Tuesday, June 14, 2011

Khalid Ibrahim Akui Serba Salah Untuk Gugurkan Dr Hasan Ali

Bukan mudah untuk MB Selangor Khalid Ibrahim menggugurkan Dr Hasan Ali dari barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan telah bertapak semenjak 1999 dalam persada politik Selangor dan sama-sama menjadi Jeneral bersama Khalid dalam menawan Selangor pada PRU12. Tentunya, suatu keadaan yang amat sukar untuk menggugurkan Hasan pada saat ini.

Bukan waktu sesuai gugurkan Hasan Ali - MB Selangor
14/06/2011 1:09pm

SHAH ALAM 14 jun - Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya menganggap sekarang bukan waktu yang sesuai untuk melakukan rombakan Exco termasuk membabitkan kedudukan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan sebarang keputusan mengenai kedudukan Hasan kepada perbincangan di kalangan parti parti pembangkang termasuk Pas.

Abdul Khalid berkata, beliau menghormati keputusan Jawatankuasa Pas Pusat menggugurkan Mohamed Hasan sebagai Pesurujaya Pas Selangor dan digantikan dengan Adun Meru, Dr. Rani Osman. - Utusan

Roll Royce Telah Ada Pemilik - Pencarian Lelaki Mirip Anwar Telah Ditemui

Pecarian lelaki mirip Anwar telah ditemui. Baca blog Panji Dari Timur [KLIK SINI].

Kedegilan Kerajaan Pulau Pinang Bakal Undang Kontroversi Perundangan

Nampaknya, Kerajaan Pulalu masih dengan pendirian mereka untuk melaksanakan pilihanraya masjid, meski pun pelbagai pandangan telah diberikan kepada mereka. Pada hemat saya, kedegilan ini bakal mengundang kontroversi dan mungkin juga akan berdepan dengan permohonan tafsiran di mahkamah.

Di Selangor, pemilihan AJK Masjid juga melalui pemilihan tetapi sekadar pemilihan 'angkat tangan'. Malahan pemilihan tersebut sekadar terhad untuk menamakan senarai pencalonan dan kuasa penentu adalah dari Majlis Agama Islam Selangor.

Apakah langkah Kerajaan Pulau Pinang ini bertujuan untuk membuktikan kepada pembiaya utama PKR bahawa Anwar Ibrahim sebagai pendokong pro-demokarasi ala-Amerika, hingga perkara rumah ibadat pun hendak dilaksanakan pilihanraya?

Dalam laporan Bernama yand disiarkan oleh Utusan Malaysia, Exco Agama Pulau Pinang Abdul Malik Kassim membuat kenyataan,

Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).

"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata: “Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri.”

Pada masa yang sama cuba kita baca kandungan enakmen dan kaedah berkaitan (seperti di bawah) dan anda carilah ruang mana yang boleh digunapakai oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk melaksanakan pilihanraya masjid seperti didakwa oleh Abdul Malik sebagai mengikut undang-undang dan enakmen kerajaa negeri.
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VII - MASJID

Seksyen 104. Jawatankuasa Kariah

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan bagi—
    (a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

    (b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

    (c) menetapkan fungsi Jawatankuasa Kariah itu.
(2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah masjid, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—
    (a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid serta semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;

    (b) bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

    (c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.
**************************************

Kaedah 4. Pemilihan ahli Jawatankuasa Qaryah.

(1) Pegawai Tadbir Agama Daerah hendaklah mengemukakan dan mengesyorkan kepada Yang di-Pertua nama-nama anak qaryah dalam qaryah sesuatu masjid itu yang pada pandangannya adalah layak diIantik untuk menjadi ahli Jawatankuasa Qaryah.

(2) MAINPP, jika ia berpuas hati, bolehlah melantik orang-orang yang telah disyorkan itu menjadi Pengerusi dan ahli jawatankuasa Qaryah. Jika MAINPP tidak berpuas hati dengan mana-mana nama yang disyorkan itu, MAINPP bolehlah minta dikemukakan nama-nama yang lain, atau melantik mana-mana anak qaryah bagi qaryah masjid itu yang pada pandangannya adalah layak untuk menjadi Pengerusi atau ahli Jawatankuasa Qaryah.

