Saturday, January 14, 2012

Khalid Samad Hormati Saudaranya, Najib Razak


Maka berkatalah seorang penyokong PAS melalui komen yang ditinggalkan di blog saya melalui entri saya berhubung kehadiran kontijen PAS Kawasan Shah Alam [klik SINI];


Anonymous said...
Sebenarnya itulah menunjukkan keberanian orang PAS untuk hadhir di majlis resmi BN, bukan apa pun....

1- Cuma nak tengok seramai mana kehadiran, rupanya tak ramai mana....BN dah tidak ada harapan untuk menawan Selangor lagi kecuali penipuan menggunakan warga asing sebagai pengundi.

2- Mahu menunjukan kekuatan PAS di Shah Alam, umno ada berani hadhir di majlis Pas pakai vest umno ?

3- Kalau ada yg pakai baju 901 itu lagi hebat, satu cabaran kepada Najib.

Kesimpulannya buat apa pun dengan izin Allah Pakatan Rakyat akan dapat juga menawan Putra Jaya selepas PRU ke 13 nanti.... Allah huakbar.
Untuk makluman orang-orang PAS, ini adalah permainan licik Khalid Samad terhadap PM DS Najib Razak.

Frasa berikut dipetik dari Tranung Kite di zaman reformasi.

"Manusia bernama Shahrir Abd Samad ini sebenarnya saudara sepupu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak"
Kalau Sharir sepupu Najib, bukankah Khalid juga sepupu Najib?

Teruskan membaca rahsia yang tidak diketahui oleh orang-orang PAS [Klik SINI]

Khalid Samad Turut Hantar Kontijen PAS Kawasan Sambut Lawatan Najib Ke Shah Alam

Sambutan Lawatan PM DS Najib ke Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam petang semalam turut disertai oleh Kontijen PAS Kawasan Shah Alam.

Walau bagai mana pun kelibat YDP PAS Shah Alam Khalid Samad tidak kelihatan, mungkin takut difitnah berjumpa UMNO oleh Nik Aziz (?).











Lagi foto-foto kehadiran kontijen PAS Kawasan Shah Alam klik SINI.

Masakan Khalid Ibrahim Dah Kawtim Dengan Nik Aziz??

Kelantan dan PKNS Selangor sekadar seri 1-1 pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, malam ini.

Pada babak separuh masa pertama kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol, sekali gus menyerlahkan ketumpulan jentera serangan mereka. [Utusan]

Friday, January 13, 2012

Versatiliti Bakal Exco Agama Selangor, Gantikan Dr Hasan Ali

Boleh jadi ulamak
Boleh jadi Melayu

Boleh jadi remajai
Boleh jadi Mat Yo
Wajah gigolo?

PAS Kawasan Shah Alam Bagi Indikasi Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan?

PAS Kawasan Shah Alam turut bersama para penduduk Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16 Shah Alam untuk meraikan kehadiran PM DS Najib Razak. Sekumpulan anggota PAS Kawasan Shah Alam dilihat berdiri dibelakang banner ucapan selamat datang bersama BN.

Bagi Najib, kehadirannya di Rimba Jaya tidak lain adalah untuk membawa pemulihan imej BN di kawasan perumahan tersebut yang dulunya merupakan kawasan perkampungan setinggan.

Rimba Jaya menjadi kontroversi ekoran pertikaian terhadap perobohan kuil dan surau, sebagai memberi laluan kepada pembangunan semula kawasan tersebut, yang tanahnya adalah milik persendirian. Satu perintah mahkamah telah diperolehi oleh pemaju/pemilik tanah untuk meroboh 2 rumah ibadat berkenaan..

Bagi pemimpin-pemimpin PAS nasional, berikut adalah foto-foto untuk mereka kenal pasti ahli-ahli mereka yang hadir ke majlis berkenaan. Untuk makluman Haji Hadi, mereka selamat di majlis berkenaan, tanpa sebarang pengusiran dan provokasi. Malah mereka turut diraikan.

Apakah indikasi yang PAS akan berkerjasama bersama UMNO/BN?


Kebanyakan yang berdiri dibelakang banner PM adalah 
kumpulan yang memakai vest PAS Kawasan Shah Alam 

Antara pemimpin akar umbi PAS Kawasan Shah Alam
sertai Najib ke majlis jamuan selepas ucapan
 


Ingatan Kepada Rakyat Terengganu - Tawarkan Hati Anda Untuk Percaya Dengan Tawaran PAS Terengganu

Peringatan kepada rakyat Terengganu. Jangan percaya dengan sebarang tawaran dari PAS.

Sebaliknya tawarkan hati anda untuk mengundi mereka.

Di Selangor banyak janji yang tidak ditunaikan. Contoh, cukai pintu yang dijanjikan turun 20% mulai 9 Mac 2008 tapi dah nak masuk Mac 2012, cukai tetap tidak turun.

Percutian 3 Minggu Shahrizat Bukan Guna Duit NFC

Meskipun saya tidak pernah membela Shahrizat dalam isu NFC kerana saya anggap isu peribadi yang beliau harus selesaikan sendiri, namun kali ini saya tabik dengan keputusannya bercuti selama 3 minggu.

Berbeza dengan pemimpin PR, dalam mendepani isu peribadi Ketua Wanita UMNO DS Shahrizat, ternyata beliau lebih bijaksana.

“Saya berharap SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif,” - Shahrizat