Saturday, February 5, 2011

Najib Bantu Kos Guaman ADUN Pelabuhan Klang?

Saya menunggu pengumuman penting PM, apabila kebanyakan blogger melaporkan bakal ada pengumuman penting di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur sempena program 'Ziarah Masjid'.

Ingatkan, PM akan membuat pengumuman yang kerajaan pusat akan membiayai yuran guaman permohonan ADUN Pelabuhan Klang untuk menghalang SPR daripada menentukan status kerusi DUN Pelabuhan Klang yang bakal didengar pada 7 Februari 2011, seperti mana kerajaan Negeri Selangor membantu ADUN Seri Muda dalam proseding mahkamah.


Dalam pada itu PM yang lebih penting ialah pegumuman penubuhan Perbadanan Kemajuan Kampung Baru yang bakal memastikan ketelusan dan menjaga kepentingan penduduk serta mengelakkan keuntungan kepada pihak ketiga.

MP Titiwangsa Dr Lo'Lo' Ghazali, apa pula sumbangan anda? Khalid Ibrahim pula tak berhajatkah nak bantu warga Selangor (anak-anak yang dilahirkan sebelum 1 Februari 1972) di Kampung Baru?

Ketuanan Rakyat : Serba-Serbi Boleh Untuk Rakyat?

Mungkin "Buku Jingga" lebih baik dari "Ketuanan Rakyat", jika dipandang dari segi kelahirannya.

Buku Jingga yang mengandungi janji-janji perlaksanaan 100 hari andainya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemeruntahan negara lebih terserlah kerana ia didokumenkan, berbanding Ketuanan Rakyat yang tidak lebih hanya sebagai satu slogan yang tidak didokumenkan.

Oleh yang demikian, Ketuanan Rakyat hanyalah satu lontaran slogan tanpa disokong oleh satu definisi dan huraian konsep yang dapat memberi kefahaman yang diterima semua pihak. Malah Anwar Ibrahim, semasa sidang MB Kerajaan Pakatan Rakyat telah meminta semua pihak untuk memberikan penerangan keatas konsep Ketuanan Rakyat yang telah diutarakan.

Dalam hubungan ini, sebenarnya wujud satu keperluan bagi Pakatan Rakyat untuk konsep ini di"koliumkan"kan atau di"konvensyen"kan malah dibuka untuk perbahasan umum.

Oleh kerana konsepnya masih terbuka untuk diperbahaskan, saya ingin mempersoalkan akan maksud Ketuanan Rakyat. Mungkinkah ia bermaksud rakyat menjadi tuan, dan pemimpin hanya sekadar hamba kepada rakyat? Walhal, dalam hadis pernah disabdakan bahawa jika 3 orang bermusafir, maka mesti dilantik seorang sebagai ketua dan dengan ini bermakna bahawa pentingnya melantik pemimpin dan pada masa yang sama menghormatinya.

Atau juga mungkin juga Ketuanan Rakyat bermaksud rakyat melakukan apa sahaja tanpa penguatkuasaan dan penghujungnya menimbulkan masalah dan kesulitan kepada rakyat secara kesuluruhannya. Contoh yang mudah dalam hal meletakkan kenderaan dan penjaja berniaga di lorong atau di tepi jalan.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan


Gambar Hiasan

Mungkinkah Ketuanan Rakyat bermaksud kerajaan boleh menggunakan dana kerajaan untuk membayar yuran guaman wakil rayat yang diambil tindakan mahkamah kerana menghasut?

Nampak gayanya agenda Pakatan Rakyat ialah membolehkan serba-serbi ditanggung oleh kerajaan. Dari menyediakan pakar forensik, membawa kepada yuran kepada peguam pemerhati kes Teoh Beng Hock dan seterusnya membayar kepada penggubal undang-undang (tanpa menggunakan Penasihat Undang-Undang Negeri), malah barangkali mengupah penunjuk perasaan jalanan (?).

Anwar Ibrahim Sakit Mental : Berubah Pendirian Setiap Dekad

Bermula 1972, Anwar Ibrahim mula memperkenalkan dirinya sebagai tokoh muda yang memperjuang Islam melalui ABIM.

Menjelang pilihanraya 1982, Anwar Ibrahim menyertai UMNO, sebuah parti nasionalis dan diberikan laluan oleh Dr Mahathir untuk bertanding kerusi parlimen dan seterusnya menyertai kerajaan melalui perlantikannya sebagai Timbalan Menteri.

Pada tahun 1993, menghampiri kemuncak tertinggi hiraki parti dengan kejayaannya mengambilalih jawatan Timbalan Presiden UMNO dari Allahyarham Pak Ghaffar Baba. Tetapi ini tidak kekal lama dan tersingkir dari UMNO pada tahun 1999.

10 tahun berikutnya dan setelah menghadapi ranjau politik yang amat getir dengan tuduhan mahkamah dan menjalani hukuman penjara serta kehilangan jawatan yang kedua tertinggi dalam pentadbiran negara, Anwar akhirnya dibebaskan dari penjara apabila Pak Lah mengambilalih jawatan PM Malaysia.

Dalam tempoh ini, menyaksikan perubahan agenda dalam gerak politik Anwar Ibrahim, melalui KeADILan dan kemudiannya PKR yang akhirnya meninggal suatu misteri siapa Anwar yang sebenarnya?

Perubahan yang berlaku pada pendirian Anwar disetiap dekad, menjadikannya seolah-olah Anwar seorang opportunis didalam persada politik negara dan pastinya jawatan PM menjadi impiannya.

