Thursday, February 24, 2011

AWAS! : Jangan Biarkan Anak-Anak Bermain Di Tepi Dewan

Gambar : Hiasan

Mungkin kebanyakan orang akan kata tahyul. Tapi ini sekadar peringatan sebelum apa-apa berlaku. Kepada anda semua dinasihatkan tidak membiarkan anak-anak bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa, samada di perkarangan dewan, di tepi dewan malah di dalam dewan.

Kini dilaporkan telah kerap berlaku siri bercakap dengan kerusi. Rujuk laporannya di SINI.

Hanya Kerana Jubah Nik Aziz Kelihatan Lebih Islamik Dari Mahathir

"Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan." - Tun Dr Mahathir
Rasanya tak perlu diterangkan kepada Nik Aziz, bahawa mengalihkan halangan di jalan adalah sebahagian dari iman. Kalau hanya mengalih halangan di jalan merupakan sebahagian dari iman, apakah pula ganjaran membuat jalan?

Mungkin juga bagi Nik Aziz, barangkali tidak Islamik bagi Mahathir melontarkan idea pembinaan pelabuhan yang lebih besar (Pelabuhan Barat) di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Walhal, dengan siapnya kedua-dua pelabuhan ini ia memberikan impak besar kepada kedaulatan negara dan perkembangan ekonomi negara. Dari segi inilah kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada Mahathir berbanding Nik Aziz.

Mungkin dalam bab ini Nik Aziz begitu jahil. Apa yang dilakukan oleh Mahathir, sebenarnya membebaskan Malaysia dari terlalu bergantung kepada Singapura untuk mobiliti perdagangan negara dengan negara luar. Sebelum ini, majoriti eksport Malaysia terpaksa melalui Singapura kerana kita tidak mempunyai pelabuhan yang besar dan kecekapan mengendalikan pelabuhan.

Disamping pengangkutan laut, pengangkutan udara juga diberi perhatian oleh Mahathir. Lapangan terbang yang besar seperti KLIA di Sepang juga menjadi asas bagi Malaysia untuk berdiri di kaki sendiri.

Tidak salah untuk Nik Aziz untuk iri hati kepada Mahathir. Namun, iri hati itu biarlah kepada perkara yang memberi manfaat, umpamanya dalam hal memberikan kesejahteraan kepada generasi akan datang. Pernahkah Nik Aziz memikirkan sesuatu untuk generasi yang akan datang seperti yang pernah difikirkan oleh Mahathir melalui Wawasan 2020? Sekurang-kurangnya melalui wawasan tersebut, tanpa Nik Aziz sedari secara langsung telah meletakkan sasaran kecemerlangan Islam selepas 100 tahun kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah.

Sebenarnya Nik Aziz tidak perasan dalam hal ini kerana Nik Aziz terlalu kerdil berbanding Mahathir. Jasa-jasa Mahathir kepada Islam dan negara begitu signifikan. Rasanya, kalau hendak dibandingkan keislaman Nik Aziz dengan Mahathir, kelebihan Nik Aziz hanyalah pada jubah yang dipakainya!

Wednesday, February 23, 2011

Kalau Najib Lantik Zairil Khir Johari, Pasti Riuh Ayam Sereban

Perlantikan Zairil Khir Johari sebagai Setpol Lim Guan Eng adalah tepat lagi bijaksana. Sekurang-kurangnya ia dapat menyelamatkan Zairil dari kutukan PAS.

Cuba anda bayangkan jika Zairil dilantik sebgai Setpol PM, DS Najib Tun Razak. Pasti ia mengundang cemuhan dan kutukan dari PAS. Contoh, Zairil membesar dengan wang hasil judi malah mungkin juga dipertikaikan kemelayuan malah keislamannya (barangkali)!

Baca SINI berkenaan perlantikan Zairil dan SINI yang mendedahkan keraguan tentang siapa yang sebenarnya.

Hakikatnya kepada UMNO tidak mendatang sebarang kesan terhadap perlantikan tersebut. Kita tunggu PAS sindir Lim Guang Eng.

