Friday, November 21, 2014

Angkara Wanita Mirip Mona Fandey, 200 Nelayan Malaysia Ditangkap Pihak Berkuasa Indonesia


Menurut laporan Rakyat News, 200 orang nelayan Malaysia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia.

Seperkara yang perlu dimaklumi, kami di blog Akar Umbi teringat ucapan sulung sebagai Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang menegaskan konsep 'Indonesia sebagai negara maritim',
“Kita harus bekerja dengan sekeras-kerasnya untuk mengembalikan Indonesia sebagai negara maritim. Samudra, laut, selat dan teluk adalah masa depan peradaban kita. Kita terlalu lama memunggungi laut, memunggungi samudra, memunggungi selat dan teluk.”
Sejajar dengan iltizam tersebut, Jokowi telah melantik seorang wanita, Susi Pudjiastuti (foto atas) sebagai Menteri Kelautan dan Perikanan.

Meski pun berwajah mirip Mona Fandey (wanita yang disabitkan dengan pembunuhan seorang tokoh politik Malaysia pada 1990an), namun Susi Pudjiastuti sebenarnya merupakan seorang usahawan yang terlibat dalam industri perikanan di Indonesia.

Oleh yang demikian, adalah sukar untuk menolak bahawa penangkapan 200 nelayan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan cita-cita besar Indonesia untuk menguasai industri perikanan di rantau ini.

Dalam pada itu, andai diperhalusi ucapan sulung Presiden Jokowi tersebut mempunyai maksud betapa Indonesia serius untuk memperkukuh tentera lautnya, dalam memperluas sempadan maritim; yang bukan sahaja untuk kepentingan industri perikanannya tetapi juga menjurus kepada sumber hasil bumi, khususnya petrolium.

Bagi Azmin Ali mahu pun Mat Sabu, Jokowi menjadi ikon kepada mereka dari segi penampilan peribadi Presiden Indonesia, tetapi mereka gagal membaca idealisme Jokowi dari sisi perhubungan antarabangsa.

Hanya mampu ditiru oleh Azmin ialah menjadi pembersih longkang dan penyembur racun rumpai dan serangga di Selangor dan Mat Sabu pula setakat mampu kagum dengan sifat marhaen Jokowi.

Sementara itu bagi PM DS Najib Razak juga, sudahlah sampailah masanya untuk mengarahkan pembantu-pembantunya untuk menganalisis mesej tersirat disebalik ucapan sulung Jokowi itu, khusus pada akhiran ucapan berkenaan yang antara lain mengungkapkan;
"Saya mengajak saudara-saudara sebangsa dan setanah air untuk mengingat satu hal yang pernah disampaikan oleh Presiden Pertama Republik Indonesia, Bung Karno, bahwa untuk membangun Indonesia menjadi negara besar, negara kuat, negara makmur, negara damai, kita harus memiliki jiwa cakrawarti samudera; jiwa pelaut yang berani mengarungi gelombang dan hempasan ombak yang menggulung."
Langkah yang patut dibuat oleh Najib setakat ini, ialah harus campurtangan untuk membebaskan 200 nelayan Malaysia berkenaan, yang pada pandangan kami, bahawa nelayan berkenaan menjadi mangsa terhadap cita-cita besar Jokowi.

Mungkinkah Jokowi mahu jadi 'Sukarno Baru' dan jadi abang besar kepada Malaysia?

Wednesday, November 19, 2014

Siapa Bunuh Teoh Beng Hock? Orang DAP?

Dua kumpulan bertembung, iaitu antara bekas ahli DAP dengan ahli DAP.

Masing-masing berbalah samada Teoh Beng Hock dibunuh atau membunuh diri ketika dalam tahanan SPRM.



Soalnya kalau dibunuh, siapakah yang membunuh? Orang DAP?

Tuesday, November 18, 2014

Cerita Disebalik Penemuan Objek Berbentuk Seluar Dalam Oleh Azmin Ali


Sekali pandang, kelihatan objek yang ditemui oleh Dato' Menteri Besar Selangor Azmin Ali ketika melakukan aksi lakonannya, adalah berbentuk seperti sehelai seluar dalam.

Sejak menjadi MB Selangor, Azmin begitu kerap dengan aksi-aksi sebegini, walhal tidak pula dilakukannya ketika menjadi Adun biasa, mahu pun sebagai ahli parlimen sebelum ini.

Apakah muslihat Azmin selain dari tujuan publisiti?

Antara lain muslihat Azmin ialah ingin membuktikan bahawa pemberian kerja kepada kontraktor penyelenggaraan yang berdasarkan harga terendah tidak menghasilkan sebarang signifikan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Bertolak dari itu, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, Azmin sanggup membayar lebih bagi mendapatkan kontraktor yang berwibawa dan tidak akan terikat seperti amalan sebelum ini yang mengambil kontraktor paling murah.

Kami awal-awal lagi telah menghidu muslihat ini, malah mengetahui kroni-kroni Azmin telah berkeliaran mengumpulkan kontraktor, seperti didedahkan SINI.

Sunday, November 16, 2014

Jamu Rakyat Dengan Makanan Percuma - Strategi Khalid Ibrahim Lawan Anwar & Azmin


Dalam meneruskan perkhidmatan sebagai wakil rakyat bebas di kawasan parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan DUN Pelabuhan Klang, bekas MB Selangor TS Abdul Khalid Ibrahim menggunakan NGO baru yang namanya lebih sesuai untuk pengusaha katering, iaitu 'Sajian Rakyat'.


Semalam, Sajian Rakyat melancarkan program sulungnya di Bandar Tun Razak.

