Tuesday, August 14, 2012

Suami Wanita Bertudung Labuh Ini Semakin Biol Bila Menjadi Wakil Rakyat PAS


Di atas adalah foto isteri MP PAS Kuala Selangor merangkap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad, yang ketika zaman mudanya pernah menjadi finalis Bakat TV (program pencungkilan bakat selebriti era 70an).

Dr Dzul ni orang pandai. Mengaji hingga ke luar negara dan memiliki PhD.

Tapi kerana terlalu pandai, kerjanya cuma pandai membangkang. Lantas ini menyerlahkan kebodohannya.

Bangkangan terbarunya adalah terhadap projek Tun Razak Exchange (dulu dikenali sebagai KL International Financial District - KLFID).

Baca petikan tulisannya yang tersiar di TMI di bawah:-

Mentaliti membangkang dalam diri wakil rakyat PAS ini terlalu menebal, hingga tidak perasan yang dirinya adalah sebahagian dari kerajaan di Selangor. Dek kerana terlalu suka mencari 'salah' di pihak orang, maka terlupa pada keburukan diri sendiri.

Sebagai seorang yang satu kawasan dengan MB Selangor (masing-masing menjadi YDP Kawasan dan Ketua Cabang) tidak sepatutnya Dzul bersikap pesimis terhadap Tun Razak Exchange (TRX).

Jika Dzul mendoakan TRX gagal, bermakna beliau mendoakan kemusnahan diri dan jemaahnya.

Cuba baca betul-betul iklan tender Pembangunan Semula Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, terutama yang didalam kurungan segi empat bertanda merah:-


Jadi dalam soal ini, Dzul jangan bersikap hipokrit dan dwi standard.

Hartanah yang hendak dibangunkan semula tersebut melibatkan blok-blok asrama kediaman
pelajar-pelajar tajaan Yayasa Selangor yng belajar di sekolah-sekolah di kawasan KL dan PJ.

Kalau penting modal insan, mengapa Dzul dari awal tidak bersama kami dalam menentang perobohan asrama kediaman tersebut?

Malah yang lebih penting, cuba Dzul sendiri baca dalam iklan YS di atas, yang terang-terang menyebut KLFID (sekarang dikenali sebagai TRX) yang hanya 300 meter jaraknya, dalam menarik bidaan!

Ramai Yang Tidak Perasan Teori Songsang Anwar Ibrahim Dihari ke13 Ramadhan


Pada 2 Ogos lalu (bersamaan dengan 13 Ramadhan), Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang media pembentangan Dasar Automotif Negara versi PKR.

Seperkara yang agak pelik berlaku dan ternyata songsang dalam teori ekonomi olahan Anwar ialah menggerakkan perkara yang berlawanan dalam satu masa iaitu:-
  1. Tingkatkan keupayaan/kemampuan rakyat untuk memiliki kenderaan persendirian (melalui peningkatan, pendapatan, penurunan cukai dan kemudahan kredit yang lebih menarik);
  2. Menjadikan pengangkutan awam lebih cekap dan berkesan; dan
  3. Mengurangkan pemilikan kenderaan persendirian.
Dari 3 matlamat di atas, perkara 1 & 2 hendak dilaksanakan serentak, walhal ia perkara yang berlawanan iaitu meningkat keupayaan mampu milik membeli kenderaan dan pada masa yang sama mengurangkan pula pemilikan kenderaan persendirian.

Bab satu lagi ialah menjaga kebajikan pekerja industri automatif tetapi pada yang sama membuka kemasukan automotif import untuk bersaing dengan industri tempatan.

Anwar dalam sidang media tersebut dengan penuh yakin pelan ekonomi mereka bukan mustahil untuk dilaksanakan.

