Wednesday, December 19, 2012
Nik Aziz Wajib Bertanggungjawab Bila Janda Tengku Wong Kahwin Dengan Orang Kuat DAP
Tentunya MB Kelantan pening kepala kerana ia bertanggungjawab dalam suatu perkara.
Janda yang ditinggalkan oleh Tengku Wong telah dikahwinkan dengan orang kuat DAP.
Begitulah ibarat sebuah perkahwinanan yang dialami oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dipaksa menjalankan JV keatas tanahnya seluas 10,526 ekar dengan Upayapadu Plantations Sdn Bhd. yang dimiliki oleh Tengku Wong.
Bila Upayapadu diambilalih oleh oleh sekumpulan peniaga yang turut melibatkan pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, maka jadilah YIK bak janda yang ditinggalkan malah dipaksa pula berkahwin dengan orang kuat DAP. [Baca latarbelakang ceritanya klik SINI].
Berbalik kepada JV YIK - Upayapadu, ia telah termetri semenjak 2006 dan projek mereka telah terbengkalai semenjak 2007.
Sepatutnya bagi projek yang terbengkalai selama 5 tahun, sudah sepatutnya YIK membatalkan JV berkenaan. Nik Aziz atas kapasiti Pengerusi Lembaga Pengarah YIK boleh bertindak demikian. Sebaliknya, Nik Aziz tidak dapat melihat hal ini. Mungkin beliau duduk mempengerusikan YIK tanpa mengetahu apa-apa pun yang berlaku.
Kelemahan Nik Aziz telah diambil kesempatan oleh orang-orang bawahannya. Apabila DAP meminta bahagian mereka di Kelantan, PAS mula menggelabah. Namun kelicikan PAS menutup pemberian tanah secara terus kepada DAP, mereka menggunakan formula pengambilalihan Upayapadu yang mempunyai projek terbengkalai melalui JV dengan YIK.
Akhirnya, YIK sebuah yayasan yang bermatlamatkan memaju dan memertabatkan pendidikan Islam dan Arab di Kelantan menjadi mangsa. Maka benarlah kata pepatah, 'keluar mulut buaya masuk ke mulut naga' dan umpama berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
Isu Selangor : Khalid Ibrahim Hantar Orang Kuatnya Jadi 'Datin Bandaraya' Untuk Halang Kemaraan Azmin
MB Selangor dalam kenyataan medianya hari ini mengumumkan perlantikan Datin Paduka Alinah Ahmad sebagai 'Datin Bandaraya' MBPJ yang baru, berkuatkuasa 1 Januari 2013.
Datin Alinah, disamping menjadi Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Selangor sebelum ini turut menjadi Pengerusi Jawatankuasa Geran Selangorku yang dikawal terus dari Pejabat MB.
Geran Selangorku bukan sahaja menjadi bahan kecaman BN Selangor, tetapi turut dicemuh oleh kem Azmin Ali dalam PKR Selangor.
Sebelum ini, Faekah Husin yang turut menjadi anggota JK Geran Selangorku sering dikecam oleh juak-juak kem Azmin. Selain Faekah dan Alinah, seorang lagi wanita yang melengkapkan trio 'angels' Khalid Ibrahim, ialah Rohany Talib (pentadbir MBI).
Alinah sebagai Pengerusi JK Geran Selangorku juga tidak begitu disenangi oleh kebanyakan pegawai tinggi di Selangor kerana arahan-arahan bagai SUK.
Oleh yang demikian, perlantikan Alinah lebih menampakkan penyusunan Khalid terhadap pentadbiran Negeri Selangor. Apatah pula jika Alinah kekal sebagai Pengerusi JK Geran Selangorku, maka pasti bakal menghalang kemaraan Azmin.
Tugas pertama yang harus dilaksanakan oleh Alinah ialah memilih mana satu logo rasmi MBPJ. Yang ada tulisan jawi atau yang tak ada tulisan jawi?
Cerita Disebalik Gambar - Nik Aziz Sujud Atas Sejadah, Budak Sekolah Sujud Atas Tanah
Sekali pandang, kelihatan betapa zuhudnya MB Kelantan yang bersembahyang di atas tanah.
Namun disebalik cerita sebenar, budak-budak sekolah lebih hebat kerana sujud diatas tanah tanpa sebarang alas.
Barangkali, Hatakahdaily ingin memberitahu kita bahawa dalam zuhud ada 2 martabat, iaitu antara MB dengan rakyat biasa!
Bahan Arkib : Lelaki Dakwa Anwar 'Love-Hate' Sejak 70an
Seorang lelaki mendakwa bahawa sejak dulu sampai sekarang, Anwar 'love-hate' pada dia.