Tuesday, February 22, 2011

Bob Sertai PAS : Ketempangan Sistem Atau Fizikal?

Saya mengenali secara dekat salah seorang anggota kumpulan rock Wings yang tampil dan menempa nama disekitar hujung 80an. Dari situ, saya telah sekali berkesempatan duduk makan dengan semua anggota Wings yang pada masa itu (1987, kalau tidak silap) belum lagi berpeluang merakamkan album malah masih bertatih dan jauh ketinggalan dengan Search mahu pun Lefhanded yang telah pun terkenal dan menjadi ikon remaja pada masa itu. Saya masih ingat lagi, pada masa Bob Lokman juga nobody ketika itu, turut ada bersama dengan anggota-anggota Wings.

Sambil makan nasi lemak bungkus dan menunggu sesi jamming, sempat juga berbual-bual dengan Bob Lokman. Dari perbualan tersebut tahulah saya bahawa Bob Lokman telah tersilap langkah dan terdorong dengan nafsu mudanya. Sebelum ini beliau memberitahu saya yang beliau berniaga buah-buahan di tepi jalan (kalau tak silap saya, di satu kawasan di jalan KL-Kajang) dengan pendapatan mencecah RM800 sehari. Namun begitu, Bob mengakui telah mensia-siakan rezeki kurniaan Allah dan perniagaannya telah gagal akibat kesilapannya sendiri.

Saya difahamkan Bob juga merupakan bekas pelajar sebuah Sekolah Menengah Agama dan berasal dari Kelantan. Justeru, tidaklah menghairankan jika beliau ingin kembali kepada Islam. Cuma hidayahnya lambat sampai kepadanya walau pun ujian dari Allah telah 2 kali dilaluinya. Pertama, apabila rezeki berniaga buah ditarik oleh Allah s.w.t dan yang kedua, apabila beliau diuji dengan kesakitan badan akibat slipped disc (kisahnya pernah disiarkan di sebuah stesyen tv).

Namun, apabila telah sedar kesilapan diri beliau nampaknya memilih jalan zuhud (dari cara pakaiannya) dalam kehidupan. Mungkin beliau mengambil iktibar dari sahabat-sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf yang menginfak harta kekayaan masing-masing ke jalan Allah. Baguslah kalau begitu.

Bob pada masa yang sama, cuba memperbetulkan dirinya sebagai pemimpin keluarga. Soalnya sekarang, apakah PAS sahaja wadah memperjuangkan Islam. Terkuburnya PAS, bukanlah bermakna terkubur juga juga perjuangan Islam. Jihad ke jalan Allah tetap berterusan dan akan diteruskan oleh mana-mana jamaah yang dipilih oleh Allah swt. Video di bawah merupakan jawapan oleh Bob mengapa beliau memilih PAS sebagai wadah.


Saya agak musykil apabila melihat Bob sering bertongkat. Tidak pasti samada secara fizikalnya memang Bob memerlukan tongkat untuk bergerak, atau mengikut trend seorang zahid seperti Baba Aziz?

Andainya bertongkat adalah disebabkan kekurangan fizikal, bermakna ia suatu kerugian kepada PAS. Bob sepatutnya menyertai PAS tetapi dimasa kekuatan fizikal masih utuh. Namun, itulah dinamakan takdir Allah, bila disaat itulah beliau menuruti sistem yang pada beliau tidak betul pada hari ini. Dengan sistem yang beliau sendiri anggap salah itu jugalah yang menjulang namanya. Tanpa sistem itu Bob tetap nobody.

Malahan juga, di pentas sistem yang tidak betul ini juga Bob telah melangkah pergi ke satu daerah yang penuh dengan impian dan harapan, walhal PAS juga berjamaah bersama PKR dan DAP. Di situ juga beliau akan berhadapan sistem yang bercelaru. Saksikan langkah Bob ke alam impiannya dengan membawa bungkusan kegagalan sebagai seorang seorang bapa (?).

