Wednesday, October 19, 2011

Anwar Ibrahim Larang Guna Remaja Perempuan Tempatan 16 Tahun Tapi Dibolehkan Guna Wanita Mongolia 28 Tahun

“Tindakan Umno menggunakan remaja yang berusia 16 tahun adalah jijik, mengaibkan dan hanya melambangkan kepura-puraan pemimpin Umno yang mempersoalkan moral serta akhlak,” [Anwar Ibrahim]

Tuesday, October 18, 2011

Ezam Bakal MB Selangor?

Antara yang boleh ditimbangkan sebagai winnable candidate di Selangor ialah Senator Mohd Ezam Mohd Nor.

Perlu diingat, andai Ezam memilih awal-awal lagi untuk mufarakah dari Anwar, mungkin Ezam bukan sekadar Senator. Mungkin lebih dari itu. Bayang dalam usia semuda 32 tahun, Ezam telah pun menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan yang merupakan jarang berlaku kepada mana-mana ahli politik yang bertatih dalam wadah perjuangan UMNO. Akan tetapi perlu diingat bahawa ketika itu Ezam menjawat jawatan Setpol Anwar Ibrahim.

Satu kelebihan Ezam ialah pidatonya yang menarik disamping punya fakta dan kisah tersembunyi sepanjang penglibatannya bersama Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang ini, untuk kes Selangor Ezam dilihat sebagai crowd puller dalam siri ceramah BN dan UMNO.

Namun begitu, saya melihat Ezam terlalu bergantung kepada isu Anwar Ibrahim dan bekas rakan-rakannya di dalam PKR. Dalam jangka panjang, sebenarnya ia tidak membawa sebarang kelebihan kepada Ezam. Jika ditakdirkan Anwar mati besok pagi, apakah Ezam akan terus bercakap tentang isu Anwar?

Oleh yang demikian, Ezam seharusnya membina identitinya sendiri. Sebagai seorang yang pernah menjadi pelopor GERAK (Gerakan Demokrasi Dan Anti Korupsi), Ezam harus kembali ke akar. Beliau juga sewajarnya membina kekuatan sendiri dan harus memadam sejarah yang beliau naik kerana semata-mata memakai baju Anwar dan menjadi popular apabila mengumpul baju-baju Anwar dan membakarnya dikhalayak ramai.

Hakikatnya, Ezam mempunyai kelebihan untuk membina kekuatan politik. Ezam kena ingat bahawa kekuatan politik bukan sekadar kejayaan melahirkan pengikut-pengikut yang berbondong-bondong mengekorinya. Sebaliknya, ia perlu disokong dengan public relations (pr) yang boleh menarik khalayak untuk terus menyokongnya.

Kekurangan Ezam dalam banyak keadaan yang saya perhatikan ialah kurang untuk mengukuh sentuhan peribadi kepada orang-orang bawahan. Orang kiri dan kanan Ezam memang berkebolehan untuk membawa turun crowd tetapi saya tidak pernah melihat Ezam duduk minum bersama dengan orang-orang biasa ini. Ezam kena ingat bahawa PM DS Najib Razak pun sempat meluangkan masa dengan orang kebanyakan.

Sebenarnya, Ezam masih punya masa untuk berubah. Bayangkan, kalau 10 kali turun untuk menjadi meramaikan aktiviti Ezam tidak satu pun Ezam meluangkan masa dengan orang bawahan, maka tidak pelik mereka mereka akan mengucapkan 'bye bye' kepadanya.

Ezam punya masa depan yang cerah, tetapi dalam masa yang sama beliau perlu memperkuatkan sentuhan kepada rootnya.

Ketentuan Ilahi tidak siapa yang dapat menjangka. Mana tahu Ezam diangkat menjadi MB Selangor dan ketika itulah kekuatan dan sokongan dari grass root yang bakal mempertahankannya di tempat tersebut. Malah yang lebih penting Ezam perlu dilihat tidak terlalu elitis.

Memalukan! Dewan Pemuda PAS Selangor Perangkap Nik Aziz Ke Destinasi Bah Kut Teh Terkemuka Di Klang

Saya kira Dewan Pemuda PAS (DPP) Selangor telah membuat tindakan salah apabila membawa MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke Majlis Anjuran Makan Malam pada 13 Oktober 2011 yang berlangsung di Dewan Persatuan Hokkien Klang.

Pastinya majlis tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul dana, memandangkan bayaran dikenakan sebanyak RM50 seorang atau RM500 untuk tempahan satu meja.

Saya bersimpati kepada Nik Aziz yang di'perdajalkan'kan oleh DPP Selangor.

Saya mempersoalkan mengapa harus majlis tersebut dibuat di Dewan Persatuan Hokkien Klang, walhal banyak lagi venue yang lebih sesuai? Antara tempat yang sesuai ialah Dewan Majlis Belia Selangor atau Shah Alam Convention Center yang terletak di Shah Alam.