Baca pendedahan lelaki berkenaan di SINI.
Tuesday, December 18, 2012
Lelaki Cina Yang Fasih Berbahasa Jawa Kena Tiu Dengan Guan Eng
Dalam banyak keadaan lelaki Cina yang fasih berbahasa Jawa ini begitu berani membentak sana dan membentak sini.
Tapi bila berdepan dengan KM Lim Guan Eng, lututnya terus longgar.
Lelaki berkenaan, Ng Suee Lim yang juga merupakan Adun DAP Sekinchan, membuat penafian yang beliau ada menyebut kewujudan politik wang dalam DAP.
Tapi bila berdepan dengan KM Lim Guan Eng, lututnya terus longgar.
Lelaki berkenaan, Ng Suee Lim yang juga merupakan Adun DAP Sekinchan, membuat penafian yang beliau ada menyebut kewujudan politik wang dalam DAP.
Pembantu Peribadi Ahli Parlimen PKR Mati Dibunuh
Pembantu peribadi MP Kapar (PKR) S. Manikavasgam telah mati dibunuh. MP berkenaan yang lebih dikenali sebagai Mike, merupakan MP PKR yang sering vokal mengkritik pentadbiran Negeri Selangor dibawah MB TS Khalid Ibrahim.
Laporan FMT menyebut mangsa C. Nachimuthu, 53, mati akibat hentakan di kepala ketika menunggang motosikal pagi tadi.
DAP Dapat Rezeki Terpijak Bila Nik Aziz & Husam Bagi Projek Pada Tengku Wong
Bila membaca butiran yang didedahkan oleh blog berkenaan, perolehan tersebut adalah melalui pengambilalihan Upayapadu Plantations (M) Sdn Bhd.
Melalui semakan, pemilikan asal Upayapadu adalah dibawah Datuk Seri Wong Yeon Chai. Rujuk kepada keratan The Star (4/5/2006) berhubung pemilikan Upayapadu dan penganugerahan pajakan 50 tahun keatas tanah berkaitan.
Siapa sebenarnya Wong Yeon Chai? Menurut laporan Utusan (26/4/2001), beliau turut dikenali sebagai Tengku Wong.
Pada tahun 1992, Wong telah mencetuskan kontroversi dalam industri pembalakan, apabila Menteri Perusahaan Utama Dr Lim Kheng Yaik mendakwanya sebagai membawa keluar hasil hutan secara haram. [Rujuk NST 20/12/1992]
Beliau sebenarnya telah disenaraihitamkan untuk kerja-kerja pembalakan di Pahang. Namun, Wong tidak berhenti setakat itu.
Beliau telah menyaman Kerajaan Pahang dan ini telah dijadikan isu politikoleh pihak pembangkang. Sepatutnya mereka turut sama mempertahankan tindakan MB Pahang sebaliknya mereka memperbesar-besarkan seolah-olah Pahang dan rakyatnya berhutang.
Blog Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (4/9/2009) telah memperbesarkan kes saman Upayapadu milik Wong dan petikan adalah seperti di bawah;
Meskipun Wong mempunyai track record yang teruk, pelik apabila Kerajaan PAS Kelantan dibawah MB TG Nik Aziz begitu mudah meluluskan projek berkenaan. Dalam hal ini, mustahil Exco Kelantan Husam Musa tidak mengenali Wong, yang telah sememangnya menjadi individu yang penuh kontroversi sejak 1992.
Seperkara lagi, projek keatas tanah seluas 10,526 ekar tersebut mendapat pembiayaan dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD), iaitu anak syarikat Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dengan jumlah pinjaman RM16.2 juta.
Daripada jumlah RM16.2 juta, sebanyak RM2.0 juta telah digunakan oleh Upayapadu melalui pengurusan lama.
Melalui surat yang didedah oleh Pisau.Net, pemilik baru Upayapadu yang diketuai oleh Ngeh telah memohon penyambungan pinjaman RM16.2 juta tersebut, keatas projek yang telah terbengkalai semenjak 2007.
Persoalannya, apakah FPD akan meluluskan utilisation keatas baki RM14.2 juta yang belum digunakan, kepada projek telah terbengkalai selama 5 tahun?
Kalau FPD meluluskan permohonan tersebut, bermakna DAP bakal menerima durian runtuh yang berupa dan RM14.2 juta pula disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, disamping pajakan 50 tahun keatas tanah seluas 10,526 ekar dari Kerajaan Negeri Kelantan. Itu belum lagi RM24 juta dari saman keatas Kerajaan Pahang, yang didoakan kemenangannya oleh Anwar Ibrahim.
Oh lumayan, lumayan!
Subscribe to:
Posts (Atom)