Monday, February 21, 2011

Nik Aziz Terlalu Kerdil Berbanding Dr Mahathir Diperingkat Antarabangsa

Atas suatu urusan, saya berkesempatan berkenalan dengan seorang mantan gabenor Wilayah di sebuah negara di Afrika. Wilayah yang ditadbir oleh mantan gabenor mengguna pakai Undang-Undang Syariah.

Dari perbualan dengan mantan gabenor ini beliau begitu mengkagumi Tun Dr Mahathir. Pernah satu ketika, beliau terbang beribu kilometer dari negaranya semata-mata ingin bertemu idolanya, setelah mengetahui TDM akan hadir di Pameran Seni Khat anjuran Muzium Kesenian Islam. Beliau berpuas hati, meskipun hanya sekadar dapat bersalaman dan cuma bercakap beberapa patah perkataan dengan TDM.

Sepanjang beberapa pertemuan semenjak 2008, saya tidak pernah mendengar beliau menyebut nama TG Nik Aziz Nik Mat malah tidak sekali pun menyatakan hasrat hendak berkunjung ke Kelantan.

Dapatkan versi lain berkaitan kemasyhuran TDM berbanding TGNA di PAPA GOMO.

Sunday, February 20, 2011

Khalid Ibrahim Melawat Kawasan Parlimen : Kanak-Kanak Diraikan Dengan Kehadiran Flintstone

Kanak-kanak di kawasan parlimen Bandar Tun Razak telah diraikan oleh MP kawasan tersebut TS Khalid Ibrahim, dengan kehadiran Mr Flintstone.

Kegembiraan kanak-kanak dengan kehadiran Mr Flintstone tergambar di SINI.

P/S Khalid Ibrahim ada tak iras Flintstone? Khalid Ibrahim juga flintstone @ batu api.....

Konvensyen PAS Buang Hak Keistimewaan Melayu Dan Bumiputera


Akhirnya PAS terpaksa berpijak kepada realiti politik dan menyedari hakikat bahawa isu Melayu amat penting dalam meraih sokongan orang-orang Melayu.

Namun dari segi penerimaan luaran, masih terlalu samar dan meragukan. Maksudnya, sejauh mana resolusi 12 perkara yang dibentangkan di Konvensyen Pengupayaan Bangsa dapat menarik sokongan orang Melayu yang berada di luar PAS.

Seperkara yang harus diterima dihadapi oleh PAS ialah bantahan dan kekecewaan dikalangan pendokong PAS sendiri, khususnya yang fokus kepada Islam dan mengabaikan malah tidak bersetuju perjuangan bangsa Melayu dijadikan teras perjuangan parti.

Kemerosotan jumlah undi yang PAS perolehi dibeberapa PRK yang lalu, mendorong kepada lahirnya resolusi 12 perkara yang seperti berikut:-
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.
- Sumber : Malaysia Chronicle
Meskipun nampak cantik olahan resolusi di atas, namun saya tidak nampak jaminan PAS terhadap "Hak Keistimewaan Melayu". Oleh kerana resolusi ini terhasil melalui konvensyen, ini bermakna PAS bakal membuang "Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera" yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Atau mungkin juga, hak keistimewaan Melayu diselitkan secara halus melalui resolusi ke7 dengan menyebut "memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based)". Jika diteliti, ia mirip dengan matalamat DEB yang bermatlamatkan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum (?).

Seperkara lagi, lagi PAS secara membuta tuli turut menyanyikan lagu yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim, apabila turut menyebut 'Ketuanan Rakyat'. Ketuanan Rakyat sebenarnya hanyalah 2 patah perkataan yang begitu subjektif maknanya.

Pada masa yang sama, Nik Aziz pula menyebut "Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa dominan di negara ini ". Apakah yang dimaksudkan oleh Nik Aziz mengenai "Melayu bangsa dominan"? Mungkinkah bermaksud Ketuanan Melayu? (Rujuk SINI)

Tidak keterlaluan untuk mencadangkan, dalam konteks menambat semula pengundi-pengundi Melayu, PAS mesti menambah resolusi ke13, iaitu PAS mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat!