Wednesday, December 8, 2010

Satu Lagi Pindaan Perlembagaan di Kelantan(?)


Sekurang-kurangnya perkhabaran ini amat melegakan. Perlu diingat telah terjadi precedent di Kelantan bila mana Sultan boleh diturunkan dari takhta melalui pindaan perlembagaan inikan pula jawatan Menteri Besar.

Namun begitu, andainya keadaan kesihatan masih tidak memuaskan dan menghilangkan keupayaan MB untuk menjalankan tugasnya, tidak mustahil Perlembagaan Negeri Kelantan akan dipinda sekali lagi, mengikut precedent yang terjadi terhadap institusi kesultanan.

Wah! Alamat gawat jadinya.........

Sel-Sel Jaringan Anwar Ibrahim Semakin Lemah?

Sekitar tahun 2001, saya telah mewakili organisasi yang saya anggotai untuk menyertai suatu sessi 'brainstorming' yang mengkaji hala tuju politik Malaysia, ekoran kemunculan Parti KeAdilan Malaysia (sekaran Parti Keadilan Rakyat Malaysia - PKR). Sessi tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 50 orang peserta.

Saya masih ingat, komposisi para serta adalah mewakili semua golongan yang terdiri dari pemimpin belia, pemimpin pelajar, jawatankuasa masjid, ahli akademik, wakil rakyat (DUN dan Parlimen), Ketua Jabatan, aktivis masyarakat dan pelbagai lagi individu samada rendah mahu pun tinggi pangkatnya.

Setiap peserta telah diminta memperkenal diri dan menyatakan latarbelakang akademik serta profesion masing-masing, disamping diberikan peluang untuk memberikan pendapat dan maklum balas terhadap politik semasa ketika itu.

Berdasarkan pengalaman peribadi, saya telah menyatakan di sessi tersebut bahawa adalah naluri semula jadi bagi golongan muda untuk bersikap pro-pembangkang. Golongan lebih kritis disamping didorong oleh rasa keseronokan untuk menjadi pembangkang. Umpama menghadiahkan anak kecil berusia 5 tahun dengan diberi pilihan antara cokelat dan emas. Sudah pasti anak tersebut memilih cokelat kerana tahap pemikirannya belum sampainya keperingkat faham akan nilai sesuatu. Sebaliknya rasa sedap cokelatlah yang menjadi faktor kanak-kanak tersebut untuk memilih cokelat.

Seorang Ahli Parlimen berpendapat, Dr Mahathir (TDM) telah mengambil risiko yang tinggi apabila memecar Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai TPM kerana pada waktu itu sel-sel jaringan Anwar begitu kuat. Kegagalan TDM untuk memecahkan sel-sel jaringan itulah yang menyebabkan DSAI mendapat simpati yang besar malah berupaya membawa gelombang gerakan reformasi.

Setelah 9 tahun berlalu, saya dapat merasai dan melihat sel-sel ini semakin lemah. Semenjak era reformasi, kita sendiri melihat satu persatu samada pemimpin mahu pun anggota parti keluar meninggalkan PKR. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Dr Chandra Muzaffar, Ruslan Kasim, Zainur Zakari dan Mohd Ezam Mohd Nor dan yang terbaru sperti Dato' Nala, Zul Kulim, Zahrain dan lain-lain lagi.

Semasa peringkat awal gerakan reformasi, ramai sahabat di atas pagar malah yang dari UMNO pun dengan mudah melompat menyokong KeAdilan. Apabila kes DSAI disebut di mahkamah, maka berbondong-bondong, bukan ditaja berarak menuju mahkamah sebagai tanda sokongan kepada DSAI.

Keadaan pada hari ini berlaku sebaliknya. Perarakan semakin kecil bilangannya, dan hanya beberapa kerat yang hadir untuk memberikan sokongan moral kepada DSAI.

Saya pernah bertanya kepada beberapa orang sahabat dikalangan kelompok awal dari bekas ahli PKR (bukan ahli biasa tetapi bekas penyandang utama PKR negeri dan kebangsaan) akan sebab musabab mereka keluar PKR.

Pada mereka, dulu TDM memecat dan kemudian mendakwa. Oleh itu, sukar bagi mereka untuk menerima, samada pertuduhan mahu pun pemecatan. Sebaliknya, apa yang berlaku pada hari ini memberi petunjuk bahawa wujud hal yang meragukan dalam kehidupan peribadi DSAI. Masakan wujud satu konspirasi yang seakan-akan sama skripnya?

Saya juga pernah bertanya kepada rakan sekolah saya, yang pernah menjawat Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian (antara yang awal menyertai KeAdilan pada masa itu) dan juga pernah menjadi orang kuat seorang Menteri Besar, berhubung dengan pendirian politiknya pada hari ini. Beliau menjawab, memang agak sukar untuk mempercayai segala tohmahan terhadap DSAI. Namun tambah beliau, apabila seseoang dikalangan yang rapat dengan DSAI memberitahunya bahawa kehidupan peribadi DSAI diragui maka pendirian menjadi goyang malah luntur sama sekali.

Apabila mereka yang pernah malah rapat dengan DSAI pun boleh berubah pendiriannya maka apatah lagi mereka yang tiada sebarang hubungan seperti saya!

Tuesday, December 7, 2010

BENDERA Merah Padam Terhadap Bambang Kerana Selamatkan Maruah Malaysia

Kumpulan BENDERA, Indonesia yang pernah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia pasti akan menzahirkan perasaan marah terhadap Bambang Pamungkas.

Bambang yang pernah tinggal di Malaysia, ketika mewakili Selangor telah menjaringkan 2 gol (penalti) untuk mengesahkan kemenangan Indonesia keatas Thailand dengan jaringan 2-1.

