![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuUVJIUEVeeq53fnlUejWrUq0Go9hgMaU16UGVsU-yKrrk-Mp43crLNsNcVIfscAiGcspWwyvy3jQZkPY9_gisG7N5zzlWYajjqw4IKWO-T6sRe_qfvasB_9xkCJ8He1hjaIcQEvSBrlI/s400/cats-crop.jpg)
Lagi surat-surat ada di http://srikandi7.blogspot.com/2010/12/warkah-keramat-kepada-tun-mahathir.html
Novel Interlok ditarik sebagai teks komponen sastera
16/12/2011 8:54pmMELAKA 16 Dis. - Kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.
Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.
"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya. - [BERNAMA/Utusan]
KOTA KINABALU 16 Dis. - Datuk Dr. Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan perikatan dengan Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu (UBF) yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Bekas naib presiden PKR itu membuat pengumuman berkenaan di sini dengan kehadiran Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpangkalan di Sarawak, Dr. Dripin Anak Sakoi yang memegang jawatan itu selepas bekas presiden, Dr. Patau Rubis memegang jawatan pengerusi tetap parti.
Turut hadir presiden sementara parti USNO yang baru dipulihkan Datuk Badaruddin Tun Datu Mustapha dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Amde Sidik.- [Bernama/Utusan]
PUTRAJAYA 15 Dis. - Seramai lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada barisan ulama bakal menghadiri Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur esok.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, majlis anjuran JAKIM yang diadakan buat kali ketiga selepas 2008 dan 2010, bertujuan mewujudkan kesatuan fikiran dan tindakan dalam pembangunan negara dan mengekang perpecahan yang mengundang kemudaratan kepada agama dan negara. [Bernama/Utusan]