Saturday, September 13, 2014

Rafizi Dedahkan Campurtangan Anwar Supaya Khalid Membayar RM1.851 Bilion


Isu penstrukturan semula industri bekalan air Selangor menyerlahkan lagi bahawa PKR punya kepentingan terhadap transaksi berkenaan.

Sebelum ini Rafizi Ramli mendedahkan keengganan Khalid membayar RM2.25 bilion kepada Splash dan sebaliknya berdegil pada harga tawaran RM250 juta. Baca kenyataan awal Rafizi di bawah:-
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Dalam kenyataan terbaru Rafizi berhubung reaksinya terhadap permetraian Perjanjian Utama penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang dilaporkan oleh Malaysia Chronicle, Pengarah Strategik PKR itu mendakwa Khalid telah bersetuju dengan tawaran terakhir kepada Splash RM1.851 bilion.

Kita melihat bahawa 2 kenyataan Rafizi adalah begitu kontradik, bila kenyataan menyebut sebagai "Khalid tidak melayan Splash", tetapi kenyataan Rafizi hari ini menyebut sebagai "Khalid bersetuju dengan RM1.851 bilion".

Kini timbul persoalan, mungkin berlaku tekanan kepada Khalid oleh Anwar supaya membayar amaun berkenaan kepada Splash.

Apa pun menurut laporan Bernama, Khalid akan memberikan butiran berkenaan pada hari Isnin, yang pastinya Khalid akan mematikan langkah Rafizi dan Anwar.

Baca punca keberangan Rafizi terhadap Khalid di SINI.

#PRK Pengkalan Kubur - Calon Bebas Tampil Untuk Mempertahankan 65 Undi Yang Diterima Semasa PRU2013


Calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary muncul di pusat penamaan calon PRK Pengkalan Kubor dengan tekad bukan untuk menang. Sebaliknya, semata-mata untuk mempertahankan 65 undi yang diterimanya, di kawasan berkenaan semasa PRU2013 yang lalu.

Dalam mengulas kekalahan beliau dalam PRU lepas, teman karibnya bernama Ismadi menulis di blog peribadinya (lihat SINI):-


Kalau anda amati perenggan terakhir di atas, jelas bahawa Ismadi agak meragui dengan kehidupan Izat yang semakin mewah selepas menjadi calon di Pengkalan Kubor pada 2013.

Andai begitu kenyataannya, apakah Izat sekadar menggunakan PRK ini sebagai 'betting' keatas jumlah undi yang bakal diterimanya?

Cakap Berdolak Dalik Rafizi Berkenaan Isu RM2.2 Bilion Melibatkan Ketum Anwar Ibrahim


Dalam respons awalnya terhadap MOU Penstrukturan Semula Industri Air Selangor yang ditandatangani pada 26 Februari 2014 lalu, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menyerang TS Khalid Ibrahim mempertikaikan harga berjumlah RM9.65 bilion untuk transaksi berkenaan.

Bagi Rafizi, ia adalah terlalu tinggi kerana penstrukturan semula tersebut adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat. Antara lain, kenyataan Rafizi menyebut,
"Oleh sebab itulah, harga pampasan dan pembelian yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah cukup sensitif kerana ia bersamaan dengan tanggungan hutang baru yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih tinggi harga pampasan dan pembelian itu, maka lebih untunglah pemegang konsesi dan lebih tinggi hutang negara yang ditanggung rakyat"
Namun begitu, nadanya Rafizi amat berbeza ketika membentangkan salah laku Khalid yang dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, dengan tujuan mendapatkan persetujuan majlis berkenaan untuk memecat Khalid, Rafizi menghujahkan,
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Kenyataan yang berbeza mengikut suasana ternyata begitu meragukan kita sebagai rakyat biasa, seolah-olah ada hanky panky di pihak kepimpinan tertinggi PKR. Tiba-tiba sahaja Rafizi bertukar watak, dari juara rakyat kepada juara pemegang konsesi.

Bagi Khalid yang sememangnya telah pun menjadi mangsa keadaan membuat suatu keputusan yang amat mengejutkan, apabila memuktamadkan Perjanjian Utama dengan Kerajaan Pusat pada harga RM7.45 bilion, berbanding harga asal RM9.65 bilion.

