Saturday, October 18, 2014

BeritaTerkini Dari Sarawak!!! DAP Beri Tempoh 8 Bulan Pada PAS Supaya Gulingkan Hadi Awang


Mungkinkah ini ciuman terakhir DS Abdul Awang sebagai Presiden PAS kepada TG Nik Aziz?

Amaran telah dikeluarkan dari oleh DAP Sarawak, bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika pemilihan PAS yang dijadualkan pada Jun tahun depan masih memihak kepada kumpulan ulamak yang pro hudud.

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen menyebut bahawa mereka menghentikan komunikasi dengan PAS dan PKR berkuatkuasa hari ini disamping menambah,
"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," - lapor TMI
Nampak gaya, amaran itu adalah berupa arahan kepada PAS supaya menggulingkan Hadi Awang.

Malahan, PasMa sudah boleh teruskan kerja kerana penaja jamin sudah ada!

Oh Mahathir!


Tun Dr Mahathir dalam tulisannya di blognya (Baca SINI),mengutarakan cadangan yang menarik iaitu mengesyorkan KTM supaya memberi kebenaran kepada keretapi membawa barangan dan kontena antara Bangkok dengan pelabuhan-pelabuhan Malaysia.

Dalam terma sektor pengangkutan ia dipanggil 'transhipment hub' dan telah berpuluh tahun menjadi amalan pelabuhan Singapura, malah ia adalah antara faktor penyumbang dalam kemajuan negara kecil berkenaan.

Dr Mahathir membuktikan yang beliau masih mempunyai ketajaman akal dalam merungkai kerugian RM2.5 bilion yang dialami oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), disamping saranan yang amat bernas dengan siapnya landasan berkembar dari Padang Besar ke pelabuhan-pelabuhan di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang.

Blog Akar Umbi mengharapkan perhatian PM DS Najib Razak atas cadangan bekas Perdana Menteri itu dalam konteks transformasi dalam sektor pengangkutan negara.

Bulan lepas Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai mengumumkan projek RM100 juta untuk mendalamkan dasar laut yang menjadi laluan kapal di perairan Pelabuhan Klang.


Namun begitu, difahamkan bahawa projek berkenaan lebih menjurus kepada usaha mendalamkan kawasan laluan selatan (south channel).

Untuk lebih memahami isu yang dibangkit rujuk pada peta di bawah:-


Sebenarnya ada 3 komponen utama dalam operasi Pelabuhan Klang iaitu Pelabuhan Utara, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Barat.

Pelabuhan Utara dan Selatan diurus oleh Northport Corporation Berhad (pemilikan utama oleh PNB), sementara Pelabuhan Barat dikendali oleh Westports Holding Berhad.

Dulu ada 2 laluan masuk ke Pelabuhan Klang iaitu laluan utara (north channel - merah) dan laluan selatan (south channel - kuning). Namun begitu, laluan utara telah ditutup sejak 2009, ekoran dasar lautnya agak cetek (12 meter) dan tidak sesuai untuk kapal-kapal besar.

Berbalik kepada projek mendalamkan dasar laut Pelabuhan Klang, oleh kerana tumpuan hanya kepada laluan selatan, maka ia akan mendatangkan mudarat kepada Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Selatan dalam jangka masa panjang.

Semua kapal arah ke selatan dari utara terpaksa mengikuti laluan selatan dan ini merugikan dari segi masa (3 jam perjalanan tambahan), disamping tambahan dari segi penggunaan bahanapi.

Suatu tindakan perlu diambil untuk meng'hidup'kan semula laluan utara, memandangkan Northport Corporation adalah dibawah pemilikan PNB, supaya ia dapat bersaing secara adil dengan Westports.

Malah yang lebih penting ialah memberi ruang kepada semua kapal-kapal besar dapat berlabuh di semua dermaga di ketiga-tiga pelabuhan berkenaan (utara, selatan dan barat), dalam konteks menjadi pelabuhan tersebut sebagai 'transhipment hub' yang menyaingi Pelabuhan Singapura.

Dalam pada itu, baru-baru ini TMI melaporkan tentang hasrat Singapura untuk menjadi pelabuhan membekal (bunkering) bahanapi LNG terbesar dunia menjelang 2020. Seharusnya Malaysia berasa malu, memandangkan Singapura bukanlah negara pengeluar LNG, tetapi masih mempunyai cita-cita sebesar itu.

