Saturday, December 15, 2012

YB DAP Sekinchan Dah Mula Syak & Tampil Berterus Terang Betapa Ada Yang Tak Betul Dalam Partinya


YB Sekinchan Ng Suee Lim yang sering vokal membidas BN, akhirnya mula memandang ke dalam diri sendiri.

Berpeluang berucap di Kongres Kebangsaan DAP di Pulau Pinang, beliau telah mencadangkan agar jawatan-jawatan penting DAP dipilih secara terus oleh ahli, berbanding pemilihan dikalangan Jawatankuasa Eksekutif Pusat semata-mata yang menjadi amalan parti berkenaan.

Tentunya beliau telah dapat membandingkan betapa kesemua parti-parti politik yang dibencinya telah sekian lama mengamalkan pemilihan secara terus.

Malah yang lebih memeranjatkan, Ng telah mula mensyaki kewujudan bibit-bibit politik wang dalam pemilihan parti.

Sesungguhnya, kenyataan Ng yang dilaporkan oleh Malaysiakini adalah suatu pendedahan terhadap pekung dalam DAP.

Agenda Pembangkang Dalam Piket Di Depan Ibu Pejabat CIMB Bank Sebentar Tadi

Sebentar tadi telah berlansung piket anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) di hadapan ibu pejabat CIMB Bank, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

 Piket bermula 10 pagi dan berakhir 1 tengahari.

Mungkin pada NUBE mungkin itulah kaedah terbaik untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak pengurusan CIMB. Cuma adalah keterlaluan bila membabitkan PM DS Najib Razak.

Semua sedia maklum bahawa CEO CIMB Bank ialah Dato' Nazir Razak. adik kepada PM. Namun begitu dalam bab pengurusan CIMB, Nazir adalah Nazir dan tidak perlulah Najib diheret sama.


Bukan itu sahaja, Maybank turut dipalitkan dalam serangan NUBE terhadap CIMB. Cuba perhatikan banner paling kanan dalam foto di bawah yang berbunyi "CIMB Komplot Bersama Maybank Sabotaj Pekerja".

Apa motif serangan yang berbentuk demikian?


Perlu diingat bahawa CIMB dan Maybank merupakan GLC dan apakah mudah untuk kita menolak bahawa ia bukannya serangan terhadap kerajaan.

Pasti akan dinafikan oleh NUBE, bahawa piket tersebut adalah tanpa sebarang agenda politik. Akan tetapi, apabila mengheret sama Najib dan Maybank telah menyerlah agenda tersembunyi tersebut.

Saya cuba mengenal pasti barisan kepimpinan NUBE di laman web kesatuan tersebut.

Namun usaha saya gagal. Sebaliknya, ia lebih menyerlahkan Setiausaha Agungnya, J. Solomon. Lantas timbul persoalan dibenak pemikiran saya, apakah kesatuan sekerja tersebut ditadbir secara one man show?

Kalau anda tidak percaya, cuba klik SINI.

Satu penemuan apabila membelek laman web NUBE, saya tertarik dengan slogan ciptaan NUBE (atau ciptaan Solomon?) yang berbunyi "NUBE DIJUNJUNG - PEMIMPIN DISANJUNG - AHLI DIPAYUNG".

Pemimpin yang mana perlu disanjung?

Selain dari itu jelas bahawa dalam organisasi tersebut, Setiausaha Agung mempunyai kedudukan tertinggi dalam hiraki.

NUBE dan DAP punya persamaan struktur organisasi?

"Yang Najib tahu...... Menari di pagi raya," Dakwa Mat Sabu


Dalam satu kenyataan di Dungun semalam, Timbalan Presiden PAS Mat Sabu menyifatkan PM cuma tahu menari di pagi raya.

Ada buktikah?

Bagaimana pula dengan gelagat pemimping yang di bawah ni?

Friday, December 14, 2012

Betulkah Ini Surat Nikah Azeez Putera? Abby Abadi Jealous?


Hujung minggu lepas terima imej di atas dari blogger Medan Info Kita yang berada di Gaza.

Sekali imbas macam surat nikah.

Rupanya ia adalah surat tauliah Duta Kehormat Palestine kepada Datuk Abdul Azeez Rahim.

Jadi, kalau Azeez Rahim panggil Abby Abadi untuk turut sama bantu dalam hal kebajikan sanggup terima ke?  Atau Abby rasa terkejut sebab wakil UMNO pun turut ditauliahkan sebagai Duta Kehormat.

Lanskap Politik Baru Malaysia Selepas PRU13 Ditangan Ibrahim Ali?


Khabarnya Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) akan mengadakan Persidangan Tahunan Kali Ke 3 esok di Astaka Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, jam 9 pagi yang bakal dirasmikan oleh Mufti Perak TS Harussani  Zakaria.

Meski pun Perkasa bukan parti politik, namun bila dipimpin oleh orang politik iaitu Dato' Ibrahim Ali, kecenderungan pertubuhan tersebut terhadap politik tidak dapat disangkal.

Difahamkan, Perkasa mempunyai keanggotaan seramai 300,000 orang. Secara perbandingan, DAP mempunyai 150,000 anggota. Lantas ini bermakna, Perkasa mempunyai sekali ganda bilangan keanggotaan berbanding DAP.

Jika diukur dari segi keanggotaan tentunya di atas kertas, Perkasa juga mampu mencorakkan lanskap politik negara menjelang PRU 13.

Namun, persoalannya mampukah pertubuhan yang dipimpin oleh Ibrahim Ali melaksanakannya?

Baca kupasan berkenaan persoalan di atas di SINI.

Isu Selangor - Pemimpin PKR Selangor Akui Sokongan Rakyat Semakin Merudum


Salah seorang anggota pimpinan PKR Selangor yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari semakin hilang keyakinan.

Ketika baru menjadi anggota pentadbiran tertinggi Kerajaan Negeri Selangor beliau kelihatan begitu optimistik. Perkara pertama yang beliau janjikan kepada rakyat Selangor ialah membawa masuk hasil negeri berjumlah RM150 juta setahun. [Baca SINI]

Selangor Agro Festival 2012 (SAF) yang sedang berlansung (11 Dis - 16 Dis 2012) di perkarangan parkir Stadium Shah Alam adalah acara kerajaan Selangor dibawah tanggung jawab Yaakob.

Festival ini juga adalah acara tahunan yang diwarisi dari Kerajaan BN yang terdahulu.

Tahun lepas keyakinan Yaakob terhadap sambutan rakyat begitu tinggi.

Baca petikan dari Sinar Harian di bawah.


Namun keyakinan Yaakob semakin menurun.

Apakah beliau telah dapat melihat betapa sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin merudum?

Jika pada tahun 2011 beliau meletakkan sasaran jualan RM11 juta dengan kehadiran pengunjung 1 juta (hakikatnya tidak tercapai pun), tahun ini Yaakob meletakkan sasaran 500,000 pengunjung dan jualan RM1 juta.

Rasanya, itulah sasaran yang realistik bagi yang Yaakob yang sering salah dalam pengiraan!

Media Selangorku

Thursday, December 13, 2012

Pemimpin PKR Rebah & Dikejarkan Ke Hospital


MP PKR Subang Sivarasa Rasiah dilaporkan telah rebah di rumahnya dan dikejarkan ke hospital. Puncanya hanya disebut sebagai masalah kerongkong.

Kejadian ini dimaklumkan kepada Hakim Datuk V.T Singham, apabila Sivarasa yang juga peguam tidak hadir mewakili anak guamnya dalam suatu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sepatutnya berlansung hari ini.