Jika DPP Selangor insist diadakan di Klang, mengapa tidak dipilih Dewan Hamzah mahu pun Dewan Ahmad Razali yang dimilikki oleh Majlis Perbandaran Klang?

Mungkin ada pihak yang menaja dewan berkenaan secara percuma kepada DPP, namun sebenarnya di perkarangan dewan berkenaan (sebelah belakang) terletaknya destinasi makan-makan Bah Kut Teh yang terkemuka di Klang.

Tergamak sungguh DPP Selangor melayan Mursyidul Am PAS sebegini rupa dan ini adalah satu penghinaan kepada tokoh tersebut.


PAS Selangor Tak Rela Tolong Top-Up Jadi 1 Juta

Kenyataan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor kelihatan senada berhubung program Himpunan Sejuta Umat.

Cuma yang membezakan ialah kenyataan Khalid Samad disertai dengan hint untuk tidak turut serta dan seolah-olah untuk sabotaj himpunan tersebut.

Nyata sekali bagi PAS bahawa perpaduan atas nama Islam lebih membawa kerugian kepada PAS, berbanding kerjasama dengan DAP.

PAS Selangor mengingatkan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) supaya berhati-hati dengan acara tersebut dan tidak menimbulkan ketegangan antara agama di negeri itu.
Ini termasuk cubaan untuk melaga-lagakan antara penganut agama lain yang tidak terdapat sebarang bukti kesalahan seperti yang diputuskan oleh mahkamah.
Walau bagaimana pun Dr Rani berkata pihaknya masih tetap menyokong penganjuran Himpun atas dasar usaha penganjur untuk memantapkan akidah masyarakat Islam. [Free Malaysia Today]

"PAS Selangor pada asasnya menyokong prinsip asas untuk mengadakan perhimpunan itu.
(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," - Khalid Samad
Kemungkinan ayat terakhir dari Khalid di atas, akan menjadi keputusan PAS Selangor. Ini kerana Dr Rani Osman tak lebih hanya puppet bagi Khalid.

Monday, October 17, 2011

Memalukan! Noh Omar Dibentes Khalid Ibrahim

Dalam diam, Khalid Ibrahim sedang terjulang namanya secara percuma di Selangor.

Penat Noh Omar bekerja, tapi yang mendapat pujian ialah Khalid Ibrahim.

Hari ini kebanyakan blog pro pembangkang menyiarkan e-mel pembaca yang seperti berikut:-

Tahniah kerajaan Selangor

Dari Jimmi Hoffa, via e-mail

Merujuk kepada laporan Berita Harian bertarikh 13 October 2011, saya sebagai rakyat Selangor ingin memberi pujian yang tinggi kepada sikap prihatin kerajaan negeri terhadap masaalah yang dihadapi oleh para petani di situ.

Memandangkan negara sedang menghadapi masalaah kenaikan harga barang makanan yang serius sekarang ini, kemusnahan tanaman di Pulau Indah mampu memburukkan krisis kenaikan harga barang di Malaysia.

Permasaalahan air naik dan membanjiri serta memusnahkan tanaman petani adalah masaalah yang dihadapi oleh Malaysia dan juga jiran kita di Thailand.

Namun sikap Jabatan Pengaliraan Selangor (yang berada di bawah kerajaan negeri Selangor) saya sangat-sangat puji.

Saya berhadap masalaah air naik ini dapat diselesaikan sebelum musim tengkujuh sekaligus menyelamatkan para petani di Pulau Indah dari menjadi bangkrap dan terpaksa menutup ladang mereka sekaligus.

Sebenarnya pujian tersebut tak layak pun diucapkan kepada regim Khalid Ibrahim, kerana JPS adalah dibawah kerajaan pusat. Puncanya, kejahilan penghantar e-mel yang menyangka JPS Selangor adalah dibawah kerajaan negeri.

Di bawah ialah keratan akhbar yang dimaksud oleh Jimmi Hoffa:-

Henry Gurney Institution Lebih Prestij - Anak Guan Eng Tak Jadi Ke St Xavier Institution

Persoalannya kenapa anak Guan Eng di hantar ke St Xavier Institution?

Sepatutnya dia dihantar balik kampung di Melaka supaya jauh dari orang-orang Pulau Pinang.

Ada sekolah yang cukup eksklusif dan sesuai untuk anak Guan Eng, iaitu Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

Wajah Ahli-Ahli Parlimen Malaysia Yang Terpalit Arang Di Muka Masing-Masing

Berikut adalah wajah-wajah insan yang mendakwa punya integriti yang tepalit arang di muka masing-masing akibat gagal mendidik anak masing-asing menjadi insan berintegriti.

MP Bagan Lim Guan Eng - Kes Anak Meramas Nenen

MP Shah Alam Khalid Samad - Kes Anak Pedaya Lembaga Zakat Selangor