Saturday, June 4, 2011
Hadi Awang Bakal Mati Di Pucuk Gara-Gara Piagam Bukit Bintang
Fatwa Dan Pendirian PAS Semakin Tidak Konsisten
KUALA LUMPUR 4 Jun — Seorang perwakilan Muktamar Tahunan Pas ke-57 hari ini mencadangkan agar parti itu meletakkan penyokong daripada kalangan bukan Islam sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
Perwakilan Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri daripada masyarakat bukan Islam patut diberi peluang sebagai calon pilihan raya ke-13.
Beliau berkata, langkah itu dapat merealisasikan hasrat pimpinan pusat parti yang sebelum ini pernah menyuarakan keinginan untuk memberi peluang berkenaan selain meningkatkan peranan dewan itu dalam parti.
"Setidak-tidaknya di setiap negeri akan ada seorang anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas yang bertanding dalam kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Pas ke-57, di Taman Melewar hari ini. - Bernama/Utusan
Pasca Pemilihan PAS - Kawalan Ketat Untuk Penyokong Kelantan Dan Terengganu
KUALA TERENGGANU 4 Jun — Polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini ketika berlangsung perlawanan sengit menentukan juara Liga Super antara Terengganu dan Kelantan, Isnin ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata seramai 648 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan bagi mengawasi keadaan di luar dan di dalam stadium bagi memastikan tiada kekacauan berlaku.
Katanya, pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penonton akan dilakukan di pintu masuk stadium bagi mengesan kemungkinan ada penyokong membawa masuk barangan berbahaya seperti senjata atau mercun.
"Saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penonton yang sengaja mencetuskan kekacauan sebelum, semasa atau selepas perlawanan itu. - Bernama/Utusan
Mazlan Anak Raih Undi Tertinggi & Khalid Samad Atasi Hasan Ali Untuk Kerusi AJK PAS Pusat
1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)Keputusan penuh klik [SINI]
Hadi Awang Terjebak Ke Lubuk - Mat Sabu & Gang Sudah Kacip Dia
Mohd Sabu 424
Nasharuddin Mat Isa 224
Tuan Ibrahim Tuan Man 398
Kickdefella Dijejaki LHDN, Husam Dijejaki SPRM?
"Saya berjumpa orang tengah ini di sebuah hotel dan dia memberitahu dalam akaun'ana' ada RM1 juta duit Datuk (Husam) (yang) baru 'clear' balak. Orang tengah itu kata saya boleh minta apa-apa kalau mahu,"
Kemenangan YB Siti Zailah Dan Dr Siti Mariah Dicemari
KUALA LUMPUR 3 Jun — Keputusan rasmi pemilihan jawatan bagi pucuk pimpinan Pas Pusat hanya akan diketahui pada pukul 10 pagi esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Halim Rahman.
Dalam taklimatnya, beliau berkata, pemilihan akan dilakukan bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan anggota jawatankuasa kerja Pas Pusat bagi sesi 2011-2013.
Bagi jawatan Presiden, penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding bagi penggal kelima berturut-turut.
Abdul Halim berkata, proses pengundian yang berlangsung dari pukul 4 petang hingga 7 petang ini, melibatkan 1,077 perwakilan yang berdaftar dan layak mengundi. - Bernama/Utusan