui wakilnya Ahmad Nor pernah menyoal tentang penyelewengan Tamrin ketika menjadi Pengerusi MARA (1991 - 1993).

Tamrin ketika itu menjadi kecaman pihak pembangkang diatas skandal pembelian keahlian Kelab Golf oleh MARA.

Malah Tamrin yang ketika menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam, pernah mendapat undi tidak percaya dari UMNO Bahagian berkenaan.

Mampukah Tamrin menjadi aset kepada PAS, sedangkan ketika bersama UMNO, Tamrin adalah liabiliti kepada parti?

Sebenarnya, ada lagi kisah Tamrin di SINI.

Giliran Azmin Ali Untuk Mengaku


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah pun secara rasmi menjadi 'Pak Sanggup' bila membuat pengakuan bahawa beliau adalah pemilik sebenar bas mewah PKR untuk kegunaan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim.

Kini telah tiba pula giliran Timbalan Presiden Azmin pula menjadi 'Pak Sanggup'.

Betapa tidaknya, kelahiran bas mewah, rupa-rupanya bukan tunggal, sebaliknya kembar.

Kembarnya ialah treler kontena.

Maka, molek benarlah Azmin yang turut menyandang jawatan Pengerusi PKR Selangor untuk membuat pengakuan bahawa treler berkenaan adalah miliknya.

Baru sepadan. Bas milik ketua eksekutif negeri, semenara treler milik ketua parti negeri.

Wednesday, September 5, 2012

Bekas Penyokong PKR Dikenalpasti Sebagai Penganjur Perarakan Anti Anwar Di Depan Ibu Pejabat PKR


KL Pos telah menyiarkan pertembungan antara dua puak yang terdiri dari bekas penyokong Anwar dengan kelompok penyokong Anwar di depan Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya.


Hasil tontonan dari video di atas, saya dapati perarakan anti Anwar ini diketuai oleh bekas Ketua Cabang PKR di utara Semenanjung bernama Kalai Vanar.

Keahlian Kalai Vanar dalam PKR disahkan melalui arkib blog PAS Negeri Sembilan.


Kalai Vanar ketika ini mengetuai NGO yang dikenali sebagai Barisan Nambikkai. Perkara ini disahkan oleh KL POS dan Sinar Harian.

Dalam video di atas juga saya mengesan seorang anak lelaki calon Ketua Cabang PKR (di Selangor) yang kalah dalam pemilihan PKR yang lepas.

Kesimpulannya, pertembungan ini adalah antara bekas ahli PKR dengan ahli PKR. Tapi, di pihak PKR masih spin sebagai didalangi UMNO.

Semalam Janjikan Kenaikan Gaji Anggota Polis & Semalam Juga Pakatan Rakyat Bedal PDRM


Bukan pelik, tapi inilah yang dikatakan janji-janji manis Pakatan Rakyat yang akhirnya bila mereka menang tidak boleh dituntut oleh anggota-anggota polis.

Semalam, Pakatan Rakyat mengadakan sidang media yang berjanji untuk mengurangkan beban kerja, menaikkan gaji dan menyediakan kemudahan teknologi kepada PDRM.


Memeranjatkan pula, semalam juga Pakatan Rakyat menyelar PDRM yang kononnya mengabaikan keselamatan mereka.


Apakah dengan kenaikan gaji bakal dinikmati oleh warga PDRM (jika Pakatan Rakyat mengambilalih Putra Jaya) maka mereka juga dipaksa untuk menjadi body guard kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?