Saturday, January 5, 2013

Rafizi Bakal Didakwa Dibawah BAFIA Untuk Kali Ke2 - Kali Ini Dedahkan Maklumat Pelanggan UOB Bank


Pengarah Strategik PKR bagai memohon tangannya digelang besi untuk kali kedua.

Sebelum ini, beliau mendedahkan maklumat pelanggan Public Bank, dan yang terbaru beliau telah mendedahkan maklumat pelanggan yang dipercayai United Overseas Bank (UOB) dalam sidang medianya berkenaan isu Pusat Kajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Tonton video di bawah dan anda akan jelas melihat logo UOB.


Seperti biasa, sasaran Rafizi ialah PM DS Najib. Dalam sidang media berkenaan Rafizi cuba mengaitkan PM sebagai bertanggungjawab isu tersebut.

MP veteran DAP Dr Tang Seng Giaw pernah mengulas melalui blognya pada 21/7/2006,
Berdasarkan tulisan Dr Tan di atas, kelulusan diberikan oleh Jemaah kabinet pada tahun 1997 dan pada masa itu DS Anwar Ibrahim masih lagi TPM dan juga Menteri Kewangan.

Pada 1997 juga Menteri Pertahanan disandang oleh DS Syed Hamid Albar dan bukannya Najib.

Dr Tan ada menyebut bahawa antara kekangan-kekangan tertangguhnya projek tersebut ialah  krisis ekonomi pada tahun berkenaan, masalah teknikal dan juga sebahagian tanah tersebut telah terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur - Rawang.

Jika kelulusan dibuat pada 1997, bermakna juga bahawa Raja Ropiaah Abdullah yang disebut sebagai pemilik Awan Megah, belum lagi dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Selangor dan beliau hanyalah seorang Ketua Wanita Bahagian Petaling Jaya Utara.

Najib hanyalah kebetulan sebagai Menteri Pertahanan pada tarikh perjanjian dimuktamadkan (14/3/2005).

Oleh kerana Rafizi mempertikaikan kewibawaan Awan Megah dan Raja Ropiaah yang ketika itu hanyalah Ketua Wanita Bahagian, rasanya jawapannya ada pada boss Rafizi, Anwar Ibrahim.

Anwar pada tempoh tersebut adalah seorang amat berpengaruh dan berkuasa atas kedudukannya sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Oleh itu, Anwar sendiri boleh menjawab segala persoalan Rahimi.

Jangan lupa matlamat Anwar pada pemilihan semua peringkat sayap dan MT UMNO 1996. Rafizi mungkin tidak mengerti apa-apa ketika itu, kerana usianya pun cuma 19 tahun.

Perlukah dibuka kisah lama?

Baca juga maklumat awal SINI.

Lim Guan Eng Wajar Ambil Cina DAP Yang Fasih Cakap Jawa Ketuai Jawatankuasa Untuk Perbetulkan Kaedah Pemilihan CEC DAP


Bila 'meletup' kisah CEC DAP mengubah keputusan pemilihan CEC, di Kongres DAP Nasional yang hanya tidak sampai sebulan berlalu, lantas fikiran saya teringat  Adun Sekinchan (Selangor) Ng Suee Lim. Istimewanya Ng ialah beliau fasih berbahasa Jawa

Bagi saya, beliaulah satu-satunya perwakilan DAP yang berani mendedahkan tentang kewujudan bibit-bibit politik wang dalam DAP, malah telah mencadangkan diubah kaedah pemilihan jawatan-jawatan utama, yang memberi hak kepada perwakilan membuat keputusan secara lansung. Dalam kaedah pemilihan DAP yang digunapakai hari ini, para perwakilan kongres hanya memilih 20 orang anggota CEC dan mereka inilah yang menentukan dan memilih dikalangan mereka untuk menduduki jawatan-jawatan utama seperti Pengerusi, Timbalan, Setia Usaha Agong, Bendahari dan lain-lain jawatan utama parti.

Berbalik kepada isu mengubah keputusan pemilihan yang telah diumumkan semasa Kongres Nasional oleh CEC DAP, jelas bahawa wujud kelemahan dalam tatacara mengurus pemilihan dalam parti berkenaan. Kalau Ng Suee Lim duduk mengetuai Jawatankuasa Pemilihan DAP, rasanya sudah pasti beliau akan melakukan adaptasi atas kaedah yang dilaksanakan oleh SPR. Alasan saya, kalau beliau telah dapat menghidu kelemahan dalam kaedah pemilihan, masakan beliau akan membiarkan keadaan berlaku semasa pengiraan undi, menyeneraikan keputusan dan seterusnya mengumumkan keputusan pemilihan pemilihan pada kongres berkenaan. Ini memandangkan beliau telah 2 penggal menjadi Adun dan rasanya sudah cukup faham dengan ketelusan SPR.

