Patutlah PKR secara solo menganjurkan konvensyen pilihanraya. Barangkali mereka yakin tanpa sokongan DAP dan PAS mereka boleh mengalahkan BN."Akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan terbaru yang kini berada di pasaran tampil dengan amanat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu semakin menghampiri Putrajaya.
Dengan muka depan bertajuk ‘Lagi 5 peratus ke Putrajaya’ ia mengupas ucapan Anwar di Konvensyen pilihan raya KEADILAN minggu lalu yang menyebut parti itu hanya memerlukan lima peratus lagi sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut Anwar, berdasarkan keadaan politik semasa, KEADILAN memerlukan sekurangnya 55 peratus undi popular untuk menumbangkan Barisan Nasional .
Ini kerana 51 peratus undi popular masih tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya umum berikutan amalan penipuan yang dilakukan BN dan SPR." - [KeadilanDaily]
Tuesday, June 21, 2011
Anwar Yakin Tanpa Sokongan PAS & DAP, PKR Tetap Boleh Menang!
Pada Anwar Ibrahim, PKR tidak memerlukan DAP dan PAS untuk ke Putra Jaya. Dengan yakin, beliau berkata undi popular PKR sendiri sudah dalam keadaan 50%.
Malang sungguh Hadi dan Lim Kit Siang kerana Anwar telah menjadikan mereka umpama nasi tambah kepada PKR!
Layakkah ADUN PAS Selising & Perupuk Dapat Insentif Dari Kerajaan Kelantan?
"Kelantan's PAS-led government is considering giving incentives to those who marry single mothers, provided they inform their first wife about their intentions, the house was told here on Tuesday.
State Women Development and Health committee chairman Wan Ubaidah Omar (PAS-Tanjung Mas) said the move was triggered by a suggestion from the Ahmad Baihai Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) on Monday" - The Star
Tolong ingat sikit! Insentif hanya pada yang mengahwini ibu tunggal, bukan melarikan isteri orang.
Monday, June 20, 2011
Layakkah Khairy Memimpin Platun Untuk Bertempur?
Bila Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Khairy Jamaluddin (KJ) membuat keputusan sebulat suara untuk menyaingi Himpunan Jalanan BERSIH 2.0, maka saya melihat KJ sebagai seorang Brigadier Jeneral yang bakal memimpin batalion tentera untuk berperang.
Namun apabila beliau mempertikaikan LID (Langkawi International Dialogue) malah mencadangkan LID dihentikan, dengan sendirinya KJ menurunkan darjat hanya layak untuk sepasukan platun tentera untuk menjalankan satu operasi kecil.
Kesilapan KJ ialah mencipta musuh dalaman, disaat-saat menjelang pertempuran. Itulah silap besar KJ.
Malah bagi PM DS Najib Razak membayangkan LID diteruskan dan akan kembali diadakan di Langkawi tempat asal dialog tersebut, tahun hadapan.
KJ sepatutnya meletakkan dirinya sebagai panglima, bukan menjadi pencetus masalah kepada batalion yang dipimpinnya. Sikap dan pendekatan KJ sebagai Ketua Pemuda tidak seharusnya sebagai check & balance disaat-saat menghadapi suatu perang besar. Psikologi pasukan perlu dijaga dan harus fokus kepada pertempuran. Sebenarnya itulah kehendak pemuda, jika tidak masakan keputusan sebulat suara terhasi dalam menyaingi Himpunan BERSIH 2.0.
Melainkan, ketika parti sedang kuat mungkinlah boleh dilaksanakan pendekatan yang dibuat oleh KJ. Soal berunding, berbincang dan berforum dengan pembangkang tidak memberikan impak yang begitu besar kerana pada saat ini pembangkang khususnya PAS menutup perundingan. Perdebatan mahu pun forum hanya lebih menjurus kepada pernyataan idea tetapi tanpa sebarang titik pertemuan yang boleh dijadikan keputusan bersama. Ringkasnya, Pemuda UMNO tetap dengan pendiriannya dan begitu juga pihak lawan, tetap dengan pendiriannya.
Nasihat saya kepada KJ rapatkan dulu Pemuda UMNO dan kuatkan dulu pengaruh, seterusnya letakkan diri anda sebagai ikon, barulah anda boleh memukul parti anda sendiri. Malah yang lebih penting, jangan sekali lukai hati orang-orang tua yang masih berpengaruh. Kesilapan demi kesilapan yang anda lakukan, maka hanya melayakkan anda untuk memimpin platun dan bukannya batalion!
Ambik Kau!!! Bertepek Kahak Ambiga Kat Muka Anwar
Siapa mahu Anwar mahu arahkan Ambiga?
Ambiga sudah perasan yang dia jeneral rakyat.
KUALA LUMPUR: Coalition for Free And Fair Elections (Bersih) chairperson, S Ambiga today said the polls watchdog would not back down from its mass rally planned for July 9.
“It is not for Anwar to decide to call it off,” said Ambiga who leads the coalition of about 62 NGOs and political parties. - FMT
Sunday, June 19, 2011
KJ, Apakah Anda Fikir Bahawa Anda Ikon Anak Muda Malaysia?
Kenyataan bodoh dan bangang!
"(Zimbabwe President) Robert Mugabe arrived in Malaysia. What do we gain by inviting a leader like this? It has been sometime...need to halt such dialogue." - Khairy Jamaluddin/MalaysianDigestPatutlah Pak Lah tergolek, akibat dari salah nasihat si menantu.
Berapa banyak sokongan yang diraih oleh Khairy dari kenyataan di atas? Satukan pemuda dulu dari membuat kenyataan-kenyataan bodoh yang boleh menikam diri sendiri. Lainlah kalau KJ adalah icon anak muda terkini, jadi bolehlah bercakap apa sahaja.
Nazri Aziz pernah berkata, pemuda jangan takut buat salah. Tapi kalau dalam kes KJ yang sentiasa bersalah, jadi bangang kesudahanya.
Khalid Samad Pun Dah Berani Cerita Hal Karipap!
***Bagi yang menganggap semua yang berlaku semasa mesyuarat adalah rahsia, maka saya ingin bertanya. Kalau saya menceritakan kepada seseorang, "semasa mesyuarat tadi saya minum kopi bersama dua ketul karipap", adakah itu menjadi rahsia parti? Adakah apa yang dimakan dan minum semasa mesyuarat pun boleh menjadi rahsia parti? Hairan bin ajaiblah sekiranya dijawabnya "Ya!"*** - Khalid SamadKhalid Samad telah ditegur kerana menceritakan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kerana ia merupakan rahsia parti.
Walau pun secara peribadi sememangnya saya berbeza pandangan politik dengan Khalid, namun sebagai manusia saya rasa perlu juga untuk saya bercakap dari segi realiti politik secara umumnya.
Khalid hakikatnya berniat untuk mendidik dan ingin memberitahu bahawa dalam Islam tidak diktator dan mengamalkan syura. Dalam pada itu, Khalid juga perlu sedar bahawa dalam politik Islam juga ada pendapat mengatakan bahawa ketua tidak terikat dengan cadangan syura. Dan inilah yang harus difahami, bukan sahaja Khalid, ahli PAS tetapi semua orang.
Malah, hak menegur ketua juga ada keterbatasannya dan menegur juga perlu dengan hikmah.
Apa pun, malas nak mengulas panjang kerana kalau disanggah pun takkan Khalid hendak menerima, apatah lagi dari saya yang bukan dari jamaahnya.
Bab makan karipap yang dijadikan contoh tu, mungkin terkeluar secara spontan dan kebetulan dan pastinya bukan merujuk kepada Anwar Ibrahim (?). Hahahaha.........
Wajah Komersial Khalid Ibrahim Bernilai RM15 Juta?
Even DAP’s Loke said “If Datuk Seri Ng Yen Yen has problems getting people to help start Facebook pages, DAP headquarters can help her out, we have people who can develop these things at no cost,” [Universal blog]
“DAP conveniently criticises the Tourism Ministry for spending RM1.8mil for social media advertising, but they themselves use up to 10 times the amount spent just to let the people know who their Mentri Besar (Selangor) is. [The Star]
Subscribe to:
Posts (Atom)