Tidak dapat dipastikan samada program itu akan memberi impak besar kepada Khalid dalam persaingan politik dengan DS Anwar Ibrahim dan MB Selangor Azmin Ali, atau ia bakal sekadar majlis makan dan santai sesama sendiri Khalid dengan para penyokongnya.

Walau bagai mana pun, ia adalah permulaan 'lawan tetap lawan' Khalid terhadap Anwar dan Azmin.

Dalam pada itu, Khalid telah pun memindahkan pusat perkhidmatannya di DUN Pelabuhan Klang, dari Kota Pendamar ke Bandar Bukit Tinggi, yang pada pengamatan kami bertujuan untuk menjarakkan diri dari operasi PKR Cabang Klang.

Sebelum ini PKR Klang, pejabat Adun Pelabuan Klang dan pejabat perkhidmatan Ahli Majlis MPK berada dibawah satu bumbung di Kota Pendamar.

Friday, November 14, 2014

"Sebelum Nabi wafat pun ada hak jenis sembahyang belakang Nabi hak jadi munafik. PasMa ni serupa dengan nilah," - Rengus Nik Aziz


Portal TranungKite Online mendedahkan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat kurang senang dengan gerakan PasMa.

Dilaporkan oleh portal berkenaan, Nik Aziz merengus yang antara lain menyebut;
"Perhatikan yang sertai PasMa mesti dari kalangan orang yang kecewa dan yang jenis tak boleh duduk bawah orang. 
"Nak duduk di atas jah sokmo. Ana bagi jawatan MB pada Ustaz Mat Yakob; geger (bising) kata ana kena bawa lari masuk hospital.  
"Direka fitnah. Dulu ana di atas. Loni Us Mat pula duduk di atas. Ana langsung tak dok masalah. Memang sengaja ana buat begini untuk ana tengok siapa hak nak gelepar (gelabah). 
"Syiah dengan Kawarijj lahir selepas Nabi wafat,sebelum Nabi wafat pun ada hak jenis sembahyang belakang Nabi hak jadi munafik. PasMa ni serupa dengan ni lah."

Wednesday, October 29, 2014

"Dalam masjid pun ada syaitan, jangan pulak pikir dalam PAS ini semuanya malaikat," Ujar Bekas S.U Agung PAS

"Dalam masjid pun ada syaitan, jangan pulak pikir dalam PAS ini semuanya malaikat," - Allahyarham Ustaz Hasan Shukri (Bekas Setia Usaha Agung PAS)
PAS kini dalam keadaan yang sukar, apabila Presiden DS Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidenn Mohamad Sabu tidak saling lengkap melengkapi.

Kalau anda menjenguk portal Harakah Daily, anda akan temui ungkapan di bawah yang datangnya dari bekas Naib Presiden PAS Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok;


Tambah Daeng Sanusi lagi, "Seorang pemimpin yang menjadi ketua memiliki haknya untuk menyatakan pendirian mewakili jemaah atas kapasitinya sebagai ketua. Ini ada dalam perlembagaan. Jika pemimpin lain ada pandangan atau pendapat yang selain daripada itu, ia tidak boleh menyatakannya secara terbuka, mesti diberi dalam mesyuarat atau secara tertutup. Itulah yang telah dilakukan dalam PAS sejak dulu, dan itulah kaedah yang harus dikekalkan," yang dipetik SINI.

Hakikatnya, gabungan Fadzil - Hadi tindak ada pada gabungan Hadi - Mat Sabu.

Mat Sabu lebih suka suka dengan perkembangan politik kontemporari, malah lebih tertarik dengan penampilan Jokowi, berbanding penampilan Islamik para pemimpin utama PAS.

Hadi Awang Yakin Salah Seorang Calon PKR Adalah Pengedar Pil Kuda


Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Presiden PAS seolah-olah berkenyakinan bahawa salah seorang calon PKR yang berdepan dengan saingan 3 penjuru dengan BNdan PAS adalah pengedar pil kuda.

Berikut adalah transkrip keterangan beliau, yang dipetik dari Harakah Daily;
Peguam: Adakah Datuk Seri setuju bahawa kenyataan Datuk Seri adalah fitnah?  
TGHH: Siapa orang yang saya fitnah itu? 
Peguam: Datuk Seri (TGHH), adakah benar kenyataan Datuk Seri adalah satu pembohongan? 
TGHH: Tidak benar. Ia adalah suatu dosa besar menurut agama Islam.
Bermakna, Hadi punya maklumat berkenaan apa yang didakwa berkenaan calon PKR yang terlibat mengedar pil kuda dalam video di bawah. Jika tidak, masakan beliau membuat kenyataan tersebut, sedangkan beliau faham bahawa fitnah adalah dosa besar dalam Islam.


Kebetulan, nama Chegu Bard turut disebut di dalam mahkamah.
Peguam: Bagaimana YB boleh menganggap Tuan Guru dalam ceramahnya memaksudkan orang muda di kalangan calon yang mengalami pertindihan kerusi? Adakah benar Chegu Bard juga seorang di antara calon di kerusi bertindih? 
YB Azan: Ya benar. 
Peguam: Adakah benar Chegu Bard juga orang muda? 
YB Azan: Err... saya tak kenal siapa Chegu Bard.
Berdasarkan keterangan Hadi di atas, bermakna beliau menafikan plaintif Mohd Shamsul Mat Amin sebagai pengedar pil kuda.

Oleh kerana Chegu Bard adalah antara calon bertindih (PKR dan PAS), maka apakah beliau antara orang yang dimaksudkan oleh Hadi?