(3) Dengan seberapa segera selepas MAINPP membuat perlantikan di bawah subkaedah (2), Pengerusi yang diIantik hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Jawatankuasa Qaryah untuk melantik di antara ahli yang dilantik menjadi Pengerusi-Pengerusi biro yang ditubuhkan di bawah Kaedah 2

Monday, June 13, 2011

Sial Punya Singh! Burukkan Polis Untuk Tipu Rakyat

Bukan semua peguam baik. Yang baik dikalangan peguam, barangkali Ambiga dan Karpal Singh (?).

Macamana nak tuduh kerajaan tak bersih, kalau dalam kain sendiri pun tak bersih?

Peguam dipenjara, didenda kesalahan rasuah


KUALA LUMPUR: Seorang peguam dihukum penjara empat tahun dan didenda RM235,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan meminta dan menerima suapan daripada anak guamnya, seorang doktor, kononnya untuk menyogok polis bagi menyelesaikan siasatan kes ugut, enam tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, Ranjit Singh, 57, dikenakan hukuman penjara empat tahun dan didenda RM200,000 oleh Hakim Rozilah Salleh kerana kesalahan meminta suapan wang tunai RM40,000 daripada Dr Chong Kuck Meng, 46, bagi menyelesaikan siasatan kes ugutan jenayah terhadap seorang pelajar Lee Khai Yin, 26, di Lobi Hotel Le Meridien, Jalan Stesen Sentral pada 11.45 malam 22 April 2005. - Bernama/Berita Harian

Saksikan [Video] Hujah Pengamal Mahathirism Dalam PAS

Saksikan pengamal Mahathirism yang berada dalam PAS dekad ini.

Video ini ditemui di blog Kembara Politik.

Dalam banyak keadaan PAS sebenarnya jauh ketinggalan dari UMNO. Rakyat perlu sedar dalam hal ini. Pandangan tentang hudud PAS ini telah pun diperkatakan oleh TDM 17 tahun dulu!

Dah Lewat Usia Persaraan & Tak Dapat Buat Caruman KWSP, Lim Kit Siang Salahkan Najib

Aku sebenarnya menunggu komen dari 2 orang Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar berhubung penggabungan RHB Bank [Baca SINI]. Bukan apa, aku suka dengar komen lawak dari 2 orang ni.

Lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Kali ini yang bagi komen ialah seorang yang telah lewat usia persaraan dan sudah tidak layak mencarum KWSP. Orang tua ini ialah Lim Kit Siang.

Orang tua ini, belum apa-apa hal sudah melalak dan menyalahkan PM DS Najib Razak dalam penggabungan mega ini.

Dalam blognya [SINI], beliau mengatakan Najib mesti bertanggungjawab dalam aliran keluar tunai dan monopoli yang tidak sihat ekoran penggabungan tersebut. Semua maklum bahawa BNM telah memberikan lampu hijau kepada Maybank dan CIMB untuk berunding dengan RHB Capital.

Dangkal sungguh hujah Kit Siang yang mempersoalkan aliran keluar tunai yang akan dibayar kepada Abu Dhabi Commercial Bank yang menguasai 25% pegangan dalam RHB Capital. Tapi dia buat-buat pejam mata pada 45% pegangan KWSP dalam bank tersebut. Sudah pastilah pencarum pun akan untung. Kit Siang memanglah tak untung sebab dia bukan pencarum.

Lagi satu, Kit Siang ni macam tak suka bank Malaysia mengatasi bank-bank Singapura dari segi saiz aset di rantau ini.

Bayangkan, jika Maybank berjaya maka ia bakal mengatasi DBS Group. Sebaliknya, jika CIMB yang berjaya, meskipun masih tidak memintas DBS Group tetapi CIMB memintas 2 bank Singapura OCBC dan OUB, seterusnya meletakkan CIMB antara bank terbesar di rantau ini.

Hal ini pun Kit Siang tak setuju?

Tahniah! Anwar Ibrahim Ditabalkan Sebagai Hero Filem Tamil

Foto: Keadilandaily

Anwar gah kerana ditabalkan sebagai hero filem Tamil abad ini di Brickfields.

Betul juga kata-kata S.Gobalakrishnan belum ini, PM DS Najib Razak berjalan kaki menemui rakyat di Brickfields bertemu rakyat, sambil bertanya apa yang masyarakat India mahu. Akhirnya 'Little India' dimajukan di kawasan tersebut.

Gobala menambah, sebaliknya Anwar Ibrahim berucap di pentas tujuannya hanyalah memecah belahkan rakyat.