Hakikatnya, kaedah dan tatacara SPR adalah yang terbaik untuk diteladani oleh DAP. Namun atas sebab keegoan dan merasakan mereka adalah yang terbaik, mereka tidak sama sekali mahu menerapkan apa yang telah dilakukan oleh SPR.

Berikut, dipamerkan semula score-sheet pemilihan semasa kongres berkenaan:-


Pengalaman Suee Lim sebagai calon PRU sudah tentu tidak membiarkan kaedah pengiraan undi secara tertutup. Biasanya, semasa pengiraaan undi wakil-wakil sewajarnya diberi peluang  untuk menyaksikan pengiraan undi. Dalam hal ini ketelusan sewajarnya diberi keutamaan.

Soal kesilapan typo dalam score-sheet tidak akan timbul jika 63 wakil calon (setelah 5 calon menarik diri) menyaksikan pengiraan undi. Masakan mereka tidak membantah apabila jumlah undi calon mereka berbeza dari catatan mereka. Dalam kes Zairil Khir Johari yang diisytihar mendapat 305, masakan ia berdiam diri sejurus selepas keputusan diumumkan?

Inilah kelebihan SPR berbanding DAP. SPR memberi peluang kepada calon-calon melantik polling agent dan counting agent bagi mengelakkan tohmahan kepada mereka, apabila perisytiharan pemenang diumumkan.

Kelemahan dalam sistem DAP sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa gembar-gembur mereka untuk menerbitkan persepsi buruk terhadap kewibawaan SPR ternyata tidak berasas.

Hakikatnya, bukan DAP sahaja yang bermasalah, malah PKR juga menghadapi masalah yang serupa semasa pemilihan di peringkat cabang dan MPT PKR. Beberapa cabang PKR masalah kesahihan keahlian yang layak mengundi da telah menjadikan pemilihan mereka huru-hara seperti yang berlaku di Klang, Kota Raja dan Sabak Bernam. Begitu juga dengan pemilihan Timbalan Presiden PKR, salah seorang calon iaitu Zaid Ibrahim telah turut mempertikaikan status keahlian.

Dalam pada itu, jangan ingat masalah ini tidak berlaku dalam PAS. Saya yakin perkara ini turut berlaku dalam parti berkenaan. Dari pengalaman saya bersama seorang sahabat (yang kini adalah seorang YDP PAS Kawasan di Selangor) dalam pertubuhan belia, beliau tidak mengemaskini keahlian. Banyak borang-borang keahlian dan pendaftaran cawangan tidak dihantar ke ibu pejabat. Ini bermakna keahlian dan cawangan tidak bergerak secara sah.

Jika ini berlaku semasa kami sama-sama dalam pertubuhan belia, maka tidak mustahil perkara yang sama dipraktik dalam PAS. Hairan juga, apabila sahabat saya ini berjaya mengalahkan seorang ahli parlimen dalam persaingan di peringkat kawasan. Logiknya ahli parlimen punya akses kepada akar umbi apatah lagi bergelar YB, maka agak sukar bagi saya untuk menerima kekalahan ahli parlimen berkenaan.

Kesimpulannya, baik DAP, PKR mahu pun PAS wajarlah menerima betapa baik dan telus SPR dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Sesungguhnya, parti-parti berkenaanlah yang mengabaikan keadilan dan ketelusan pilihanraya.

Seperkara lagi, kita telah dipertontonkan betapa DAP gagal mengurus pemilihan yang disertai cuma 1,823 pengundi. Layakkah mereka selama ini mempertikai kewibawaan SPR?

Friday, January 4, 2013

Gambar Kenangan Terakhir Khalid Ibrahim Bersama Skuad Liga M Selangor


Hampir pasti, foto di atas bakal menjadi kenangan terakhir Khalid Ibrahim yang diabadikan bersama dengan skuad Liga M Selangor 2013. Foto ini dirakamkan petang tadi, sempena pelancaran jersi baru skuad yang dikenali sebagai 'Red Giants' itu.

Perlembagaan FAS meletakkan MB Selangor secara automatik menjadi Presiden persatuan tersebut.

Dengan PRU13 yang semakin menghampiri dan penggal perkhidmatan Khalid sebagai MB semakin pantas menuju noktah, maka foto ini akan terpahat di hati Khalid yang mengenakan pakaian Melayu petang tadi, sebagai pemimpin No. 1 FAS.

Saya sebagai penyokong 'Red Giants' dengan tulus ikhlas mengucapkan 'Selamat Jalan Khalid'!

Kesian Mahasiwa Pro-Pembangkang - Anwar Senang Lenang Naik Bas Mewah, Mereka Sakit Belakang Naik Lori


Semalam sekumpulan mahasiswa yang tak sampai 30 orang telah melancarkan Jentera Mahasiswa (GM13) untuk PRU 13. Mereka mendakwa sebagai mewakili 13 gabungan  gerakan mahasiswa.

