Ada 2 berita mengenai Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Berita pertama, Annuar mendapat RM40,000 sebagai kos mahkamah apabila petisyen pilihanraya bagi kawasan parlimen Ketereh terhadapnya telah ditolak.
Menurut laporan Agenda Daily Hakim Mahkamah Pilihanraya Kota Bharu, Datuk John Louis O'Hara menolak petisyen yang difailkan Ab Aziz Ab Kadir.
Sementara itu, dilaporkan juga Ahli Parlimen Ketereh tersebut dilantik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa 19 Julai lepas.
Itulah tuah badan namanya, apabila menang kalah sudah menjadi asam garam dalam perjalanan politik Annuar Musa.
Tuesday, July 23, 2013
Bisikan Jelmaan Iblis Dalam Bentuk Dr Dzul Dorong Ustaz PAS Fitnah Muhyiddin Tawar Rasuah Dalam Masjid
Logiknya, mana ada iblis dan syaitan dalam bulan Ramadhan?
Namun, apabila seorang ustaz bercakap menurut bisikan dari seseorang di sisinya, bagai menggambarkan peranan iblis telah diambilalih oleh manusia sempena Ramadhan ini, hingga sanggup menghukumkan pengumuman peruntukan RM430,000 di dalam masjid oleh TPM TS Muhyiddin Yassin dianggap sebagai rasuah. (Tonton video di bawah).
Tuturkata seperti ini, menggambarkan betapa PAS dalam PRK Kuala Besut bagai tidak takutkan api neraka, hingga sewenang-wenangnya menghukumkan yang halal menjadi haram.
Astaghfirullah.
Monday, July 22, 2013
Brengsek Punya MB Selangor - Akhirnya Saifuddin Nasution Dilantik Juga Sebagai Ketua Staff Pejabat MB
Menurut laporan The Malaysian Insider, Saifuddin Nasution telah melaporkan diri untuk bertugas sebagai Ketua Staff Pejabat MB Selangor, pada jam 12 tengahari hari ini.
Malahan portal berkenaan turut melaporkan kuatkuasa perlantikan adalah bermula pada 1 Julai lalu.
Soalnya sekarang adalah, apakah keistimewaan lelaki berjerawat batu ini yang telah ditolak oleh para pengundi di Kulim/Bandar Baharu, sehingga membolehkannya dilantik kejawatan berkenaan.
Disamping itu, dengan penjenamaan jawatan tersebut yang berbeza dengan cadangan asal yang disebut sebagai 'Political Liaison Officer', bermakna untuk mematikan tuntutan dari DAP dan PAS yang turut menuntut wakil mereka kejawatan asal yang dicadangkan?
Dengan menggunakan jenama 'Ketua Staff' bermakna tidak akan wujud 3 'Ketua Staff' di Pejabat MB Selangor?
Blog Akar Umbi melihat perlantikan Saifuddin ini adalah untuk meluaskan pengaruh politik PR keatas kawasan-kawasan luar bandar, memandangkan keputusan PRU13 menunjukkan pengaruh BN yang masih kuat di kawasan-kawasan berkenaan.
Justeru, perlantikan tersebut lebih cenderung untuk menggunakan kewangan negeri untuk membayar emolumen seorang pegawai yang berfungsikan politik PR.
Desas-desus mengatakan bahawa Saifuddin dibayar RM15,000 sebulan untuk jawatan tersebut.
Tiadakah anak Selangor yang layak untuk dilantik kejawatan tersebut?
Friday, July 19, 2013
Karpal Singh & Anak Akhirnya Melopong Dan Bengang Berganda Dengan Tindakan Anak Guam
Minggu lalu, MP Puchong Gobind Singh telah menarik perhatian sidang Dewan Rakyat dengan membangkitkan kes saman Amir Bazli Abdullah terhadap DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Namun, Gobind dan bapanya Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli dalam kes saman berkenaan akhirnya melopong dan bengang berganda, gara-gara tindakan anak guam mereka menarik balik tuntutan saman terhadap Ahmad Zahid dalam proses mediasi dihadapan Hakim Rohani Ismail di Mahkamah Sesyen Sivil Shah Alam.
Menurut laporan Bernama yang disiarkan oleh Utusan, Peguam Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid dan Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli, memberitahu wartawan, mereka tidak dibenarkan Rohani untuk bersama anak guam masing-masing semasa proses mediasi itu yang berlansung kelmarin.
Dalam pada itu, Amir Bazli berkata, kes antara beliau dan Ahmad Zahid selesai dan beliau bersetuju untuk menarik tuntutan ke atas defendan dan defendan akan menarik balik tuntutan balas ke atas plaintif.
Beliau juga berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan hal mengenai relif dan ganti rugi menerusi rundingan antara mereka berdua tanpa kehadiran peguam.
Blog Akar Umbi berpendapat, ini adalah tindakan terbaik Amir Bazli demi mengelakkan hal peribadi antaranya dengan Ahmad Zahid dipergunakan untuk kepentingan politik pihak ketiga.
Dalam pada itu, Amir Bazli berkata, kes antara beliau dan Ahmad Zahid selesai dan beliau bersetuju untuk menarik tuntutan ke atas defendan dan defendan akan menarik balik tuntutan balas ke atas plaintif.
