Saturday, February 11, 2012

Rekod Jalan Kebun Telah Pecah : Di Kg Idaman Ceramah Belum Mula Kerusi Dah Pecah!!!

Apa cer? Game MU Vs Liverpool belum mula, kerusi dah pecah.

Begitulah ibarat ceramah yang dikendalikan oleh PKR dan KAMI di Kg Idaman Pelabuhan Klang, yang laporan awal klik SINI.

Inilah akibat keceluparan mencabar "kalau UMNO rasa dia kuat, maka datanglah naik ke atas pentas dan stop ceramah kami di kubu hangpa malam ni. hahahaha" seperti yang ditulis di bawah:-


Akhirnya, tak sempat mula, kerusi dah berterabur.


Setakat berita ini ditulis masih ada yang menunggu untuk menyaksikan Adam Adli kena penampar! Mereka hampa kerana mereka yang mengaku siswa itu tidak muncul.



Difahamkan pihak polis telah mengarahkan program PKR ini dibatalkan.

Bukti Penglibatan Anwar Ibrahim Menaja Serangan Adam Adli & The Gang Terhadap MB Kedah Azizan Razak


Mereka mendakwa bahawa mereka adalah gerakan siswa yang bebas. Namun banner di atas terdapat logo PKR.

Malah Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen mendapat bantuan dana dari Kerajaan Selangor, melalui exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar.


Sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi bahawa PKR mendalangi serangan siswa-siswa di atas keatas MB Kedah.

Apakah PAS masih tidak sedar lagi?

Geng Adam Adli Sengaja Nak Cari Pasal Di Kampung Arwah Zakariah Mat Derus

Mamat (gambar di atas) adalah anak mantan YDP Klang, Ismath Habib Mohamad. Oleh kerana bapanya telah ditolak tanpa sebarang jawatan dalam PAS Kawasan Klang, maka tidak hairanlah dia beria-ia benar nak menonjolkan diri di Klang.

Blog mamat ni namanya "Revolusi Habib". Mungkin dia ingat, inilah caranya nak naikkan semula nama bapanya dalam PAS. (Klik SINI untuk membaca siri kekalahan bapanya dalam PAS).


Melalui blognya, mamat ni ada warwarkan untuk serang kubu kuat UMNO Klang, iaitu Kampung Idaman. Tujuannya adalah semata-mata untuk tunjukkan kepada YDP PAS Klang Ismail Arshad yang grupnya lebih berani dari Ismail Arshad yang bacul tu.

Tapi sebenarnya Ismail bukan bacul, tapi dia faham. Kubu kuat UMNO buat apa nak serang dan cari pasal. Agama ini untuk apa, harmoni atau kekacauan?


Satu lagi mamat ni dah mula buat provokasi, kononnya dia dah kena ugut. Satu lagi, dia buat statement kurang ajar pada arwah Dato' Zakariah, kononnya arwah tipu duit rakyat.

Inilah satu keburukan anak mantan YDP PAS ini. Dia tak tahu kisah sebenarnya, main lepas cakap saja.


Gambar atas adalah banglo peninggalan arwah Dato' Zakariah. Untuk pengetahuan semua geng mamat yang bernama Khalid Ismath, dalam rumah itulah budak-budak sekolah agama (terletak bersebelahan banglo) belajar solat. Korang tak tahu, jangan main bedal aja.

Itu belum lagi bab repair tandas sekolah, ganti bumbung dan cat semula bangunan sekolah.

Bapa kau yang bernama Ismath Habib ada buat macam tu?

Aku rasa, malam ni kalau budak-budak failed tu datang, alamat akan teruk dikerjakan.

Dari entri kat blognya sendiri pun dah tunjuk yang mereka sengaja nak buat hal dekat kampung orang.

Nik Aziz Tersipu-sipu Bagi Jambangan Bunga Kat Tuan Sabariah

Pelancaran "Hari Suami Isteri" jangan pula dijadikan "Hari Macam Suami Isteri" bagi pasangan yang belum bernikah. Ia hanya alternatif bagi sambutan "Valentine's Day".

Hai.... letih kalau semuanya (yang bukan budaya Islam) nak dilayan dengan sambutan alternatif.

Dalam pada itu, baca repons yang menarik yang dipetik dari blog Paneh Miang.

He he he he he...
Tu bunyi orang golak.

Ha ha ha ha ha...
Tu bunyi orang suko.

Uh uh uh uh uh...
Tu kono tafsir sendiri.

Pok Nik cadang nak tukar Hari Valentine kepado Hari Suami Isteri.

Ni Atok nak posan sikit kek MursyidulAmpas sorang ni. Atok raso banyak lagi pokaro yang lobih bosa dan ponting untuk dipikirkan dek sorang Montori Bosar. Pokaro yang dah sodio ado tu tak usah nak dipikir-pikir atau nak diubah-ubah.

1. Malam Sunat - Malam Jemaat.
2. Malam Pujuk - Malam Senin.
3. Malam Bodek - Malam Sabtu (ado pasar malam kek umah Atok ni).
4. Malam Pakso - Bilo Teragak.
5. Malam Suko Relo - Bebilo ajolah.
6. Tak kiro siang ko malam - Tanyo orang lopeh nikah? atau tanyo Che Din.

Jadi eh Pok Nik, ingatkan yolah bebudak ni, kok tak elok tu, larang yolah.

Hu hu hu hu hu...

Friday, February 10, 2012

"Saya Cuba Pujuk Diri Supaya Jangan Percaya, Tapi Diri Saya Kata Kuat Untuk Mempercayainya" - Dr Hasan Ali


Saudi Punya Hisham Tangkap, Malaysia?


Cakap Kadir Sheikh Fadzir Pun Dah Semakin Takabur - "Saya Pun Tak Bergantung Hidup Pada UMNO"

Pak Kadiaq

Nampaknya Pak Kadiaq semakin takabur. Bila Pak Kadiaq cakap tak bergantung pada UMNO, rasa nak tersembuh air kosong yang aku tengah minum.

UMNO dah menyimpang atau rezeki Pak Kadiaq adik beradik dah menyimpang dengan keadaan UMNO hari ini. Jangan cuba nak temberang.

Bukan aku tak kenal Aziz dan Haidar, pasal aku pernah sezaman dengan dia orang.

Adik Beradik & Sepupu Pak Kadiaq, dari kiri Musa Sheikh Fadzir,
Nadzir Sheikh Fadzir, Harun Faudzar (sepupu),Omar Faudzar (sepupu),
Haidar Sheikh Fadzir dan Aziz Sheikh Fadzir yang masing-masing
pegang jawatan dalam politik dan korporat