![](http://www.utusan.com.my/pix/2011/1025/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_19.1.jpg)
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kereta terbabit bernombor plat PKC 3244 tertulis perkataan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Yeow Hooi mendakwa, tindakannya berniat baik iaitu mahu 'mendidik' pegawai dan kakitangan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mematuhi undang-undang.
"Saya akan terus mengambil tindakan untuk mengunci kereta milik kerajaan negeri sekiranya mereka berdegil dan masih meletakkan kenderaan sesuka hati," ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Pada masa sama, Wei Aik menyifatkan tindakan Yeow Hooi sebagai biadab.
"Ini kerana hanya pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai hak berbuat demikian," jelasnya. [Utusan]
No comments:
Post a Comment