Jadi, elok benar jika pembuat-pembuat keputusan dalam kerajaan kita mengambil langkah-langkah yang berjiwa besar seperti itu, kerana kita mempunyai kelebihan dari segi input berbanding negara berkenaan.

Merujuk kepada peta di atas, pusat 'bunkering' boleh dimajukan di Pulau Carey, memandangkan sebahagian besar pulau itu adalah kawasan estet kelapa sawit milik Sime Darby. Dengan populasinya yang kurang berbanding saiz estet, ia amat sesuai untuk pembinaan depoh bahanapi samada disel mahupun LNG.

Akhir kata, tulisan Dr Mahathir di blognya berkenaan isu-isu di atas, sebenarnya adalah pendek. Namun begitu, ia terlalu panjang untuk dihurai dan diterjemahkan.

Friday, October 17, 2014

Seronok Eli Wong Dapat Membonceng Azmin Ali


Satu kelebihan Exco Selangor Elizabeth Wong ialah beliau dapat menggunakan 'gedik'nya dalam menyesuaikan dengan MB Selangor.

Jika sebelum ini Eli kelihatan intim dengan MB terdahulu TS Khalid Ibrahim, nampaknya dengan MB baru Azmin Ali pun tidak kurang juga lagaknya.

Hari ini sempena lawatan rasmi MB Selangor ke daerah Klang, Eli sempat memboceng Azmin di kawasan perkampungan nelayan Cina di Pulau Ketam (foto atas). Sementara yang berjalan kaki di kanan Azmin ialah Dr Halimah Ali, bekas exco (dari PAS) yang digugurkan dalam susunan pentadbiran baru Azmin.

Dalam daerah Klang masih ada lagi beberapa perkampungan tradisi, tetapi nampaknya Azmin lebih selesa memilih Pulau Ketam, perkambungan nelayan yang didiami oleh 95% penduduknya adalah berbangsa Cina.

Pulau Ketam adalah sebahagian dari DUN Selat Klang yang diwakili oleh Halimah sejak 2008. Pada PRU 2013, Halimah tewas dikebanyakan kawasan Melayu, tetapi kemenangannya adalah di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina.

Jadi tidak hairanlah bila Pulau Ketam menjadi salah satu destinasi dalam rangka lawatan Azmin ke daerah Klang.

Azmin Ali Timbang Nak Bagi Habuan Antara RM8 Juta - RM10 Juta Kepada Saari Sungib?


Patutlah pantas sangat Adun PAS Hulu Klang Saari Sungib berkejar untuk menanda tangani perakuan berkanun tidak mahukan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, rupanya ada sesuatu yang dimahunya.

Kini berlegar di alam siber sepucuk surat dari Saari yang dialamatkan kepada Pejabat MB, sejurus Azmin menjadi Dato' MB Selangor.


Surat bertarikh 26 September itu, mencadangkan agihan baki peruntukan MARRIS (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri) kepada setiap kawasan DUN Pakatan Rakyat, dengan amaun cadangan antara RM8 Juta - RM10 Juta setiap Adun.

Semasa pentadbiran Khalid peruntukan MARRIS dari kerajaan pusat tidak digunakan sepenuhnya, sebaliknya diperap dalam rezab negeri yang dikatakan bernilai lebih RM3 bilion.

Khalid hanya menggunakan antara 55% - 70% dari purata peruntukan yang diturunkan oleh Kerajaan Pusat kepada Selangor sejak 2008, sebanyak RM350 Juta setahun.

Pada 2011 misalnya, baki terkumpul yang diperap oleh Khalid mencecah hampir RM320 juta.

Bermakna, baki terkumpul MARRIS setakat 2014 telah mencecah lebih RM430 Juta, jika didasarkan permohonan maksimum Saari yang berjumlah RM10 Juta setiap DUN. (Pakatan Rakyat mempunyai 43 kerusi dalam DUN Selangor).

Namun begitu ada 2 perkara yang menghalang Saari untuk mendapatkan peruntukan yang dipohon iaitu;
  • Ketua Audit Negar pernah menegur kerajaan negeri Selangor apabila menggunakan RM5.15 Juta untuk membantu UNISEL (baca SINI) dan cadangan Saari termasuk kerja membaiki longkang.
  • Saari telah digantung keahlian sebagai ahli PAS selama setahun dan dengan sendiri tidak layak mendapat sebarang bantuan dari kerajaan negeri.

