
Dalam perbualannya dengan beberapa orang lain, dia kata Speaker DUN Selangor hari ini (Dato' Teng Chang Khim) lebih baik berbanding dengan Speaker dulu (Tan Sri Onn Ismail). Speaker sekarang lebih terbuka dan banyak bagi ruang kepada ADUN untuk berucap.
Tapi, pelik juga aku kerana Teng Chang Khim sudah banyak kali bagi red card pada ADUN-ADUN BN.
Tambahnya lagi, ADUN BN bila berbahas tiada fakta walau pun ucapannya bagus.
Akhir sekali, dia kata kalau bezanya UMNO dengan PAS ialah PAS bawa Islam.
Aku pun pelik juga bila dia cakap macam tu. Sebab Konsert MTV World Stage Live di I-City akan tetap diteruskan esok, walau pun Khalid Samad dan Nasaruddin Tantawi membantah (pura-pura kot?).
Rupa-rupanya, kawan aku beritahu orang dalam gambar tersebut bukan sembarangan orang. Dia ialah Hj Samsudin Mon, Ketua Penolong Pegawai (Pembangunan Masyarakat) Daerah Klang. Untuk pengesahan [klik SINI]. Pegawai PTD kot?