Monday, April 23, 2012

Kelantan Kini Sakit - Mereka Yang Balik Kampung Akan Beri Mandat Pada Tok Pa Bukan Pok Nik


Saya masih ingat ketika menjelangnya PRU2004 anak-anak Kelantan yang menjadi sahabat saya di Selangor, sering berbincang sesama sendiri tentang persiapan pulang ke kampung untuk mengundi.

Mood ketika itu ternyata memihak kepada BN. Tentu ramai yang masih ingat betapa BN hampir-hampir menguasai Kelantan.

Malang sekali, pada PRU2008 mood tersebut gagal dikekalkan. Persaingan tidak lagi sengit, malah ia lebih memihak kepada PAS.

Seolah-olah telah diatur silih berganti. Kini petanda pengundi-pengundi luar yang bakal memihak kepada BN telah mulai dirasai oleh PAS Kelantan.

Ada sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan pada 22 April 2012 di Puchong Perdana, Selangor gagal menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.

Majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.

Penulis yang turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian kemunculan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Berbekalkan undangan dari rakan-rakan Facebook, penulis dan empat rakan lain bertolak dari Klang menaiki dua buah kereta dan sampai di sana sewaktu Datuk Nik Aziz baru saja turun dari kereta mewah Mercedes E class mata belalang nombor plate DAT 55 berwarna hitam metallic.

Dari kejauhan kelihatan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang mengiringi Nik Aziz seperti terpinga-pinga melihat sambutan dingin dan agak hambar itu. Mungkin tidak menjangkakannya sama sekali.

Selepas Nik Aziz dan rombongannya selesai bersalaman dengan hadirin, kami menyertai majlis tersebut sambil tiga rakan lain mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran mengikut kawasan DUN tempat mereka mengundi.


Pihak penganjur pada mulanya agak yakin mampu menghimpunkan lebih 3,000 orang anak Kelantan yang tinggal dan bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir ke majlis tersebut kemudiannya terpaksa berpuas hati dengan kehadiran hanya lebih kurang 200 orang hadirin sahaja.

Kegagalan majlis tersebut tidak dapat tidak pastinya memberi satu gambaran awal keyakinan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan 22 tahun Pas dan Nik Aziz di Kelantan mungkin hampir sampai ke penghujungnya.

Jika gambaran awal mood pengundi luar sama seperti sambutan dingin yang diterima Nik Aziz dalam majlis temu muka 22 April dijadikan sandaran, besar kebarangkalian untuk Pas Kelantan bakal berdepan dengan masalah yang agak besar menjelang pilihanraya akan datang.

Tak mustahil situasi genting tahun 2004 bakal berulang seperti mana jangkaan ramai pihak ataupun mungkinkah pilihanraya umum kelak menjadi noktah akhir untuk Pas?

Sama-sama kita nantikan.

(Diolah dari tulisan asal Bluber)

Sunday, April 22, 2012

Perangai Wanita Cuba Ganggu Majlis PM Di SRJK (C) Sg Long Akan Dibawa Kepengetahuan YDPA?


Kenalkah anda kepada Lee Kee Hiong?

Beliau ialah Ahli Majlis MPKj yang pernah cuba mencetuskan provokasi di SRJK (C) Sg Long, Hulu Langat ketika lawatan PM Februari lalu. Sebagai penafian dianggap pencetus provokasi, beliau berdalih mengatakan kehadiran beliau di majlis yang disertai oleh PM itu hanya sekadar untuk makan.

Ahli Majlis Kajang Lee Kee Hiong juga adalah saksi dalam kes Teoh Beng Hock dan ketika disoal di bawah sumpah pada Suruhanjaya Diraja (RCI), mengakui yang beliau terlibat dengan dua buah syarikat iaitu WSK Services dan Hong Chae Enterprise. Disamping itu, Lee Kee Hiong juga merupakan bekas pembantu kepada Exco Ean Yong Hian.

Namun begitu, beliau memberikan kenyataan berbeza ketika disoal oleh pihak wartawan dan kenyataan beliau dikeluarkan oleh portal Free Malaysia Today. Beberapa ahli DAP tidak berpuas hati kerana tiada tindakan dikenakan ke atas beliau.Laporan awal menyatakan bahawa WSK Services memasukkan sejumlah wang ke dalam akuan DAP cawangan Serdang Aman.