Thursday, October 16, 2014

Sia-sia Jadi Ahli Parlimen, Kalau Dikoyak Oleh Anwar Ibrahim


Wong Chen (foto - kanan) dikatakan sebagai 'blue eyed-boy' baru KetUm Anwar Ibrahim.

Tapi telah sama sekali 'koyak' pada pemikiran ahli parlimen PKR Kelana Jaya itu, apabila semakin rapat dengan Anwar.

Semalam Wong Chen mempertikaikan angka perdana menteri berhubung hasil bersih kerajaan bawah GST, katanya, purata sebuah isi rumah akan membelanjakan kira-kira RM270 seorang atau RM1,080 seisi rumah empat anggota untuk bayaran cukai itu.

“Jadi matematiknya... saya tidak tahu siapa tulis kertas untuk dia, tetapi ia sama sekali 'koyak' (salah),” katanya, seperti dilapor oleh Malaysiakini.

Mengikut formulanya yang diperincikan oleh TMI,Putrajaya dijangka memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM8.5 bilion daripada GST.

"Ambil RM23.2 bilion yang kerajaan sepatutnya dapat dalam bentuk hasil kasar bagi GST, tolak kehilangan GST RM13.8 bilion dan bayaran BR1M RM1.3 bilion.

 "Jadi, keuntungan sebenar dari GST ialah RM8.5 bilion. Bahagikan jumlah itu dengan 30 juta rakyat Malaysia, dan anda akan dapat RM270 seorang, termasuk kanak-kanak," ujarnya.

Kenyataannya itu, jelas bercanggah dengan kenyataan PM DS Najib Razak ketika membentang Bajet 2015 yang menyebut bayaran BR1M adalah berjumlah RM4.9 bilion dan bukan RM1.3 bilion seperti didakwa olehnya.

Tak mengapalah walau beliau meletakkan kutipan bersih GST sebagai RM8.5 bilion dan bebanan cukai RM270 setiap rakyat termasuk budak sekolah seperti yang didakwanya.

Tetapi cuba pula kita bandingkan carta Bajet 2014 (di bawah), ketika kaedah percukaian masih menggunakan SST.


Daripada carta di atas jumlah cukai jualan (3%) dan cukai perkhidmatan (4.9%), membentuk jumlah 7.9% SST dari seluruh pendapatan negara yang berjumlah RM225.1 bilion.

Bermakna, jumlah SST yang dipungut berjumlah RM17.8 bilion (Jumlah pendapatan X 7.9%).

Jika ditolak bayaran BR1M 2014 yang berjumlah RM4.6 bilion, maka pungutan SST bersih (RM17.8 bilion - RM4.6 bilion) ialah RM13.2 bilion.

Dari jumlah RM13.2 bilion dibahagi dengan jumlah 30 juta penduduk, beban cukai ditanggung setiap rakyat termasuk budak sekolah akan membentuk angka RM440 seorang.

Untuk perbandingan, angka mana yang membebankan, RM270 (2015) atau RM440 (2014)?

Kesimpulannya, fikiran Wong Chen yang 'koyak' dan bukan kiraan Najib.

Wednesday, October 15, 2014

Foto Yang Buat Hadi Awang Naik Angin - Ada Baruah & Broker Bawa Adun Morib Jumpa Azmin Ali


Tanpa pengetahuan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang, Adun PAS Morib Hasnul Baharuddin yang digantung keahlian, berjaya meloloskan diri ke pejabat MB Selangor Azmin Ali.

Tentu ada baruah dan broker yang uruskan, lalu ini boleh mendatangkan kemarahan kepada Hadi.

Sudah pasti apabila status keahliannya digantung selama setahun, bermakna peruntukan untuk kawasan DUN Morib juga dengan secara automatiknya dibekukan.

Maka agenda pertemuan tidak dapat disangkal adalah berkenaan peruntukan.

Jika Azmin tidak membekukan peruntukan Hasnul, maka dengan sendirinya Azmin mengkhianati Hadi yang telah mencadangkan beliau sebagai MB Selangor kepada pihak istana.

Tuesday, October 14, 2014

Hasan Malek Buat Hal Lagi - 'Cendolfest' Di Kuala Selangor Turun 20 Sen Semangkuk

"Pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan dan pasar. Sepanjang pemeriksaan memang ada kes atau aduan kenaikan harga barangan, tetapi tidak banyak, malah ada yang menurunkan harga (20 sen semangkuk) seperti dilakukan pengusaha cendol di Kuala Selangor," - Dato' Seri Hasan Malek