Dengan mempamirkan banner tulisan tangan, lori buruk dan khemah, bagai ada agenda yang tersembunyi disebalik pelancaran tersebut.

Bila melihat kelibat Adam Adli yang sedang dalam penggantungan pengajian di UPSI, adakah bermakna sebahagian mereka adalah pelajar-pelajar bermasalah? Apatah pula dengan kesanggupan mereka untuk menumpukan sepenuh masa untuk roadshow, apakah bermaksud ini adalah sebahagian dari usaha untuk mendapatkan wang poket?

Pada pengamatan saya, usaha mereka adalah sebagai helah untuk menarik perhatian Anwar Ibrahim supaya memberikan habuan kepada mereka.

Dalam pada itu, mereka bertindak bodoh kerana sanggup menghambakan diri dengan menaiki lori kesana-sini, walhal idola mereka (Anwar Ibrahim) bersenang-lenang dengan coach mewah dan jet eksekutif untuk bergerak.



Seperti dijangka, jerat dipasang oleh mereka mengena. Hari ini 2 orang daripada pelajar berkenaan telah disunting oleh Mat Sabu. Mereka dikesan turut hadir dalam sidang media Mat Sabu di ibu pejabat PAS.


Turut disarankan untuk membaca laporan blog Mat Kilau Penang.

Anggota Skuad Sukarelawan Lim Guan Eng Pukul Wartawan - Mahkamah Jatuhi Hukuman Denda RM3,000


Seorang anggota skuad  sukarelawan Lim Guan Eng telah didenda oleh majistret kerana memukul seorang wartawan

Baca laporan Utusan di bawah.

Untuk rekod, skuad sukarelawan Lim Guan Eng telah ditubuhkan diatas nama Pasukan Peronda Sukarelawan Negeri Pulau Pinang (PPS).

Skuad ini ditubuhkan di setiap kawasan DUN Pulau Pinang yang berfungsi melaksanakan tugasan rondaan pencegahan jenayah di kawasan masing-masing, dengan peruntukan tahunan RM1 juta. [Semak SINI mengenai tugasan PPS]

Dengan berlakunya kes memukul wartawan, bermakna skuad Lim Guan Eng ini telah bertindak diluar batasan.

Kecoh & Memalukan - Ada Kesilapan Dalam Keputusan Pemilihan DAP Dan Ngeh Naik Setakuk Dari Kedudukan Tercorot


Adalah memalukan apabila telah berlaku kesilapan dalam pengumuman keputusan pemilihan CEC yang lalu.

Pengumuman terbaru DAP, Zairil Khir Johari telah diisytiharkan menang jawatan CEC bila undinya dipinda kepada 803 berbanding 305 seperti yang diumumkan.

Sementara Vincent Wu Him Ven yang diumumkan menang dengan jumlah undi 1,202 undi sebelum ini disahkan hanya mendapat 669 undi. Maka ini bermakna Wu telah terkeluar dari senarai 20 CEC yang menang dalam pemilihan.

Oleh yang demikian, Zairil menduduki tempat ke 20 dan dengan sendirinya ,tokoh pembalakan dalam pembikinan, Ngeh Koo Ham telah melonjak ke tangga 19 dari kedudukan tercorot dalam senarai pemenang yang diumumkan sebelum ini.


Menurut The Rocket, kesilapan dikesan apabila berlaku keputusan yang sama tercatat dalam score-card di bawah:-


Berikut adalah kedudukan asal yang diumumkan dalam Kongres DAP:-

  1. LIM KIT SIANG -1607 
  2. LIM GUAN ENG -1576 
  3. KARPAL SINGH - 1411 
  4. CHONG CHIENG JEN- 1211 
  5. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202 
  6. WU HIM VEN (VINCENT) - 1202 (669 undi - selepas audit) 
  7. TAN KOK WAI -1199 
  8. GOBIND SINGH DEO - 1197 
  9. PUA KIAM WEE (TONY)- 1162 
  10. TENG CHANG KHIM- 1152 
  11. FONG KUI LUN- 1137 
  12. NGA KOR MING -1075 
  13. CHONG ENG- 1006 
  14. CHOW KON YEOW- 986 
  15. LIEW CHIN TONG- 984 
  16. M. KULA- 984 
  17. BOO CHENG HAU- 958 
  18. KOK SUH SIM (TERESA) -925 
  19. TEO NIE CHING -903 
  20. NGEH KOO HAM - 824  

Thursday, January 3, 2013

Pening Kepala Anwar - Rafizi & Deepak Dah Mula Bercekau


Isu pembelian barang kemas isteri PM yang diharapkan akan meletup oleh PKR, akhirnya menjadi punca percakaran antara Rafizi dan Deepak.

Mereka saling tuduh menuduh.

Yang terserlah kini adalah niat yang tidak baik dari kedua-dua pihak, kem PKR dan Lone Ranger Deepak.

Lantaklah kau orang.