Supaya anda lebih faham pada isu sebenar, elok anda mengetahui kronologi awal di SINI.

Friday, September 12, 2014

Ketum Kena Check Mate - Khalid Ibrahim Jerut Anwar Dengan Isu RM2.2 Bilion


Dalam meniti hari-hari terakhirnya sebagai MB Selangor, TS Khalid Ibrahim meskipun tewas kepada Ketum Anwar Ibrahim dari segi percaturan politik, tetapi jelas kali ni Khalid terang-terang mengenakan Anwar.

Menurut laporan BNBC, hari ini telah termeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd, entiti yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

Umum mengetahui tindak tanduk Khalid dalam menangani proses penstrukturan ini tidak begitu disenangi oleh Ketum Anwar. Malahan, Khalid diperingkat awal lagi mengeluh dan mendedahkan adanya campur tangan dari pemimpin-pemimpin PKR dalam terhadap penilaian aset air di Selangor (Baca The Unspinner).

Blog Akar Umbi, dari awal mengikuti perkembangan ini dan telah pun mempersoalkan, mengapa SPLASH (salah satu dari pemegang konsesi) enggan menerima cadangan penstrukturan semula industri air Selangor? Hakikatnya, Anwar boleh dari awal lagi boleh membantu Khalid untuk menyelesaikan isu berbangkit dan kaedahnya boleh baca SINI.

Apabila Khalid menerima tekanan supaya melepaskan jawatan sebagai MB Selangor sehingga membawa kepada pemecatannya, timbul desas-desus mengatakan bahawa Anwar cuba mendapat RM2.25 bilion dari transaksi tersebut.


Flyer di atas telah bertebaran di alam siber bulan lalu, yang mendakwa isu berkenaan menjadi punca kepada tekanan kepada Khalid supaya meletakkan jawatan.Tentunya ia tidak disebarkan tanpa maklumat sahih.

Dalam pada itu, blog The Selangor Chronicle melaporkan Khalid berdegil untuk membayar RM250 juta kepada SPLASH.

Sebenarnya, perjanjian yang dimeterai pada hari ini bagai menjadi senjata Khalid untuk menjerut Anwar. Nilai transaksi telah berubah dari RM9.65 bilion kepada RM7.45 bilion, yang secara langsung menunjukkan perbezaan RM2.2 bilion.

Jadi, apakah ini pembuktian Khalid yang Anwar pernah mengarahkannya meletakkan nilai RM2.25 bilion terhadap SPLASH?

Mujahid & Phahrolrazi Malu Besar - Veteran PAS Sifatkan PasMa Sebagai Pak Sanggup Kepada Anwar Ibrahim

"Keinginan penubuhan itu (PasMa) kemungkinan ia diusahakan oleh sekutu PAS bagi memalukan PAS setelah ia tidak jadi tukang angguk dalam krisis politik Selangor sekarang. Setelah PAS dimalukan dengan dua ADUN disambar, maka mungkin diadakan pak sanggup bagi menggantikan tempat PAS dalam sekutu itu." - Subky Latif (Veteran PAS)
Suatu tamparan yang kuat apabila veteran PAS merangkap bekas wartawan politik terkenal Subky Latif melabelkan PasMa sebagai 'Pak Sanggup'.

Subky mengesyaki bahawa penubuhan PasMa diusahakan oleh kalangan dalam PAS sendiri yang bertujuan untuk memalukan PAS yang tidak lagi menjadi 'tukang angguk' kepada DAP dan PKR.

Malah Subky turut mendedahkan bahawa asas penubuhan PKR adalah atas pembelian pendaftaran parti yang telah siap sedia tertubuh dari seorang bekas ahli PAS Dungun.

Hadi Akan Berdepan Sorakan 'Marakbar Hadi' (Mampuslah Hadi) Pada Muktamar PAS di Johor?


AIDC mengimbas ketahun 1982, bila mana Presiden PAS ketika itu Dato' Asri  Haji Muda (kemudian bergelar Tan Sri) telah berdepan dengan teriakan 'Marakbar Asri' yang bermaksud 'Mampuslah Asri', ketika berucap di Muktamar PAS yang berlangsung di Balai Seminar DBP, Kuala Lumpur.


