Saturday, June 30, 2012

Selain MB Khalid Ibrahim & Dr Xavier, Seorang Lagi Exco Selangor Kena Tunjal Rakyat


Bukan senang kalau menjadi wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Apatah lagi kalau wakil rakyat di negeri-negeri dibawah pentadbiran mereka sendiri.

Di Selangor selain Exco Dr Xavier Jayakumar, MB seendiri pun disergah, dibentak malah ditunjal. Kes terbaru Exco Iskandar Samad pula menjadi mangsa 'serangan' penduduk setempat.


Baca laporan penuh di NST.

Khalid Ibrahim's Baby?


Bagai bayi yang dijumpai ditinggalkan di atas bonet kereta di perkarangan masjid, orang bertanggungjawab berdiam diri dan anak-anak kariah tertannya-tanya siapa yang empunya bayi?

Begitulah yang terjadi dalam perbezaan laporan RTPJ2 antara versi MBPJ dan versi Jabatan Perancang Bandar & Desa Selangor yang membawa kepada perubahan status zon Padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.

MB Selangor TS Khalid Ibrahim dalam kenyataannya di Media Selangorku seolah-olah ketakutan meminta pihak menghentikan spekulasi.


Bagaimana hendak menghentikan spekulasi, apabila nama Khalid sendiri telah disebut dalam sesi pendengaran awam Selcat yang menyiasat perkara ini. [Baca SINI].

Kemudian diperkuatkan pula, bila Pengarah yang bertanggungjawab telah dinaikkan pangkat kepada YDP Majlis Daerah Kuala Selangor, sejurus perubahan status zon berlaku. [Baca SINI].

Friday, June 29, 2012

PKR Umpan Wanita Untuk Berlaku Curang?


Bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ Noraini Roslan telah dipanggil memberi keterangan dalam sesi pendengaran awam berhubung perbezaan laporan RTPJ2 versi MBPJ dan versi Jabatan Perancang Bandar & Desa Selangor, yang membawa kepada kelulusan projek pembangunan di Padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.

Pengerusi Selcat Dato' Teng Chang Khim dan Hanna Yeoh (kedua-duanya ADUN DAP) mengajukan soalan bertubi-tubi dan Noraini gagal memberikan sebarang jawapan.

Apakah jawatan semasa Noraini?

Noraini sekarang adalah YDP Majlis Daerah Kuala Selangor dan perlantikannya berkuatkuasa 1 Julai 2011.

MB Selangor dalam mengalu-alukan perlantikan Noraini begitu memuji dan optimis akan keupayaan bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ yang dikaitkan dengan kelulusan projek di atas padang berkenaan. (Baca petikan dari NST dibawah).


Begitu juga MP PKR Ampang Mak Lampir dalam kenyataan yang dipetik dari blognya menyifatkan Noraini sebagai agen wanita dalam memperkasa budaya urus tadbir CAT Kerajaan PR Selangor.

Berbalik kepada kronologi kontroversi RTPJ2, seolah-olah kenaikan pangkat Noraini ke jawatan YDP adalah umpama balasan dan habuan terhadap inisiatif beliau menghasilkan RTPJ2 versi MBPJ yang berpihak kepada keizinan terhadap plot tanah padang PKNS di Kelana Jaya (?)

Sebelum ini, ADUN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil pernah melahirkan kekecewaan dan rasa marah beliau terhadap seorang YDP PBT di Selangor yang pernah menjawat Pengarah Perancang Bandar Majlis Perbandaran Klang yang bertindak bagai jembalang tanah. [Baca laporan SINI].

Mungkinkah Rahman merujuk kepada Noraini, kerana sebelum bertugas di MBPJ, beliau pernah bertugas di MPK untuk lebih 20 tahun.

Gaya Noraini menjawap di sidang Selcat, ternyata beliau dalam keadaan tertekan dan gugup.

Awas PKR Selangor! Wakil-wakil DAP dalam Selcat (Teng Chang Khim dan Hanna Yeoh) sedang mencari jawapan terhadap arahan siapa yang dituruti oleh Jabatan Perancang Bandar MBPJ dalam membuat penipuan laporan RTPJ2.

Thursday, June 28, 2012

Malu! Zip Seluar Khalid Ibrahim & Azmin Terbuka Di Tempat Terbuka


Dalam pendengaran awam Selcat yang berlangsung semalam yang bersumberkan petikan dari Sinar Harian (di bawah) MB Selangor telah disebut sebagai pemberi arahan terhadap pindaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) oleh Penolong Pengarah Kanan Perancang Bandar MBPJ Fairos Abdul Hamid.


Sementara itu, Media Selangorku pula dalam laporannya (di bawah) memetik kenyataan ahli majlis MBPJ Derek John Fernandez bahawa wujud satu rancangan penipuan dan penyelewengan yang pasti memberi keuntukan kepada pihak-pihak tertentu.


Siapa pihak yang mempunyai kepentingan keatas projek berkenaan? Khalid Ibrahim, Azmin Ali atau Anwar Ibrahim? Atu ketiga-tiga mereka?

Andai benar laporan yang mengatakan Sidang Selcat kali ini hanya untuk menyiasat bagaimana dua laporan yang bercanggah yang masing-masing dikeluarkan oleh MBPJ dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, bermakna Pengerusi Selcat Teng Chang Khim pasti tidak akan mendedahkan pihak yang mempunyai keuntungan keatas projek pembangunan di Padang PKNS Kelana Jaya tersebut.

Isu projek sebenarnya adalah mudah, iaitu hanya harus diteruskan atau tidak. Namun baik Khalid, Azmin mahupun Anwar sebagai Penasihat Ekonomi masih teragak-agak untuk membuat keputusan. Sikap mereka inilah yang menguatkan andaian mereka mempunyai keuntungan atas projek berkenaan.

Sekali lagi, Selcat hanya akan menjadi pentas sandiwara yang kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah yang paling telus di dunia!

Wednesday, June 27, 2012

Dr Khir Toyo Dah Tak Mahu Jadi Wakil Rakyat


The Malaysian Times (TMT) melaporkan kenyataan Dr Khir Toyo yang enggan bertanding dalam PRU13.

Namun, TMT menggunakan perkataan 'unofficially announced' dan apakah ini bermakna Khir akan mengumumkan secara rasmi disuatu masa kelak?

Dalam perkembangan yang sama, Khir menyarankan agar muka-muka baru diberi peluang mewakili parti untuk memastikan kemenangan BN.

Ah Jib Gor The Rock Star!




PM DS Najib nyata terharu dengan sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar Kolej TAR.

Secara berjenaka beliau merasakan dirinya macam 'rock star'.

Baca laporan dan tatap gambar-gambar menarik di Agenda Daily.

Rafizi Tuduh PM Najib Langgar Etika


Penggunaan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema Hari Kemerdekaan 2012, dianggap oleh bekas budak suruhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Rafizi Ramli sebagai melanggar etika.

Takkan iltizam untuk menepati janji pun dianggap sebagai langgar etika?