Kenyataan Lee yang berbeza antara dengan RCI dan dengan portal berkenaan telah menarik perhatian pihak tertentu, yang mungkin akan memanjangkan isu ini ke pengetahuan YDPA.

Peranan Lee juga pernah didedahkan oleh blog The Unspinners, baca SINI.

Saturday, April 21, 2012

Shah Alam Alu-alukan Siswasewel Berkhemah


Kalau benar petang tadi di Dataran Shah Alam telah menjadi lautan kuning, maka elok benarlah pada siswasewel yang berhajat sangat nak berkhemah sebagai tanda protes terhadap PTPTN, memindahkan lokasi dari Dataran Merdeka ke Shah Alam.

Tapi dalam hati aku berkata, apa yang berlaku di Dataran Shah Alam petang tadi bukannya lautan kuning, tapi sekadar hanya sekadar membentuk tompok kuning!

Friday, April 20, 2012

Memadaikah Hanya Rojak Sebagai Upah Bagi Hadi Untuk Julang Anwar Ke Putra Jaya?


Dalam situasi di bawah, kucing hitam juga yang untung naik ke puncak.

Kucing yang kat bawah tu, Hadi Awang ke?

Ulamak Zaman TV Hitam Putih Jadi Calon PAS Punca Anwar Tangguhkan Pilihanraya Selangor

Blog Gelagat Anwar menulis,

"Senarai calon PAS juga tidak menggembirakan Anwar – kerana kebanyakkannya masih lagi mengekalkan kalangan ulama’ zaman TV hitam putih. Selangor perlukan perubahan, kata Anwar. Perlu lebih ramai calon muda. Calon PAS pun Anwar boleh masuk campur???"

Klik SINI untuk kisah selanjutnya.

Thursday, April 19, 2012

Anwar & Azmin Bungkam Bila Program PKR Semakin Tidak Mendapat Sambutan


Seminggu selepas kejadian Adam Adli dan rakan-rakan dihambat oleh penduduk Kg Idaman, Pelabuhan Klang (baca SINI), PKR Klang melalui Pejabat Penyelaras DUN PR Pelabuhan Klang telah cuba mengadakan program memulihkan imejnya di kawasan DUN berkenaan.

Satu program Hi-Tea telah diadakan di Pendamaran Jaya, iaitu kawasan yang mempunyai pengundi paling ramai di DUN berkenaan. Untuk rekod, semasa PRU12 PKR menang besar di kawasan tersebut. Melalui tinjauan yang telah dibuat di kawasan berkenaan, program berkenaan tidak mendapat sambutan dari pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

Bila blog Gerakan Timur mendedahkan foto-foto majlis berkenaan, saya menghubungi blogger GT dan lantas memberitahu bahawa beliau memperolehi foto-foto berkenaan melalui seorang facebooker pro PKR yang turut hadir di majlis tersebut.

Malang sungguh bagi PKR, bila mereka senakin tidak mendapat tempat dihati rakyat. Hakikatnya, dalam keadaan sekarang ini, jika PKR menang disesuatu kawasan, tidak lain kemenangan itu adalah kerana menumpang kekuatan PAS dan DAP.

Samada PR akan menyertai PRU13 di Selangor atau tidak, petanda-petanda kejatuhan semakin terserlah. Inilah akibat bila mereka, khususnya PKR hanya bergantung kepada isu untuk meraih undi.

Lagi foto-foto berkaitan boleh dilihat di blog Gerakan Timur.

Anwar Ibrahim Dapat Perkenan Sultan Khalid Al-Ijoki?

Anwar telah mengesyorkan (mengarahkan?) kepada Sultan Khalid Al-Ijoki supaya tidak membubarkan DUN Selangor serentak dengan PRU13 seperti dilaporkan oleh New Straits Times, semalam.


Andai ditakdirkan Sultan Selangor menggunakan budi bicara baginda untuk membubarkan DUN, apakah akan berlaku krisis perlembagaan?

Umum mengetahui bahawa Khalid gagal mentadbir Selangor dan syor dari Majlis PR tentunya diterima oleh Khalid dalam menyambungkan hayatnya di kerusi MB.

Laluan agak sukar bagi Khalid di kawasan DUN Ijok. Bibit-bibit menyampah rakyat di kawasannya itu hingga menerbitkan label sebagai "MB Tak Boleh Diharap". Klik SINI untuk membaca betapa benci orang Ijok terhadap Khalid.