Suatu yang amat malang, apabila pengkorporatan SIRIM tidak memberikan sebarang perkara yang gah, berbanding Northport (bermula dengan KCT), TNB dan TM.
Dengan kekosongan kerusi CEO SIRIM, berikutan kematian Dato' Dr Yahaya Ahmad pada Julai yang lalu, maka seharusnya tempat itu diisi oleh seseorang yang innovatif lagi kreatif agar perubahan kepada institusi berkenaan.
Memang diakui memang agak sukar untuk membawa SIRIM dengan keuntungan besar, tetapi perlu diigat bahawa arwah Dr Yahaya Ahmad dikatakan sebagai CEO pertama yang datangnya dari dalam SIRIM sendiri. Mungkin itu satu percubaan untuk menghasil idea-idea baru dari kalangan dalam SIRIM sendiri, disamping memberi peluang kepada kenaikan pangkat dikalangan pengurusan kanan diperingkat dalaman.
Namun begitu, tidak kedengaran bahawa SIRIM dapat duduk sebaris dengan nama-nama besar seperti GLCs yang lain.
Oleh yang demikian, pilihan kepada kerajaan yang masih sebagai pemegang utama kepentingan SIRIM haruslah memikirkan sesuatu untuk membawa perubahan yang amat bermakna kepada SIRIM. Bukan mempertikaikan sumbangan SIRIM, tetapi hakikatnya badan itu harus dipandang sebagai suatu badan yang membawa keuntungan.
Kalau tak untung, lebih baik ia diletakkan semula sebagai badan berkanun dan kekal sebagai organisasi tidak berorientasikan keuntungan. Jika kerajaan memilih untuk mengekal status yang sedia ada, maka CEO baru yang berkelayakan haruslah dilantik mengisi kekosongan tersebut. Secara tidak langsung, bila SIRIM maju maka kakitangannya malah pengurusannya juga akan mendapat tempias dari kemajuan tersebut.
Sebagai sebuah institusi penetapan piawaian, jangan nanti timbul pula bunyi-bunyi sumbang, "alah..... SIRIM sendiri pun tak perform (tak untung)........".
p/s Isteri Mat Sabu merupakan bekas pegawai SIRIM
1 comment:
isteri yg mane tu ...normah 121 ko?
Post a Comment