![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtybuT7G2kBahR2ka0-Gc65fptle1lQe0m-aPJvQPJ1NQL0gQ_1WHf1vWQpiGGRc2d4jtHUZPbY1QgIhno3xv8iDMKMWWGTnVg8a-XxzNOf3jMzK0VxmK6DIslKmd_mJwDmEAbhli0aw-k/s400/amanat%255B1%255D.jpg)
KUALA LUMPUR 17 Julai - Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadan ini oleh Kerajaan Kedah hanya terhad kepada orang Islam sahaja, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, perkara itu dijelaskan oleh wakil kerajaan negeri Kedah, iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mohd Sanusi Md Noor dalam satu sesi penerangan kepada Ahli Jawatankuasa Pusat Pas yang bermesyuarat hari ini.
"Pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.
"Pas ambil jalan terbaik... iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam (dan) dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat,” katanya dalam sidang media di sini. [Bernama/Utusan]
1 comment:
Hadi awang ne sdh terpesong perjuangan. Klu pusat hiburan beroperasi pada waktu ramadan hanya pada org bkn Islam, betul..tetapi perkara ne dari dulu pun mcm tu.. Kan sesiapa yg minum arak d bulan Ramadan akan d tangkap.? Jadi pembaharuan apa yg pas perkenalkan ne.? Ok klu pula ke tpt hiburan tetapi tidak minum arak menjadi satu kesalahan, sy minta hadi awang bagi dalil nya.
Post a Comment