Friday, July 5, 2013

Muhyiddin Tewas?


Sekilas pandang TS Muhyiddin Yassin telah tewas untuk pusingan pertama.

Soalnya, apakah Muhyiddin benar-benar tewas?

Menurut laporan Utusan hari ini, Muhyiddin mengumumkan penarikan balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 untuk kelulusan parlimen.

Apakah ini bermakna bahawa Kerajaan tunduk kepada tekanan dalaman dari MCA? [Baca SINI].

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata RUU tersebut adalah bertujuan menambahbaik dan memperkemas terhadap Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 agar selari dengan kehendak semasa.

Justeru ini bermakna, meskipun zahirnya Muhyiddin 'tewas' dengan penarikan balik RUU tersebut namun Seksyen 107 (b) RUU berkenaan berhubung dengan pemelukan agama Islam oleh minor (dibawah umur) yang ditentang kuat oleh MCA dan DAP, tetap berkuatkuasa melalui Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 yang sedia ada.


Wednesday, July 3, 2013

MCA Sertai DAP Isytihar Tidak Akan Sokong Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 Di Parlimen

MCA secara rasminya mengumumkan akan menentang whip parti (BN) di parlimen.

Baca petikan laman web MCA di bawah.


Ini bermakna MCA telah menyertai grup yang menentang Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013.

2 isu yang dibangkitkan ialah Seksyen 107 (b) berhubung dengan pemelukan agama Islam oleh minor (dibawah umur)  dan Seksyen 51(3) (x) dan (xi) berhubung kuasa memutuskan agama (Islam) seseorang oleh Mahkamah Syariah.

Hakikatnya, Seksyen 107(b) sememangnya telah menjadi undang-undang melalui Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 yang dibaca seperti berikut:
Seksyen 95. Keupayaan masuk Islam. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan--- 
(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau 
(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang dilapor oleh Antara Pos menyebut bahawa Islam membenarkan penukaran agama kanak-kanak hanya jika ia dibuat oleh ibu kanak-kanak itu.

Walau bagaimana pun, janganlah kita lupa bahawa dalam sirah telah riwayatkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.

Apa pula pendapat PAS?

Tuesday, July 2, 2013

Video Pergaduhan Lelaki Melayu & India Di Tepi Jalan Tersebar


Jelas kelihatan rakaman aksi di atas bagai pergaduhan antara lelaki Melayu dengan lelaki India.

Anda saksikan sendiri disebalik aksi berkenaan dalam video di bawah.

Monday, July 1, 2013

Ketua Pembangkang Selangor Shamsudin Lias Tak Sudi Dijadikan Bahan Tukaran Dengan Anwar Ibrahim


Ketua Pembangkang DUN Selangor Dato' Mohd Shamsudin Mohd Lias menolak tawaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor.

Penolakan tersebut dibuat oleh Shamsudin kerana tawaran tersebut adalah dengan syarat Ketua Pembangkang Parlimen turut dilantik untuk jawatan tersebut diperingkat persekutuan.

Sunday, June 30, 2013

Lim Guan Eng Bimbang Bila Terhidu Kemungkinan Kerajaan Campuran BN-PAS


DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), lapor mStar yang memetik kenyataan Setia Usaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kulai Jaya.

Mengambil kira kedudukan kerusi 17-15 di DUN Terengganu yang memihak kepada BN mengatasi PAS, tentunya PRK di Kuala Besut akan membawa kedudukan 16-16, jika ditakdirkan PAS memenangi PRK tersebut.

Hal ini tentunya memberi tekanan kepada DAP dan PKR serta pada masa yang sama jika hal ini berlaku, tentunya kerajaan campuran BN-PAS di Terengganu tidak dapat dielakkan.

Ditambah pula pula dengan kesederhanaan dikalangan para pemimpin PAS Terengganu, kekhuatiran dengan automatik terbit di sudut hati Guan Eng.

Teori ini tidak mudah ditolak jika kalangan rakyat Terengganu nekad memerangkap para pemimpin UMNO dan PAS untuk bekerjasama demi kepentingan ummmah.

Sesungguhnya, ini yang amat dikhuatiri oleh Guan Eng hingga sanggup mencadangkan kemenangan walkover kepada BN.

Friday, June 28, 2013

Bekas ADUN DAP Negeri Sembilan Dihukum Penjara 10 Tahun Kerana Rembat RM66,647.44 Milik Lelaki Melayu Miskin

Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Dato'  Abdul Malik Ishak mengekalkan hukuman penjara 10 tahun keatas bekas Adun DAP Negeri Sembilan yang pernah berkhidmat selama 3 penggal (DUN Rasah - 1978-86 dan DUN Jimah 1986-90), M. Kuppusamy.

Fakta kes yang dilaporkan oleh Bernama yang dipetik oleh NST, Kuppusamay yang juga adalah seorang peguam telah menyalahguna wang berjumlah RM66,647 milik Zainal Abdul Majid.

Wang berkenaan adalah hasil tuntutan insurans diatas kematian anak mangsa yang kemalangan jalanraya.

Oleh kerana mangsa tidak mempunyai akaun bank, wang berkenaan telah dimasukkan ke akaun firma guaman milik bekas Adun DAP berkenaan.

Walau bagaimana pun, Kuppusamy telah secara salah mengeluarkan wang berkenaan secara berperingkat untuk tempoh 29 Oktober hingga 6 Disember 2005, tanpa menyerahkan kepada Zainal.

Ini adalah contoh kes penganiayaan dan penzaliman oleh bekas pemimpin DAP terhadap rakyat miskin.

Thursday, June 27, 2013

Sindrom Makan Kacang Goreng & Minum Teh Tarik UMNO Selangor?


Saya telah ditunjukkan SMS  berikut oleh seorang sahabat, yang mungkin diterima dari Ketua Bahagiannya.
Mohon Jasa baik KB mencadangkan seorg Pengerusi & Timb.Peng. JK Pemilihan parti utk bhgian masing sblum 30/6 (surat rasmi menyusul)...kriteria seorg yg BEBAS dan tiada kepentingan dlm Pemilihan d Bhgian masing2, sila msj ke nombor ini (Dt Mohd.Isa SUK Sel)...kerjasama YB/ Dato/Tuan semua amat d hargai.....TQ sk YB DSNoh/YB Dt Johan
Seorang sahabat lain menyampuk, "Bolehkah tidak memihak kepada sesiapa?".

Sebenarnya, saya tidak hiraukan sangat berkenaaan Jawatan Kuasa Pemilihan UMNO kerana mereka baru memulakan tugasan.


Sebaliknya, saya lebih tumpukan kepada nama-nama yang tertera dalam SMS berkenaan. Antara yang dikesan ialah berlaku rombakan untuk jawatan Setia Usaha Kerja, yang kini dipegang oleh Dato' Mohd Isa (Kasim?) dan bukan disandang oleh Badrul Hisham.


Pada masa yang sama, seolah-olah DS Noh Omar dan Dato' Johan Abdul Aziz telah pun memulakan tugasan masing-masing sebagai Pengerusi dan Setia Usaha Perhubungan. 


Disamping itu, nampak gayanya UMNO Selangor bergerak pantas mendahului pengumuman rasmi dari Presiden UMNO.


Baca petikan Antara Pos (25/6/ 2013) dibawah, 



Apa pun anggaplah bahawa Presiden UMNO telah pun memberikan verbal consent terhadap perlantikan tersebut.

Moga UMNO Selangor tidak terusan dengan sindrom makan kacang goreng dan minum teh tarik selepas ini.