Wednesday, December 15, 2010

Zaid Ibrahim: Kita Tibai Anwar

Wahai Zaid Ibrahim, mentang-mentang kau dah jadi Presiden, kau senang-senang tukar AKIM jadi KITA. Kau sedar tak KITA pernah ditubuhkan oleh orang yang pernah disingkir dari PAS?

Aku baru google sebentar tadi. Dulu dah ada parti Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA). Pengasasnya Hashim Gera yang pernah dipecat dari PAS tatkala menjadi wakil rakyat PAS di Perak. Ada juga maklumat yang kata Salehuddin Hashim bekas S/U Agong PKR ialah anak Hashim Gera.

Tak apalah, aku relakan kerana pastinya sama-sama Kita Tibai Anwar.


Najib & Anwar Berlawan Road-Show?

Apakah bentuk penjelasan dari DS Najib yang diminta oleh Pakatan Rakyat berhubung laporan Wikileaks?

Perlukah Najib turut sama mengambil langkah bodoh Anwar buat road-show untuk maklumkan kepada rakyat yang ia tidak terlibat?

Kan mudah kalau syor RBF supaya Anwar bersumpah supaya wang, tenaga dan masa tidak terbuang. Lagi baik, lafaz sumpah Anwar dibuat di Pekan, sebab Najib sudah bersumpah di Permatang Pauh.

Tuesday, December 14, 2010

Saga Zaid Ibrahim Versi Sabah & Saifuddin Nasution Bila Nak Ikut?

Kalau betul laporan yang mengatakan Jeffrey Kitingan akan meninggalkan PKR, maka bakal ternukillah skrip Saga Zaid Ibrahim versi Sabah.

Harap-harap Jeffrey ikutlah nasihat aku, macam aku nasihatkan Zaid. Jeffrey orang terpelajar, lulusan Harvard. Aku, kalau boleh tak mau tengok dia mati beragan.

Aku cadangkan, lebih manis Jeffrey ikut abangnya Joseph Pairin Kitingan. Kalau Jeffrey fikir cadangan aku betul, cubalah pakat-pakat pula dengan Saifuddin Nasution. Saifuddin pun ada abang dekat sebelah sini.

Malam ni sebelum tidur, kedua-dua Jeffrey dan Saifuddin cuba fikir-fikirkanlah. Tolonglah abang masing-masing dalam membantu Najib memajukan negara. Dalam bab Zaid tu, biarkanlah sebab dia dah tanam azam "Aku Keluar Ingan Menibai (Anwar)".

Guan Eng Bayar RM8.33 Sebulan Kepada Guru KAFA Pulau Pinang

Aku bukan nak spin, apatah lagi nak perli laporan Harakahdaily berhubung laporan Pulau Pinang Bayar Guru KAFA RM100 Sempena Maal Hijrah.

Aku cuma nak buat penambahbaikan, moga-moga laporan berita Harakahdaily akan lebih informatif lagi berwibawa. Berikut adalah cadangan laporan yang aku cadangkan, itu pun kalau editornya nak terima:-

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.

Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, lapor The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Namun begitu, menurut sumber dari sekolah KAFA, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah tanpa sebarang pengumuman mengkredit terus ke akaun sekolah-sekolah KAFA agihan per kapita yang saban tahun diterima oleh KAFA masing-masing.

Agihan per kapita itu bernilai RM60.00/setiap murid dan 70% diperuntukkan kepada guru-guru dan 30% untuk pentadbiran sekolah. Harakahdaily difahamkan, mengikut anggaran kasar guru-guru KAFA bakal mendapat habuan disekitar RM1,200 untuk 2010.

Sebagai perbandingan, kerajaan pusat (melalui KPM) menyumbangkan RM100 sebulan berbanding kerajaan Pulau Pinang cuma RM8.33. Khusus untuk guru-guru KAFA di Pulau Pinang, mereka bakal menerima habuan yang sama iaitu RM1,300 (RM1,200.00 dari KPM campur RM100.00 dari kerajaan negeri), seperti juga kakitangan awam yang lain di Pulau Pinang.

Guru-guru KAFA juga bakal menikmati kenaikan elaun sebanyak RM200.00 sebulan, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2011 yang lalu. Ini bermakna portion kerajaan persekutuan untuk elaun guru KAFA berjumlah RM700.00 berbanding RM500.00 sebelumnya.

Betulkah Mahfuz NP PAS Yang Paling Rendah Akademiknya?

Ramai blogger yang anti-PAS kata Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS tak pass SRP. Ada yang kata dia bekas messenger bank. Tang tu aku memang tak tahu. Itu orang kata, bukan aku yang kata.

Tapi bila Mahfuz persoal mana dokumen rasmi ketuanan Melayu, aku pun dah naik terpengaruh dengan cakap-cakap orang. Memang pada dasarnya, tidak ada secara khusus adanya dokumen ketuanan Melayu. Namun ia terselindung di dalam dokumen 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, yang diperturunkan tandatangan oleh Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957, sebagai tanda persetujuan pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Mahfuz jangan main-main dalam soal ini. Kau sekolah ke tidak? Ini soal wasiat dan ini juga soal amanah, sumpah dan tanggungjawab. Kalau aku wakil rakyat dan berjawatan aku takut nak pikul.

Yang peliknya, orang yang lebih rendah rankingnya dalam PAS, malah Cina Islam pula pun ada simpan wasiat tu. Soal Cina Islam iktiraf atau tidak itu soal lain. Tapi sekurang-kurangnya dia baca, publish dan simpan, tak macam Mahfuz yang tak tahu apa pun!

Aku Benci Hishamuddin & RPK

Dalam banyak hal aku memilih untuk tidak bersetuju dengan Hishamuddin Rais dan dengan Raja Petra Kamarudin (RPK).

Tapi kali ini aku mengambil pendirian untuk bersetuju dengan Hishamudidin ekoran pendedahannya terhadap kelemahan dan ruang lompang dalam demokrasi ala-PKR. Andainya plagiarisme diizinkan, aku hanya akan tukarkan "PKR" kepada "UMNO" di tempat-tempat yang berkenaan di artikelnya.

Begitu juga dengan RPK, bukan kerana dia bantai PKR atau Anwar tetapi atas prinsip "Kalau takut kena pukul jangan cari gadoh. Kalau berani gadoh mestilah terima yang kadang-kadang kena pukul balek. Itu baru kita panggil anak jantan."

Monday, December 13, 2010

Anggota Badan Zaid Akan Digunakan Untuk Ilmu Mistik

Zaid Ibrahim degil tak mahu ikut nasihat aku. Aku dah kata game politik hari ni antara Najib dan Anwar. Zaid kena ikut salah seorang.

Kedegilan Zaid bakal ia menjadikan beliau mati beragan.

Tapi kalau Zaid degil pun tak apa. Pastinya anggota badannya bakal dicari oleh pengamal ilmu mistik yang berminat dalam politik. Contohnya kuku harimau mati beragan, seperti gambar di sebelah.