Monday, March 21, 2011

Lelaki 'Buncit' = Lelaki 'Y'?

Belum pun dapat merungkai misteri lelaki 'Y', kini masalah menjadi semakin complicated untuk menyelesaikan misteri lelaki 'buncit'.

URGENT!!!! Sukarelawan Surat Sumpah Diperlukan - Sila Datang Ke Pejabat Anwar Di Bangunan Peransang

Sesiapa yang sanggup tanda tangan surat sumpah (Perakuan Berkanun) sila datang ke Pejabat Penasihat Ekonomi, Selangor malam ini jam 9.30 malam [SINI].

Penginapan dan makanan percuma disediakan di hotel bersebelahan dan kalau bernasib baik mungkin dikurung hingga 3 hari.

Calon-calon juga dinasihatkan menjauhi dari individu yang dikenali sebagai Dato' T, kerana beliau dikatakan menyimpan [foto ini].

Najib Seberani Sultan Negeri Beringin Rendang!

Seperti yang telah dijangka [SINI], Karpal Singh telah menyata hasrat mempertimbangkan untuk mengheret DS Najib ke mahkamah [SINI].

Samada Karpal mahu pun Anwar Ibrahim, merupakan pendokong Ketuanan Rakyat. Saya yakin, semua rakyat, samada pro mahu pun anti Pakatan Rakyat ingin tahu di sebalik misteri lelaki Y.

Realitinya, Najib juga seolah-olah serius mempertaruhkan kerusi PMnya kepada Anwar Ibrahim dalam merungkai misteri lelaki Y.

Tidak ramai PM yang seberani Sultan Negeri Beringin Rendang [Nujum Pak Belalalang].

Khabar terbaru, ada aksi-aksi menarik pemimpin parti pembangkang [Malaysiakini]. Jawapannya dah sedia ada - PERANGKAP. (Kepala hotak dia.... sendiri yang pilih)

Mungkin Aziz Bari Mahu Lihat Najib Didakwa Atas Contempt of Court


Pastinya, balaci-balaci Anwar Ibrahim semakin terhimpit untuk mencari helah dan berdalih berhubung dengan isu DNA lelaki misteri Y [tvsnews].

Mudah sahaja, jangan bicara soal Ketuanan Rakyat kalau takut DNA Anwar Ibrahim diketahui seluruh rakyat!

Bersambungnya, perbicaraan liwat Anwar Ibrahim pagi ini, mungkinkah dimulakan dengan permohonan Karpal Singh untuk memenjarakan anggota kabinet Malaysia, termasuk PM sekali?

Sunday, March 20, 2011

Mahfuz Omar Buat Anwar Ibrahim Terperangkap!

Mahfuz Omar dipetik sebagai berkata
"Saya yakin saman ekor, debat Anwar dengan Najib dan Buku Jingga akan menamatkan pemerintahan BN di Malaysia," [Harakahdaily]
Namun beliau terlupa yang PM telah menyatakan kesediaan untuk menyerahkan DNAnya, jika benar-benar diperlukan.

Kesediaan itu, sudah cukup untuk checkmate Anwar!

Roadshow Najib Sanggup Serah DNA, Roadshow Anwar Meraban Takut Serah DNA

DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim masing-masing akan menjelajah seluruh negara.

Yang membezakan mereka, Najib menjelajah seluruh negara untuk mendegar dan menyelesaikan permasalahan rakyat [baca SINI], sementara Anwar Ibrahim sebok buat roadshow untuk menyelesaikan masalah peribadinya [baca SINI].

Khabarnya, semalam Najib sanggup menyerahkan DNAnya, andainya dipinta. Soalnya sekarang, apakah Anwar turut berani?

Kalau Ini Perangai Anwar Ibrahim, Suatu Hari Nanti Usahkan Makan Nasi, Makan Pasir Pun Tak Dapat

MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak layak bercakap berkenaan tadbir urus yang baik. Sudahlah Yayasan Selangor rugi, kini ditambah pula kerja-kerja mengorek pasir yang tidak terkawal.

Utusan Malaysia melaporkan [SINI], kerja-kerja mengorek pasir di kawasan Orang Asli di Mukim Tanjung 12.

Anwar Ibrahim, sebagai Penasihat Ekonomi, apa komen ada? Jangan pandai bercakap sahaja [baca SINI].

Satu hari nanti, generasi di Selangor usahkan makan nasi, makan pasir pun tak dapat!