Saturday, March 3, 2012

PKR Dalam Keadaan Yakin Melayu Tidak Menyokong Najib

Duduk berbual-bual dengan seorang ahli majlis PBT Selangor (berbangsa Cina) dari PKR. DIa melahirkan keyakinan bahawa BN akan tewas pada PRU13. Keyakinan disandarkan kepada rasa tidak senang dikalangan orang Melayu terhadap bantuan yang banyak dicurahkan kepada sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina.

Malas untuk mencelah, tetapi sekadar mengangguk-angguk yang bukan tanda setuju tetapi mengangguk atas rasa terima kasih atas maklumat yang disampaikan.

Malangnya, kerana ada urusan yang lebih penting dan kalau diajukan maka akan menjadi perbahasan yang lebih panjang, maka masih disimpan soalan yang berkenaan.

Sebenarnya soalan yang hendak ditanya, "habis tu orang Melayu nak undi siapa?".



Friday, March 2, 2012

Poster Anwar & Badrolamin Yang Telah Diluluskan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR


Idea poster PRU13 diambil dari blog Melanau Blogger.

Husam Musa & Ariffahmi Gunakan Khidmat Wanita Yang Sama?

Mungkin sama tapi tak serupa. Tapi jangan salah anggap, wanita (atau wanita-wanita) ini sekadar pemandu pelancung atau mungkin jurubahasa semasa lawatan mereka ke China.

Nak tahu lebih lanjut kisah sama tapi tak serupa?

Najib Kena Fikirkan Pembebasan Total Bayaran Tol Ke 'Laluan Sate'

Aku tinggal di Pelabuhan Klang. Bila anak mula pandai dan suka makan sate, dalam sebulan sekurang-kurangnya sekali aku akan pergi ke Kompleks Sate di Kajang.

Tapi bila semua laluan ke Kajang, khususnya laluan melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) mengenakan tol, maka rutin tersebut dihentikan. Sebabnya, perjalanan aku ke Kajang dari rumah tidak sama sekali mempunyai laluan alternatif tanpa tol.

Bila kerajaan memansuhkan tol di laluan Metramac, bermakna ia susut menjadi 4 plaza tol. Dengan pengumuman terbaru, pemansuhan tol untuk laluan Cheras-Kajang, maka semakin kuranglah plaza tol yang ditempuh.

Aku sebenarnya menanti-nantikan pembebasan tol di 'laluan sate' dan itu sebabnya, bila ada cadangan pemansuhan tol di Sungai Rasau dan Bukit Raja oleh UMNO Bahagian Shah Alam, amat aku alu-alukan [baca SINI].

Memanglah telah ada outlet sate kajang yang berhampiran seperti di Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Guthrie, malah di Kompleks PKNS Shah Alam. Tapi sekali-sekala, anak-anak aku perlu tahu tapak asal-usul sate Kajang. Jadi link ke Kajang mesti dipermudahkan.

Thursday, March 1, 2012

Khalid Samad Buta Geografi - Tak Tahu Kilang Rare Earth Magnet Bukan Terletak Dalam Kawasan Parlimennya?



Sepatutnya MP Shah Alam Khalid Samad, cakap terus terang apabila portal The Mole ingin mendapatkan komen beliau dalam isu pengeluaran rare earth magnet, bahawa kilang Shin-Etsu di Seksyen 26 berkenaan bukan terletak di kawasannya. Sebaliknya, ia terletak di kawasan parlimen Kota Raja yang diwakili oleh Dr Mariah Mahmud.


Samada ia terlalu suka bercakap dengan wartawan, atau tidak tahu sempadan kawasan atau pun terlebih suka mendahului Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Rani Osman dalam menjawab segala isu di Selangor?

Jadi dalam hal ini, Dr Mariah pun harus diheret kerana tidak sedar kewujudan kilang berasaskan rare earth di kawasan yang diwakilinya. Selepas ini, maka terkial-kiallah Dr Mariah mencipta data-data pekerja Shin-Etsu yang terkena radioaktif.

Geruh Di Sabak Bernam - Ketua UMNO Dihukum Penjara, Ketua PKR Ditangkap Khalwat

MP Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri yang juga Ketua UMO Bahagian Sabak Bernam hari ini telah dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM400,000 atau penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.

Andai PRU berlangsung dalam masa yang terdekat, bermakna kedua-dua pemimpin dari utara Selangor ini (Sungai Besar Dan Sabak Bernam) pasti terkeluar dari senarai calon BN.

Kebetulan pula Badrolamin Bahron yang ditangkap khalwat hujung minggu lalu adalah Ketua PKR Cabang Sabak Bernam.

Badrolamin Dijerat Untuk Disungkit Dari Jawatan Pengarah Penerangan Selangor?

Badrolamin Bahron bukanlah seorang pengurus yang baik. Dia hanya pandai cakap saja.

Kalau berceramah, mesti nak selitkan promosi songkok Bugis, seolah-olah dia adalah peragawan dan duta dalam promosi jualan songkok berkenaan.

Sebagai penjawat awam dalam kerajaan Selangor, rasanya kurang manis kalau Badrolamin berbuat demikian.

Kalau dilihat pada pada portal Selangorkini di atas, sejak 15 Februari iaitu lebih kurang 10 hari Badrolamin ditangkap, portal tersebut tidak beroperasi. Ini bermakna Selangorkini lebih awal bercuti, sebelum Badrolamin dicutikan.

Seolah-olah ada masalah dalaman. Perlu diingatkan Selangorkini bukan macam pengendali blog yang tak bergaji. Ia milik kerajaan negeri dan antara agensi yang dibiayai dibawah peruntukan RM15 juta, seperti yang diumumkan oleh MB Selangor.

Ini mungkin sabotaj dalaman terhadap Badrolamin.

Tapi dia masih tembak sipi kononnya ia adalah perangkap luar parti dan bukan parti.