Dekad berikutnya, samada bermula 2012 atau 2013, PRU berikutnya yang berlangsung tentunya menjadi tempoh yang amat kritikal kepada Anwar. Mungkinkah ia bakal dapat mencapai impiannya pada dekad tersebut?

Ketahui siapa dan apa yang Anwar Ibrahim lakukan melalui ulasan Wong Mun Chee yang tersiar di SINI.

Friday, February 4, 2011

Mahathir Tindas Sekolah Agama Rakyat?

Sebagai sambungan kepada artikel sebelum ini, saya ingin menghuraikan lebih lanjut berhubung Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Ketika kerajaaan pusat membuat keputusan memberhentikan bantuan per kapita kepada SAR (hanya setahun dan untuk tahun berikutnya disambung hinggalah kehari ini) pada 2002, kerajaan mempunyai alasan untuk berbuat demikian. Antaranya, ada SAR yang tidak membuat pengagihan mengikut mengikut kehendak Kementerian Pendidikan pada masa itu. Contohnya pada syarat pengagihan yang mewajibkan 70% dibayar kepada guru-guru (bermaksud subsidi gaji) dan selebihnya untuk pentadbiran sekolah.

Seperkara lagi yang perlu diketahui, ada SAR yang sebenarnya ialah sekolah agama swasta. Mereka mengambilkan kesempatan melalui peruntukan yang ada dan berselindung atas nama SAR untuk mengKEBAS duit kerajaan/rakyat.

Siapa sebenarnya yang zalim Nik Aziz atau Mahathir?

Thursday, February 3, 2011

Memang Wajar Pun Kepala Nik Aziz Perlu Diketuk

Aiik..... kalau ditarik balik, maknanya adalah bantuan. Kalau tiada bantuan masakan keluar perkataan "menarik balik".

Inilah hakikat yang perlu diakui semua penyokong PAS dan rakyat jelata yang selama ini kerajaan Pusat memang membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR). Semasa menikmati kemudahan peruntukan per kapita, usahkan nak bagi tahu kepada rakyat jelata, ucap terima kasih pun tidak!

Sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikan oleh TGNA tentang isu SAR. Mungkin TGNA telah sengaja disalah maklumkan, sebaliknya bukannya penarikan balik tetapi cuma lapse setahun iaitu pada 2002. Tahun berikutnya, SAR terus menikmati hingga ke hari ini. Bahkan khabar angin mengatakan Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaikkan bantuan dari RM60/pelajar kepada RM100/pelajar berkuatkuasa 2011.

TGNA boleh setiap masa memutar belitkan fakta kepada semua orang, tetapi semua orang tidak boleh diputar belikan setiap masa. Saya pernah menyentuh isu SAR di SINI.

Semasa kemuncak isu SAR, sebenarnya pihak kerajaan persekutuan telah menawarkan option pengambilalihan dan menyerapkan semua guru kepada perkhidmatan kerajaan, disamping menawarkan gaji berdasarkan kelulusan dan kelayakan. Dalam soal ini siapa yang zalim, TGNA atau TDM? Demi politik PAS menghasut dan menghebahkan kepada seluruh negara, kononnya TDM hendak menghapuskan SAR.

Hakikatnya soal menghapus SAR tidak timbul, sebaliknya yang dicadangkan ialah penambahbaikan terhadap institusi tersebut demi kebaikan pelajar, kebajikan guru dan ibu bapa yang menanggung kos pendidikan terhadap anak-anak mereka.

Dalam kes di Selangor, ekoran dari isu tersebut kerajaan negeri telah menyerahkan Sekolah Menengah Agama kepada kerajaan pusat pada Disember 2004. Rujuk kepada artikel saya di SINI.

Berbalas-balas salah menyalah ini sebenarnya sepatutnya dihentikan, sebalik dimanakah titik pertemuan untuk membetulkan keadaan yang patut dicari. Jadi tidak hairanlah untuk kita menyokong kenyataan TDM yang kepala Nik Aziz dan Anwar Ibrahim perlu diketuk terlebih dahulu!

Wednesday, February 2, 2011

Persefahaman Dirosakkan Oleh Pakatan Rakyat

Mengapa diputar belitkan sangat "Ketuanan Melayu" walhal bertahun-tahun hidup harmoni? Pernahkah UMNO berbuat zalim hingga menjadikan bangsa Cina dan India melarat di Malaysia?

Artikel ini ditulis semata-mata untuk menceritakan ketika ini, jiran-jiran berbangsa Cina seorang demi seorang menghantar hadiah kepada ibu saya yang sejak berpuluh tahun berbuat demikian sempena Tahun Baru Cina.

Mereka kini sedang silih berganti datang menziarahi ibu saya (yang kini OKU sejak 5 tahun yang lalu).

Mereka datang bukan kerana asuhan Pakatan Rakyat tetapi kerana hubungan sedia terjalin sekian lama.

MCA, DAP & GERAKAN Berpesta Sakan

Esok Tahun Baru Cina. Sesuatu yang lumrah malam ini bakal membingitkan telinga, bila disekeliling jiran-jiran bangsa yang berbangsa China membakar mercun.

Perlukah aku marah kepada jiran-jiran berbangsa China, walhal perkara ini telah aku lalui berpuluh-puluh tahun lamanya tanpa rungutan? Sebaliknya aku terima keadaan ini, sebab aku faham budaya mereka. Begitu juga bagi mereka, rasanya tidak merungut apabila setiap hari mendengar bacaan ayat suci dan seruan azan menjelang waktu subuh.

Itulah realiti yang harus diterima dalam masyarakat majmuk di negara kita dan tidak ada keperluan untuk kita mengubah keadaan yang telah pun diamalkan dan sebati sekian lama.

GONG XI FA CHAI!