Beliau juga berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan hal mengenai relif dan ganti rugi menerusi rundingan antara mereka berdua tanpa kehadiran peguam.
Blog Akar Umbi berpendapat, ini adalah tindakan terbaik Amir Bazli demi mengelakkan hal peribadi antaranya dengan Ahmad Zahid dipergunakan untuk kepentingan politik pihak ketiga.
Thursday, July 18, 2013
Muslihat Politik Husam - Cadang Tubuhkan Kerajaan Campuran UMNO-PAS Di Terengganu?
Mengamati laporan Berita Harian (di bawah), Pengarah Piliharaya PAS untuk PRK Kuala Besut kelihatan hendak mempedaya para pengundi di kawasan DUN berkenaan.
PAS mengakui gerakan bagi mewujudkan jumlah kerusi seimbang 16:16 antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebenarnya bukan bertujuan mengubah pemerintahan negeri itu.Meskipun tidak dinyatakan dengan terus-terang, namun kenyataan di atas seolah-olah membayangkan Kerajaan campuran UMNO-PAS di Terengganu.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebaliknya berkata, Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu sekalipun pembangkang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Kalau PKR dan DAP tidak bersetuju dengan pandangan Husam, rasanya molek benar mereka mengarahkan penyokong-penyokong mereka untuk terus mengundi BN bagi mengelakkan kemungkinan itu terjadi.
Monday, July 15, 2013
Tahaluf Siyasi - Ijtihad PAS Yang Untungkan DAP Bhg 3
Sheikh Muhammad Qutb (adik kepada Sayidd Qutb) adalah antara ulamak yang berpandangan bahawa 'Tahaluf Siyasi' adalah haram.
Tentangan beberapa ulamak disamping Sheikh Muhammad Qutb, tentunya kepada isu yang mengharuskan kerjasama dengan dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam seperti ditunjukkan oleh rakan kongsi PAS, iaitu DAP.
Merujuk kepada hubungan antara PAS dan DAP yang sudah pun melangkaui sepenggal PRU, maka sepatutnya DAP sudah sampai ke suatu tahap yang memahami dan menghormati Islam. Namun, jika disemak sedalam-dalamnya bukan kefahaman yang terbit pada DAP, tetapi tuntutan demi tuntutan pula yang dibuat oleh mereka.
Pada pandangan saya, Islam akan kuat dan lebih dihormati jika PAS dan UMNO bersaing dengan hebat pihak mana yang lebih Islamik. Hakikatnya, inilah yang ditakuti oleh Karpal Singh, jika PAS dan UMNO saling bersaingan keIslaman masing-masing.
Dengan PAS mengambil pendekatan liberal dan pada masa yang sama-sama UMNO terikut-ikut dan lemah, maka kesempatan ini yang diambil oleh DAP.
Pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam di IPTS kini dituntut oleh DAP untuk dihapuskan, dengan keyakinan bahawa PAS tidak akan berkecil hati.
Tidak cukup dengan ujian itu, malah PAS turut diuji untuk tidak kecil hati bila adanya iklan 'bah kut teh' sebagai juadah untuk berbuka puasa.

Barangkali 'Tahaluf Siyasi' adalah muslihat PAS untuk tambah kerusi dan bukan mengangkat syariat Allah di bumi Malaysia.
Disyor untuk baca Bhg 1 & Bhg 2.
Saturday, July 13, 2013
Exco DAP Dedahkan Rahsia Zin Mohamed - Tak Mahu 18 Ekar, Tapi Mahu 100 Ekar
Ketua UMNO Bahagian Sepang DS Zin Mohamed yang telah menjadi wakil rakyat di situ sejak 2004 tetapi telah dikalahkan oleh calon PAS Hanipa Maidin pada PRU13 yang lalu.
Blog The Unspinners menulis, kekalahan Zin disebabkan ahli UMNO Sepang tidak mengundi Ketua Bahagian mereka dan sebaliknya sanggup pula memilih Imam Syiah (merujuk kepada Hanipa) sebagai wakil rakyat. [Baca SINI].
Tapi hakikatnya, bukan segelintir ahli UMNO sahaja yang menjadi punca, tetapi ada faktor lain termasuklah 'Chinese Tsunami' yang mendorong kekalahan Zin.
Dalam keadaan Zin tidak lagi menjadi wakil rakyat Sepang, tiba-tiba namanya disebut oleh Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau sebagai 'wakil rakyat yang tidak berpuas hati' dengan 18 ekar, tetapi mahukan 100 ekar.
Akan tetapi 100 ekar yang diminta adalah bertujuan untuk perumahan penempatan semula bekas pekerja-pekerja dari Estet-Estet Perang Besar, Medingly, Galloway dan Sedgley yang kehilangan tempat tinggal kerana memberi laluan kepada pembangunan Putra Jaya.
Rupanya, ada juga yang diperjuangkan oleh Zin untuk rakyat di Sepang seperti yang dipetik dari kenyataan Ganabatirau yang tersiar di Media Selangorku.
![]() |
| Petikan dari Media Selangorku |
Subscribe to:
Posts (Atom)