Sementara Malaysia yang telah diselamatkan dengan 2 jaringan dari Bambang tersebut, turut mengiringi Indonesia ke separuh akhir Piala AFF Suzuki, ekoran kemenangan 5-1 keatas Laos.

Amaran Buat MB Perak!

Kalau DS Dr Mohd Khir Toyo berasal dari keluarga petani, DS Dr Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Perak) pula anak gologan marhaen yang tinggal di kawasan setingan.

Barangkali, kalau seseorang pemimpin itu berasal dari golongan bangsawan, maka tidaklah menjadi isu andainya membina mahligai sebesar dan sebesar mana pun.

Begitu jugalah dengan tokoh-tokoh korporat, contohnya Tan Sri Rozali Ismail yang merupakan anak peneroka FELDA, pasti akan menjadi perhatian apabila berpendapatan bulanan RM420,000 sebulan. Walhal, ramai lagi tokoh-tokoh korporat malah anak-anak dari golongan bangsawan yang lebih dari amaun itu.

Peringatan kepada mereka yang berasal dari golongan marhaen termasuk Dr Zambry, jangan bina banglo besar dan berpendapatan tinggi. Jika anda semua degil masyarakat akan membuat tohmahan dan lebih perit lagi, anda bakal di cari oleh oleh SPRM!

Monday, December 6, 2010

Luar Tabii Khir Toyo Yang Memakan Diri

Hakikatnya DS Dr Mohd Khir Toyo telah tersilap apabila melakukan sesuatu yang di luar kelaziman Menteri Besar yang sebelum beliau.

Sebelum bermula genderang perang PRU12, saya diberitahu oleh seorang rakan yang juga AJK UMNO Bahagian di Selangor, tentang pembinaan rumah Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam. Pada saya, apa salahnya Khir Toyo mempunyai rumah sendiri? Namun ia disanggah oleh rakan saya itu, bila meyebut bahawa TS Muhammad Mohd Taib hanya mempunyai rumah di Shah Alam selepas tidak menjadi MB dan begitu juga yang dilakukan oleh TS Abu Hasan Omar. Walhal, Khir melakukan hal ini ketika masih berkuasa.

Sunday, December 5, 2010

Kembali Hak Jamban Kepada Rakyat Selangor

Syabas dengan kejayaan TS Khalid Ibrahim yang telah berjaya mengumpul tandatangan seramai 150,000 orang rakyat di atas memorandum yang telah diserahkan kepada pihak Istana Negara. Dengan penuh harapan, memorandum ini akan dapat dipersembahkan kepada SPBYDPA untuk tindakan selanjutya.

Ekoran kejayaan ini, Khalid Ibrahim harus menimbangkan kempen berikutnya iaitu "Kembalikan Hak Jamban Kepada Rakyat Selangor". Isu ini tidak kurang pentingnya, memandangkan Indah Water Konsortium merupakan monopoli dan perlawanan menentang penswataan harus dijalankan secara besar-besaran.

Kalau benar memorandum isu air tiada sebarang agenda politik, maka tanpa bertangguh usahakan pula langkah-langkah untuk mengembalikan 'Hak Jamban Kepada Rakyat Selangor'.

Rakyat Mahu Berak beb..... sepatutnya free..... itu barulah Pakatan Rakyat....

Khalid Ibrahim Bakal Cipta 'Malaysia Guiness of Record'

Esok bakal tercatat sejarah, apabila TS Khalid Ibrahim akan menjadi MB pertama yang berarak untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang Dipertuan Agong. Dalam perjalanan pulang ke Shah Alam kelak, harap-harap Khalid Ibrahim akan dapat singgah di Sg Way untuk mendapatkan sijil 'Malaysia Guiness of Record".

Ada sedikit kejanggalan dan amat pelik, akan tindakan Khalid yang sebagai MB terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor, walhal 2 anak syarikat kerajaan negeri adalah pemegang saham dalam syarikat tersebut. Soalnya, apakah Khalid tidak percaya akan keupayaan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang mewakili kerajaan negeri? Malah hmantan MB telah pun memperjelaskan duduk perkara yang sebenarnya.

Berbalik kepada isu utama yang terkandung didalam memorandum yang bakal dipersembahkan kepada SPBYDA iaitu "kembalikan hak air kepada rakyat", saya suka mengesyorkan kepada Khalid Ibrahim supaya:-

1. Menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan melalui pengundian terhadap Pengerusi, Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah entiti baru organisasi pengurusan air Selangor. Namun harus mengambil iktibar daripada pemilihan di beberapa cabang PKR. Ini bertujuan agar apa yang berlaku dalam dalam pengurusan PKNS tidak berulang.

2. Emolumen Ketua Eksekutif dan Pengurusan Kanan mesti dipastikan tidak melebihi elaun ADUN bagi mengelakan pertikaian. Belajarlah dari kesilapan, apabila ada yang mendakwa gaji Pengurus Besar PKNS RM40,000 sebulan.

3. Berhubung dengan bekalan air dari negeri Pahang, selaras dengan slogan "kembalikan hak air kepada rakyat", maka molek benarlah Khalid mengadakan gotong royong maha perdana dikalangan mereka yang telah menandatangani petisyen/memorandum tersebut; untuk membina terusan dari Pahang ke Selangor, dengan mengambil konsep "Terusan Wan Mat Saman" di Kedah. Terusan baru ini yang bakal mengalirkan air dari Pahang tersebut, bolehlah dinamakan "Terusan Wan Azizah" bersempena nama Presiden PKR.

4. Kepada rakyat Selangor yang enggan menyertai, dicadangkan untuk dikenakan tarif yang selaras dengan kenaikan 37%.

Semoga Khalid akan berjalan seiring dengan "daripada rakyat Khalid datang dan kepada rakyat Khalid akan dikembalikan".