Imbasan yang turut memuat tulisan Yusof Harun yang menyoal samada Presiden PAS hari ini, DS Abdul Hadi Awang akan menerima nasib serupa seperti yang dialami oleh Asri, pada Muktamar PAS 2014 yang bakal berlangsung minggu depan?

Dalam menjawab soalan yang dilontarkan, saya tidak fikir nasib yang sama akan menimpa Hadi.

Saya melihat bahawa diantara 2 senario yang dihadapi oleh Asri dan Hadi adalah berbeza sama sekali. Perlu diingat bahawa pada 1982, Revolusi di Iran sedang bersemarak dan berpengaruh ketika itu. Dr Mashitah Ibrahim melalui artikelnya "Pas Lupakan Jasa Asri Muda" antara lain menulis,
"Golongan pemimpin muda dalam Pas ketika itu sangat terpengaruh dengan Revolusi Iran. Ramai pergi ‘berkursus’ di sana tanpa diketuai Presiden sendiri. Sikap sederhana Asri menjadikan beliau mula disisih golongan muda yang lebih ekstrem dari segi pemikiran dan tindakan. Suara pro-revolusi merebak cepat dalam Pas dan kemuncaknya penyingkiran Asri dan penyokong beliau yang digelar Kumpulan 13."
Meskipun Hadi tidak disebut sebagai penggerak dalam menjatuhkan Asri, saya kuat mengandaikan bahawa wujud penglibatan beliau. Ini bersandarkan dengan pandangan-pandangan yang agak ekstrim, malah jualan kaset ucapan dan ceramahnya antara yang mendapat sambutan ketika itu. Saya sendiri mengakui gemar mendengar pidato, bilamana abang saya sering membeli kaset beliau.

Tidak seperti Asri, Hadi berdepan dengan onak ranjau yang dicipta oleh kelompok IRC dan MISG yang terdiri dari kumpulan profesional dan berpendidikan tinggi.

Pengaruh revolusi biasanya adalah dengan penyertaan massa, sebaliknya gerak kerja penyusupan IRC dan MISG adalah lebih bersifat penyusupan pemimpin dan pemikir tanpa pengikut. Oleh itu, saya tidak nampak Hadi akan disorak, diejek dan dimaki pada muktamar minggu depan.

Tambahan pula, Hadi amat beruntung apabila sebahagian besar kelompok 'ustaz muda' cenderung kepada kepimpinan ulamak dan suatu yang perlu diakui bahawa kelompok 'ustaz muda' ini tidak begitu disenangi oleh kelompok asal IRC dan MISG.

Pengaruh gerakan Islam semasa dan terkini seperti 'Negara Islam Iraq dan Syria' (ISIS) sama sekali tidak mempengaruhi sebahagian besar ahli-ahli dan para pemimpin PAS hari ini. Maka ini juga membawa kepada kedudukan Hadi agak selamat.

Namun begitu, Hadi tidak harus memandang ringan terhadap gerakan PasMa yang berkemungkinan telah bersiap sedia dengan kumpulan soraknya untuk memalukan Hadi, seperti yang telah berlaku di Dewan Himpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (baca SINI).

Jika pun akan menerima sorakan 'Marakbar Hadi', Hadi harus berlapang dada kerana beliau sendiri telah melakukannya kepada Asri pada tahun 1982.

Thursday, September 11, 2014

Permintaan DAP Kepada Sultan - Bubarkan DUN Selangor


DAP menggunakan Ahli Parlimen Melayunua untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ahli Parlimen DAP Ariff Sabri dipetik oleh Malaysikini sebagai berkata, “Lebih banyak saya fikir tentang perkara itu, penyelesaiannya terletak di tangan sultan. Baginda boleh selesaikan perkara itu, dengan membubarkan DUN Selangor."

Ini mungkin bila mereka mula menghidu peluang untuk meletakkan Adun Melayu mereka sebagai MB Selangor.

Bertolak dari itu, jika berlaku pembubaran oleh Sultan, bukan bermakna baginda dalam keadaan saja-saja untuk berbuat demikian, sebaliknya telah ada permintaan dari kalangan anggota Pakatan Rakyat itu sendiri.