Monday, October 13, 2014

2 Adun PAS Selangor Yang Dijulang Sebagai Wira Oleh DAP Terima Kecaman Dari Nik Aziz


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz hari ini menyokong keputusan Jawatan Kuasa PAS Pusat menggantung keahlian 2 Adunnya, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang bertindak menyokong DS Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Dalam kenyataan Nik Aziz yang dilaporkan oleh Malaysiakini,
"Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati."
Sebenarnya dalam isu berpaling tadahnya kedua-dua Adun PAS berkenaan, sudah ketahap yang keterlaluan.

Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang misalnya, telah melabelkan Saari dan Hasnul  sebagai pengkhianat semasa sesi penggulungan di Muktamar PAS Pusat bulan lalu.

Sebelum hukuman dijatuhkan, mereka telah diraikan oleh DAP sebagai wira, malah salah seorang dari mereka menyatakan kesanggupan untuk menjadi calon DAP dalam pilihan raya akan datang.


Tindakan itu menimbulkan kemarahan kepada Nik Aziz dan menganggap sebagai 'tidak siuman'.

Transkrip komen Nik Aziz adalah seperti berikut:-
"Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman."
Bermakna kedua-dua mereka telah di'senarai hitam' dalam PAS. Jadi tunggu apa lagi? Lebih elok kalau mereka terus keluar parti dan sertai DAP.

Penumbuk Sudah Tergenggam, Tunggu Apa Lagi Tok Pa? Kasi 'Cedok'lah Lim Guan Eng Tu..........


Rasanya Tok Pa tak perlulah respons atas rungutan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng, bila mendapati Pulau Pinang sekadar dengan nilai pelaburan RM2.34 bilion yang menyaksi terperosok ditangga kelima untuk tempoh Jan - Mei 2014, di belakang Sarawak (RM7.45 bilion), Pahang (RM4.2 bilion), Kedah (RM4.1 billion) dan Johor (RM4.08 billion).

Seperti biasa, bila negeri yang ditadbirnya jauh terbelakang berbanding negeri-negeri ditadbir BN, Guan Eng akan menyalahkan BN, kononnya ada diskriminasi oleh MITI yang menterinya ialah Tok Pa.

Tapi Tok Pa masih juga nak tolong Guan Eng jadi No, 1 dalam menarik pelaburan di Malaysia, (Baca SINI).

Tok Pa kena ingat pada kisah DAP sabotaj pelaburan RM35 bilion di Pengerang, Johor yang diungkit oleh blog Selangor Chronicle.

Kisah bermula apabila 3 Adun DAP Johor, iaitu Tan Hong Pin (Mengkibol), Ee Chin Li (Tangkak) dan Chua Wee Beng (Bentayan)  telah menyertai rombongan ke Taiwan untuk menghantar memo bantahan kepada Presiden negara berkenaan.

Akhirnya, pelaburan RM35 bilion telah dibatalkan oleh pelabur Taiwan yang berkenaan.

Sudah sampaikan masanya untuk Tok Pa menambah ketakutan Guan Eng, yang awalnya telah pun didedahkan oleh kami di SINI.

Wajah Ceria Presiden PasMa Phahrolrazi Yang Bakal Duduk Dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat


Meskipun Majlis Syura Ulamak PAS menasihati ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti anjuran NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), melalui kenyataan Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh semalam, namun hari ini Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi bingkas mempertikaikan larangan tersebut.

Menurut Phahrolrazi lagi, PasMa bermatlamatkan memperkukuh PR ke arah menjadi harapan rakyat Malaysia.

Ekoran dari kedegilan Phahrolrazi itu, apakah pula tindakan Majlis Syura Ulamak PAS berikutnya? Jika tindakan pemecatan diambil keatas ahli-ahli PAS yang menyertai aktiviti NGO tersebut, tidak mustahil Phahrolrazi akan berpeluang untuk duduk setaraf dengan Presiden PAS dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Betapa tidaknya, dengan sikap menjunjung kasih dan taat setia kepada pimpinan tertinggi DAP dan PKR yang ditunjukkan oleh Presiden PasMa itu, masakan Pakatan Rakyat tidak akan menerima PasMa sebagai anggota ke-4nya, disamping DAP, PKR dan PAS.

Selamat maju jaya Phahrolrazi!

Saturday, October 11, 2014

Apa Juga Tindakan Terhadap 2 Adun Khianat, Tidak Akan Bawa Signifikan Pada PAS Sebab Mereka Dah Jadi Wira DAP


Mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat akan bermesyuarat esok bagi menentukan nasib 2 Adunnya yang khianat kepada parti, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Hakikatnya, apa juga tindakan terhadap 2 Adun berkenaan tidak akan membawa sebarang signifikan terhadap PAS, kerana kedua-dua mereka telah pun diisytiharkan sebagai 'wira' oleh DAP dalam satu majlis di Petaling Jaya dua minggu lalu.

Malahan mengikut maklumat dalaman PAS, kemungkinan mereka sekadar akan digantung keahlian.

Sukar untuk Jawatan Kuasa PAS Pusat untuk memecat, kerana kebanyakan AJK PAS Pusat adalah memihak kepada kepada Saari dan Hasnul.

Tambahan pula, PAS tidak mempunyai SOP yang standard dalam pengendalian kes-kes disiplin seperti yang didedah SINI.

Kegagalan Dakwah Hadi Awang & Nik Aziz Bila Lim Kit Siang Bagi Sokongan Padu Pada Parti Beer

 
Keberadaan PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikatakan sebagai untuk memahamkan mereka supaya faham tentang Islam.

Keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat juga dikatakan untuk membawa mesej dakwah yang mencerminkan Islam itu sebagai Ad-Din dan pembimbing terbaik.

Sudah lebih 6 tahun PAS bersama DAP dan PKR, seramai mana yang sudah dibimbing oleh PAS?

Semalam bertempat Bandar Utama, Petaling Jaya, telah berlangsung parti 'beer' Oktoberfest yang mendapat sokongan moral dari wakil-wakil rakyat DAP dan PKR dari Selangor dan luar Selangor, melalui kehadiran Lim Kit Siang, R. Sivarasa, Tony Pua, Wong Chen, Elizabeth Wong, Teresa Kok dan ramai lagi.

Berjayakah dakwah PAS?

Jawapannya ialah tidak. Tindakan 2 orang Adun PAS Selangor (Saari Sungib dan Hasnul Baharudin) memilih untuk bersama PKR dan DAP sudah cukup untuk mematikan suara dakwah PAS.

Friday, October 10, 2014

Selanjutnya Azmin Ali Perbodohkan Anwar & Rafizi


Perkara utama pemberhentian TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor adalah dikaitkan dengan tindakan mengadakan perundingan dan perjanjian pentrukturan semula industri air Selangor dengan kerajaan persekutuan.

Rafizi Ramli dalam kenyataannya berhubung dengan pemberhentian Khalid sebagai MB pernah berkata, "Seluruh penstrukturan semula industri air termasuk Langat 2 akan dikaji balik kerana (perjanjian) ditanda tangani terlalu cepat oleh Khalid,” katanya kepada Agenda Daily pada 24 Julai 2014.

Malahan ketika menerima kunjungan MB Selangor Azmin Ali bersama 4 Exco Selangor dari PKR, DS Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan awal Rafizi, "Saya juga sokong Azmin menyemak semula kelulusan tanah yang tidak mengikut proses termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor," lapor Sinar Harian.

Malangnya selepas 2 minggu mengangkat sumpah sebagai MB, Azmin membuat kenyataan yang begitu memeranjatkan.
"Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam," - TMI
Azmin mendakwa ancaman tersebut datangnya dari Putra Jaya, yang mungkin bermaksud ada indikasi untuk tidak meneruskan projek penstrukturan semula tersebut oleh kerajaan pusat.

Laporan TMI turut menambah, Azmin mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu.

Mungkin menujukan kata-katanya kepada Anwar dan Rafizi, Azmin turut mengharapkan agar perjanjian (yang diinisiatifkan oleh Khalid) itu dihormati semua pihak.

Lim Guan Eng Mula Cemas Bila Nampak Petanda Kejatuhan


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah mula menunjukkan tanda-tanda cemas dalam dirinya.

Sentuhan demi sentuhannya semakin tidak menjadi.

Pernah pada 1 May 2013, pernah Guan Eng dengan begitu gah menyatakan,
“Jika kita membandingkan jumlah pelaburan sejak lima tahun lalu iaitu dari 2008 sehingga kini, jumlahnya RM36.1 bilion adalah lebih baik berbanding tahun 2003-2007 iaitu RM18.7 bilion sahaja.  
“Malah buat julung kalinya dalam sejarah, Pulau Pinang menjadi juara pelaburan pada tahun 2010 dan mengulanginya lagi pada tahun 2011,’’ - (Petikan dari Buletin Mutiara)
Kenyataan itu adalah amat jelas bertujuan mengelirukan rakyat, kononnya DAP lebih baik berbanding Gerakan/BN dalam meningkatkan jumlah pelaburan di negeri berkenaan.

Malahan dimana-mana pentas ceramah Pakatan Rakyat, Pulau Pinang dan Selangor sering digembar-gemburkan sebagai destinasi pelaburan utama, seolah-olah tiada peranan dari Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam menarik meransang kemajuan di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat berkenaan.

Namun apabila Pulau Pinang sekadar dengan nilai pelaburan RM2.34 bilion yang menyaksi terperosok ditangga kelima untuk tempoh Jan - Mei 2014, di belakang Sarawak (RM7.45 bilion), Pahang (RM4.2 bilion), Kedah (RM4.1 billion) dan Johor (RM4.08 billion), Guan Eng mula menyalahkan pihak lain. (Angka dipetik dari TMI).

Beliau mula menyalahkan Putra Jaya diatas kejatuhan kedudukan negeri yang lain, kononnya MIDA ditekan untuk tidak membantu Pulau Pinang. Walhal sebelum ini, tiada ucapan terima kasih dari beliau kepada MIDA dan kerajaan pusat terhadap peningkatan nilai pelaburan untuk 5 tahun pertama mengambilalih pentadbiran Pulau Pinang.

Kebimbangan Guan Eng juga ditujukan kepada negeri-negeri jiran, Perak dan Kedah yang diperintah oleh BN.

Sumber air yang menjadi antara faktor yang membantu perkembangan industri di Pulau Pinang, amat diperlukan dari 2 negeri jiran berkenaan. Malah Guan Eng tanpa silu membayangkan kegusaran dalam mendapatkan kerjasama dari Perak dan Kedah.

Seperkara lagi yang menjadi kegusaran Guan Eng ialah apabila MB Kedah DS Paduka Mukhriz Mahathir mahukan pembinaan lapangan terbang di Kulim. Andai cadangan Mukhriz diterima oleh Kerajaan Pusat, maka dengan sendirinya akan 'membunuh' perkembangan industri di negeri tadbiran Guan Eng.

Kini Guan Eng baru sedar erti persahabatan.