Dalam pada itu, kita kaji pula latar belakang Anwar dalam bidang ekonomi yang dipetik dari web Al-Baraka Banking Group, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarahnya;



Anda lihat sendiri title Dr Anwar dalam keratan di atas. Apakah PhD (palsu?) atau saya yang tersilap kerana tidak mengetahui yang Anwar pernah dianugerah Doktor Kehormat?

Tonton dan amati kenyataan Anwar dalam kenyataan ekonomi songsangnya dalam video di bawah. Kalau Lembaga Pengarah Al-Baraka tahu berbahasa Melayu, gerenti Anwar tersingkir sebagai ahli lembaga pegarah.

Monday, August 13, 2012

Latheefa Koya Ajar Dr Hasan Ali, Buat Dosa Sembunyi2 Bukan Jenayah


Mengapa Latheefa Koya begitu beria-ia mengasak Dr Hasan Ali supaya menerima pendapatnya bahawa jika sesuatu dosa yang dilakukan secara sembunyi, tidak boleh dianggap sebagai jenayah?

Apakah dengan menjerat Hasan untuk membuat kenyataan di mahkamah maka apa juga kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim dan Azmin Ali diterima oleh umum hanya sebagai dosa dan bukan jenayah?

Baca transkrips antara Latheefa dengan Hasan di mahkamah (dalam kes saman Anwar keatas Utusan) yang dipetik dari Keadilan Daily:-

Friday, August 10, 2012

Anwar Ibrahim Tersandar & Riak Wajah Berubah Bila Husam Musa Rampas Mikrofon


Di atas adalah reaksi Anwar Ibrahim dalam sidang media Pakatan Rakyat yang berlangsung semalam. Beliau jelas kelihatan tersandar dan riak wajahnya jelas berubah.

Mulanya Anwar mengumumkan yang 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diterima sebagai tema Hari Kebangsaan bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Namun, Husam telah mencelah dan memberitahu sidang media bahawa Kelantan tetap kekal menggunakan tema yang telah diumumkan, "Kelantan Menerajui Perubahan" disamping tema yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat.

Tonton reaksi Anwar bila Husam merampas mikrofon pada minit 1.37 yang menjelaskan perbedaan pendapat antara mereka.

Thursday, August 9, 2012

Peter Chin Akan Diheret Ke Mahkamah?


Dalam respons terhadap pengumuman Pengerusi Jawatan Kabinet Mengenai Isu Air Selangor TS Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Pusat tetap akan meneruskan Projek Empangan Langat 2 hari ini, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan akan mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang projek tersebut.

Ini bermakna Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air DS Peter Chin hampir pasti diheret ke mahkamah.

Pada masa yang sama, ini menjelaskan kebodohan Kerajaan PR Selangor yang menolak infrastruktur air di negeri berkenaan. Inilah dinamakan 'bodoh yang tak boleh diikut'.

Wednesday, August 8, 2012

Khalid Ibrahim Aniaya Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Selangor


Editor Kanan Utusan Malaysia Dato' Zaini Hassan pernah menulis mengenai grand design pentadbiran MB Azizan Razak di Kedah untuk mengenakan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Kedah (KCS) melalui arahan kepada SPRM untuk menyelongkar fail-fail untuk mencari salah mereka. [ Baca SINI].

Khabarnya juga, ia turut berlaku di Selangor. Namun ia dalam bentuk yang berlainan.

Contoh utama ialah dalam isu perkenan Sultan Selangor terhadap perlantik SUK Selangor Dato' Mohamed Khusrin Munawi. MB Tan Sri Khalid Ibrahim, awal dalam aluan (protes) perlantikan Khusrin menyatakan bahawa SUK tidak akan dipanggil kesemua mesyuarat exco dan ia adalah jemputan berpilih yang bergantung kepada agenda.

Tidak pasti samada Khalid melaksanakan ikrar tersebut, namun jika ditonton sidang media pasca mesyuarat exco yang disiarkan oleh vlog TV Selangor, amat sukar untuk melihat SUK berada disamping MB ketika sidang media berkenaan berlangsung.

