Wednesday, March 7, 2012

Nazir Tun Razak Pun Minat Nak Jadi Calon?

Dalam satu sessi di organisasi korporat yang dipimpinnya baru-baru ini, Dato' Seri Nazir Tun Razak telah ditanya oleh anak buahnya, tentang kemungkinan beliau akan turut bertanding dalam PRU.

Secara berseloroh beliau menjawab yang beliau akan bertanding untuk Parti Cina India Melayu Bersatu, iaitu merujuk kepada entiti korporat yang dipimpinnya, CIMB.

Kalau nak bertanding pun apa salahnya sebab Kit Siang, Karpal dan Anwar boleh bertanding adik-beradik, inikan pula Nazir yang hanya adik beradik dengan PM.

Kisah Benar - Dr Hasan Ali Perbodohkan Pesuruhjaya PAS Perak



Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin menunjukkan ketidakcerdikan dirinya. Baginya, Dr Hasan Ali diibaratkan sebagai 'Si Luncai Dengan Labu-Labunya'.

Tidakkah dia tahu bahawa dari cerita rakyat, Si Luncai telah selamat mendarat ke tebing bila terjun dengan labu-labunya? Kalaulah Dr Hasan mendengar kata-kata Abu Bakar, pasti terguling-guling beliau tertawa melihat kebodohan bekas rakannya itu.

Dengar betul-betul apa yang dikatakan oleh Abu Bakar dalam video di bawah;


Berikut pula ialah petikan cerita rakyat Si Luncai:-
Maka kata Si Luncai, wahai encik pertanda, mintalah hamba sebiji labu air hendak hamba peloki, seolah-olah ganti ibu hamba, kerana hamba hendak mati ini, bolehlah hamba marifatkan hamba mati bersama-sama dengan ibu hamba. Maka jawab pertanda itu, baiklah. Kerana ia pun belas juga melihatkan orang yang telah tentu mati itu, lalu disuruhnya ambil labu air tempat bekalan mereka didalam perahu itu, yang besar sekali, seraya dikeluarkan dan diuraikan ikatnya lalu diberikan labu itu kepada Si Luncai. 
Maka dipeluk oleh Si Luncai, lalu menangislah ia dengan amat sangatnya di tengah-tengah perahu itu. Kemudian lalu ia berkata kepada segala pertanda itu, katanya ya mamak pertanda, hamba melihat tuan hamba berkayuh itu terlalulah kasihan di hati hamba oleh terlampau penatnya. Jika begitu, ada suatu nyanyi supaya boleh membuat pelalai berkayuh itu, kita perbuat beramai-ramai. Maka jawab pertanda itu, apa dia? Luncai, pelalai itu? Maka kata Si Luncai, buatlah demikian. Si luncai terjun dengan labu-labunya, jawabnya biarkan, biarkan. Maka pertanda itu semuanya membuatlah seperti yang diajarkan oleh Si Luncai itu beramai-ramai. Si Luncai terjun dengan labu-labunya! Biarkan, biarkan. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan.
Maka dengan hal yang demikian bernyanyi itu bersahut-sahut, Si Luncai pun terjunlah sungguh kedalam sungai seraya menyelam. Maka pertanda jurumudi itu beberapa kali telah menyatakan, Si Luncai sudag terjun dengan labu-labunya kedalam air, tetapi oleh sabor dengan nyanyinya itu tiadalah siapa yang menghiraukan. Kemudia lalu berkatalah pula jurumudi dengan bengisnya, hai kamu sekalian anak perahu, cubalah lihat kebelakang, Si Luncai sudah terjun.
Maka barulah masing-masing menoleh keburitan perahu. Sesungguhnya campaklah Si Luncai sudah terdiri ditepi tebing sebelah kiri sungai. Wah apatah lagi. Bergopogopohlah masing-masing mengayuh perahu mendapatkan Si Luncai kedarat, lalu ditangkapnya.
Baca versi penuh [klik Si Luncai]

Tuesday, March 6, 2012

Krisis Kedah : Pharolrazi & Dr Ismail Kecewa? - Mustafa Ali Sahkan Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Negeri Kedah Hanya Diberi Stering Tanpa Kenderaan

Dipetik dari FMT (keratan di bawah), Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata Jawatankuasa Pemandu hanya bersifat penasihat dan bukannya sebagai kuasa tertinggi dalam pentadbiran Negeri Kedah.

Ini bermakna, Jawatankuasa Pemandu hanya diberikan stering tanpa kenderaan untuk dipacu.

Sebelum ini pun, blog The Unspinners telah pun melontarkan pandangan bahawa jawatankuasa tersebut bercanggah dengan kelaziman biasa dalam pentadbiran negeri. MB Azizan Razak hakikatnya, dilantik mengikut perlembagaan, melalui perkenan Diraja. [Klik SINI]


Kalau berdasarkan video di atas Phahrolrazi dan Dr Ismail gembira dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan bagi mereka matlamat telah dicapai.

Namun, dengan pengumuman Mustafa, apakah mereka masih berpuas hati? Rasanya, jika Phahrolrazi dan Dr Ismail berasa kecewa dengan kenyataan tersebut, langkah terbaik ialah mengusulkan undi tidak percaya kepada Azizan di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Soalnya, beranikah mereka?

Objek Lucah Dikesan Pada Tandatangan Anwar

Betulkah tanda tangan di atas adalah tandatangan Anwar?

Kelihatan bentuknya seakan-akan kepala anunya.

Periksa tandatangan Anwar di SINI dan kepala anunya di SINI.

Sessi Pendengaran SELCAT Berkenaan Kes Penyelewengan Pasir Selangor - Hanya Sekadar Tolong Kibas Pasir Dibadan Suhaimi & Amiruddin?

Masakan Azmi akan biarkan Suhaimi (ADUN PKR Seri Muda) dan Amiruddin (ADUN PKR Batu Caves) terjerat.

Sessi hanya sekadar untuk tolong membuang pasir yang berlumuran dibadan mereka berdua.

Sekali-Sekala Apabila Ayah Pin Turun Dari Langit Untuk Beli Rokok Gudang Garam, Dia Akan Jumpa Profesional Melayu

Harris Ibrahim mempertikaikan taraf Bumiputera yang diberikan kepada masyarakat Siam di Kedah.

Blog The Unspinners menjawab di SINI.

Tapi yang menariknya, The Unspinners mengaitkan Harris dengan 'Kerajaan Teko'.

Monday, March 5, 2012

Phahrolrazi & Ismail Tewas Dalam Tuntutuan Mereka - PAS Pusat Arah Terima Jawatan Exco

Kenyataan media PAS Pusat mengarahkan Phahrolrazi dan Ismail menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah, iaitu sebagai pelan penyelesaian krisis pentadbiran Negeri Kedah.

Akhirnya, Phahrolrazi tewas meskipun yakin menang ketika diawal krisis.