Saturday, July 7, 2012
Anwar Ibrahim Terkejut Dengan Sindiran Pedas Karpal Singh
Karpal Singh dalam laporan yang dibuat oleh FMT meminta KM Pulau Pinang Lim Guan Eng membatalkan debat dengan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang bakal berlangsung esok.
Kenyataan Karpal begitu cenderung memihak kepada PM Najib Razak, apabila merujuk kepada pelawaan perdebatan Anwar - Najib yang dicadangkan oleh PKR.
Satu tamparan buat Anwar.
Khalid Ibrahim Berbelanja RM1.33 Juta Semata-Mata Nak Tengok Pusat Wanita?
Kelakar bunyinya bila RM1.33 Juta diperuntukkan untuk 'Pusat Wanita Berdaya' oleh MB Selangor Khalid Ibrahim melalui Geran Selangorku.
Memang hasrat itu memang baik, tetapi nama projek itu tidak berapa kena. Mengapa tidak memilih 'Bengkel Usahanita' atau 'Bengkel Latihan Wanita' atau nama-nama lain yang tidak menjadi persendaan.
Tambahan pula, apakah dengan peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para wanita yang sememang telah mempunyai bermacam-macam kemudahan melalui Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Masyarakat & Wanita, Kolej Komuniti, Amanah Ikhtiar dan lain-lain agensi yang berkenaan.
Dikhuatiri, dana tersebut akan dilencongkan untuk kegunaan Wanita PKR. Sementelahan pula, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli telah pun meminta Bajet Selangor 2013 disalurkan terus untuk aktiviti parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Khalid Ibrahim Bakal Berperang Dengan Teng Chang Khim
Anda lihat sendiri gaya duduk MB Selangor TS Khalid Ibrahim yang begitu angkuh dan bongkak apabila ditanya reaksinya berhubung cadangan Jawatankuasa Selcat yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim. [Tonton laporan video di SINI]
Khalid dalam reaksinya terhadap saranan Jawatankuasa Selcat yang mencadangkan pembatalan terhadap projek pembangunan di padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, menjawab bahawa perkara itu akan dibincangkan diperingkat Exco.
Hakikatnya, wujud 'hanky-panky' dalam kelulusan projek dan tentunya ia dilakukan oleh 'grand design' dan bukannya oleh sembarangan orang.
Tambahan pula dengan saranan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli meminta Khalid menimbangkan peruntukan kepada anggota komponen Pakatan Rakyat dalam Bajet 2013, secara terang bahawa memang wujud perancangan terhadap ketirisan wang awam untuk kegunaan Pakatan Rakyat.
Perlu diingat bahawa Rafizi adalah 'nuri jantan' belaan De Facto PKR DS Anwar Ibrahim, maka tidak mustahil kata-kata yang diucap oleh Rafizi adalah kata-kata Anwar.
Sedang yang terang seperti Bajet Selangor 2013 hendak diambil oleh Pakatan Rakyat, apatah lagi perkara yang terselindung seperti kelulusan projek pembangunan keatas padang PKNS.
Semua hal ini menjadi tanya dan menimbulkan kecurigaan yang boleh kita simpulkan bahawa regim Khalid Ibrahim ini sebagai 'Perompak Rakyat".
Kini Khalid berada dalam persimpangan, samada akan bertindak mengikut arahan Anwar atau menurut cadangan Teng yang tidak menyorokkan tembelang dan bangkai yang telah pun diketahui oleh pihak awam.
Kini Khalid berada dalam persimpangan, samada akan bertindak mengikut arahan Anwar atau menurut cadangan Teng yang tidak menyorokkan tembelang dan bangkai yang telah pun diketahui oleh pihak awam.
Friday, July 6, 2012
Lagi Seorang Wanita Pujaan Khalid Ibrahim Bakal Berdepan Masalah
Selepas Faekah seorang lagi wanita kesayangan Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan masalah.
Noraini Roslan yang menjadi wanita pertama di Selangor menjadi YDP PBT akhirnya mengaku kesilapannya didepan pendakwa merangkap hakim Selcat.
Baca petikan dari Media Selangorku di bawah.
Berbeza dengan Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki yang lebih cekap melepaskan diri, nampaknya Noraini lebih lurus bendul.
Dalam sesi pendengaran kes Yayasan Selangor yang terdahulu, Ilham mengambil pendirian mengaku namun telah 'mengada-adakan' cerita secara terbuka, kononnya telah berlaku ketirisan dana YS semasa pentadbiran BN.
Begitu kelakar bunyi pembelaaan diri pegawai bawahan Noraini, Faiwos Abdul Hamid pada ayat terakhir petikan di atas, yang seolah-olah menciplak 'skrip' Ilham Marzuki!
Thursday, July 5, 2012
Khalid Ibrahim Gelak Sakan - Anwar Ibrahim Tak Berani Keluarkan Surat Tunjuk Sebab
Sebagai seorang yang bernilai RM1 bilion, Khalid Ibrahim begitu kebal untuk menerima surat tunjuk sebab dari PKR.
PKR pusat secara rasmi menafikan sebarang pengeluaran surat tunjuk sebab kepada Khalid Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sahkan Dirinya Parasit - Utamakan Pembelaan Anwar & Azmin
Dari apa yang dihujahkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dalam sidang media yang dikendalikanya, dengan sendirinya mengesahkan label parasit PAS yang diberikan oleh mantan Pesuruhjaya Dr Hasan Ali.
Awal-awal lagi (dalam video di bawah), Dr Rani bagai Pengerusi PKR Negeri menjadian pembelaan Anwar dan Azmin sebagai pembuka kata sidang medianya.
Wednesday, July 4, 2012
Khalid Ibrahim Pertahan Faekah Dalam Penggunaan Kepala *****
Khalid Ibrahim masih tetap mempertahankan Faekah Husin dalam isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.
Penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar, sebenarnya telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada kebanyakan ketua-ketua jabatan di Selangor.
Sebab itulah mereka telah bertindak berani dengan memulaukan Khalid di pertandingan golf di kalangan ketua-ketua jabatan yang dianjurkan atas Khalid sendiri.
Betapa tidaknya, selama ini pun kedudukan mereka sebagai ketua jabatan di Selangor tidak dihargai. Sebaliknya Khalkid lebih percaya kepada 3 wanita yang didampinginya. [Baca pendedahan di SINI].
Subscribe to:
Posts (Atom)
.png)


.png)



.png)