Khabarnya juga, beberapa orang penjawat jawatan utama telah diluluskan kenaikan gred oleh JPA, akan tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

Sehingga kini, kekosongan YDP di sebuah PBT di Selangor masih tidak diisi, melainkan ia dipangku oleh pegawai terkanan dalam PBT berkenaan. Mungkin untuk menutup mulut pemangku YDP PBT berkenaan, jemaah exco telah meluluskan elaun memangku RM5,000 kepada pemangku berkenaan.

Jika diamati, tindakan ini mungkin boleh meredakan perasaan individu yang memangku, namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat kepada keseluruhan anggota perkhidmatan awam di Selangor.

Dalam keadaan sekarang pun, Khalid Ibrahim secara langsung memperlekehkan perkhidmatan awam di Selangor, bila mana memberi kuasa kepada mereka yang bukan dikalangan perkhidmatan awam untuk mengendalikan dan mengurus 'Geran Selangorku'.

Perbuatan Khalid seolah-olah sengaja untuk tidak mengiktirafkan perkhidmatan awam di Selangor. Maka tidak hairanlah maka mereka pernah meninggalkan Khalid dalam satu program khusus untuk mereka. [Baca SINI].

Tuesday, August 7, 2012

Andai Kit Siang Atau Karpal Jadi KM Pulau Pinang 1982, Pasti Jambatan Pulau Pinang Terima Nasib Seperti Empangan Langat 2


Pada 3 Ogos yang lalu, genaplah 27 tahun perasmian Jambatan Pulau Pinang oleh Tun Dr Mahathir Mohammad (pembinaan bermula pada tahun 1982 dan dirasmikan pada 1985).

Mengimbas kembali ke tahun 1982, dalam usia remaja, pemikiran saya sering diasak oleh seorang oleh seorang pemuda berbangsa Cina yang mengatakan bahawa kita sebagai anak Malaysia akan menanggung hutang hingga ke generasi cucu cicit kita. Ini disebabkan, kos pembinaan jambatan berkenaan adalah melalui pinjaman luar. Bukan itu sahaja, tambah pemuda Cina berkenaan, Malaysia akan tergadai, akibat dari projek tersebut.

Bayangkan jika Karpal Singh atau Lim Kit Siang yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, apakah projek jambatan berkenaan dapat direalisasikan? Mujurlah, mendiang Tun Dr Lim Chong Eu yang menjadi Ketua Menteri, maka dapatlah kita melihat kewujudan Jambatan Pulalu Pinang.

Begitulah persepsi sebenar pembangkang terhadap projek-projek yang diinisiatifkan oleh BN. Generasi hari ini telah dapat menyaksikan betapa silapnya persepsi pembangkang. Kerajaan Pulau Pinang dibawah regim Lim Guan Eng, kini mengakui bahawa keperluan satu lagi jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

Berbalik kepada realiti pada hari ini, Empangan Langat 2 adalah suatu contoh dan satu pembuktian keatas sikap negatif pembangkang. Selangor Daily dalam mengupas perbezaan pendapat antara Kerajaan PR Selangor [baca SINI], mendedahkan betapa regim Khalid Ibrahim menjadi pengkhianat kepada rakyat Selangor.

Perlu diingat bahawa idea Projek Empangan Langat 2 adalah rentetan dari krisis air Selangor 1998 dan ketika itu Dr Mahathir masih lagi menjadi PM.

Andai tertangguhnya Projek Jambatan Pulau Pinang hingga ke waktu pentadbiran Lim Guan Eng dihari ini, apakah KM Pulau Pinang itu akan merelakan 'dvelopment order' diberikan kepada projek tersebut? Kalau dilihat dari dari perangai Khalid Ibrahim, pasti Lim Guan Eng akan menurutinya!

Anda fikirkanlah, apakah PR layak untuk diberi mandat?