Saturday, October 11, 2014
Apa Juga Tindakan Terhadap 2 Adun Khianat, Tidak Akan Bawa Signifikan Pada PAS Sebab Mereka Dah Jadi Wira DAP
Mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat akan bermesyuarat esok bagi menentukan nasib 2 Adunnya yang khianat kepada parti, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).
Hakikatnya, apa juga tindakan terhadap 2 Adun berkenaan tidak akan membawa sebarang signifikan terhadap PAS, kerana kedua-dua mereka telah pun diisytiharkan sebagai 'wira' oleh DAP dalam satu majlis di Petaling Jaya dua minggu lalu.
Malahan mengikut maklumat dalaman PAS, kemungkinan mereka sekadar akan digantung keahlian.
Sukar untuk Jawatan Kuasa PAS Pusat untuk memecat, kerana kebanyakan AJK PAS Pusat adalah memihak kepada kepada Saari dan Hasnul.
Tambahan pula, PAS tidak mempunyai SOP yang standard dalam pengendalian kes-kes disiplin seperti yang didedah SINI.
Kegagalan Dakwah Hadi Awang & Nik Aziz Bila Lim Kit Siang Bagi Sokongan Padu Pada Parti Beer
Keberadaan PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikatakan sebagai untuk memahamkan mereka supaya faham tentang Islam.
Keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat juga dikatakan untuk membawa mesej dakwah yang mencerminkan Islam itu sebagai Ad-Din dan pembimbing terbaik.
Sudah lebih 6 tahun PAS bersama DAP dan PKR, seramai mana yang sudah dibimbing oleh PAS?
Semalam bertempat Bandar Utama, Petaling Jaya, telah berlangsung parti 'beer' Oktoberfest yang mendapat sokongan moral dari wakil-wakil rakyat DAP dan PKR dari Selangor dan luar Selangor, melalui kehadiran Lim Kit Siang, R. Sivarasa, Tony Pua, Wong Chen, Elizabeth Wong, Teresa Kok dan ramai lagi.
Berjayakah dakwah PAS?
Jawapannya ialah tidak. Tindakan 2 orang Adun PAS Selangor (Saari Sungib dan Hasnul Baharudin) memilih untuk bersama PKR dan DAP sudah cukup untuk mematikan suara dakwah PAS.
Friday, October 10, 2014
Selanjutnya Azmin Ali Perbodohkan Anwar & Rafizi
Perkara utama pemberhentian TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor adalah dikaitkan dengan tindakan mengadakan perundingan dan perjanjian pentrukturan semula industri air Selangor dengan kerajaan persekutuan.
Rafizi Ramli dalam kenyataannya berhubung dengan pemberhentian Khalid sebagai MB pernah berkata, "Seluruh penstrukturan semula industri air termasuk Langat 2 akan dikaji balik kerana (perjanjian) ditanda tangani terlalu cepat oleh Khalid,” katanya kepada Agenda Daily pada 24 Julai 2014.
Malahan ketika menerima kunjungan MB Selangor Azmin Ali bersama 4 Exco Selangor dari PKR, DS Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan awal Rafizi, "Saya juga sokong Azmin menyemak semula kelulusan tanah yang tidak mengikut proses termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor," lapor Sinar Harian.
Malangnya selepas 2 minggu mengangkat sumpah sebagai MB, Azmin membuat kenyataan yang begitu memeranjatkan.
"Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam," - TMIAzmin mendakwa ancaman tersebut datangnya dari Putra Jaya, yang mungkin bermaksud ada indikasi untuk tidak meneruskan projek penstrukturan semula tersebut oleh kerajaan pusat.
Laporan TMI turut menambah, Azmin mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu.
Mungkin menujukan kata-katanya kepada Anwar dan Rafizi, Azmin turut mengharapkan agar perjanjian (yang diinisiatifkan oleh Khalid) itu dihormati semua pihak.
Lim Guan Eng Mula Cemas Bila Nampak Petanda Kejatuhan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah mula menunjukkan tanda-tanda cemas dalam dirinya.
Sentuhan demi sentuhannya semakin tidak menjadi.
Pernah pada 1 May 2013, pernah Guan Eng dengan begitu gah menyatakan,
“Jika kita membandingkan jumlah pelaburan sejak lima tahun lalu iaitu dari 2008 sehingga kini, jumlahnya RM36.1 bilion adalah lebih baik berbanding tahun 2003-2007 iaitu RM18.7 bilion sahaja.
“Malah buat julung kalinya dalam sejarah, Pulau Pinang menjadi juara pelaburan pada tahun 2010 dan mengulanginya lagi pada tahun 2011,’’ - (Petikan dari Buletin Mutiara)Kenyataan itu adalah amat jelas bertujuan mengelirukan rakyat, kononnya DAP lebih baik berbanding Gerakan/BN dalam meningkatkan jumlah pelaburan di negeri berkenaan.
Malahan dimana-mana pentas ceramah Pakatan Rakyat, Pulau Pinang dan Selangor sering digembar-gemburkan sebagai destinasi pelaburan utama, seolah-olah tiada peranan dari Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam menarik meransang kemajuan di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat berkenaan.
Namun apabila Pulau Pinang sekadar dengan nilai pelaburan RM2.34 bilion yang menyaksi terperosok ditangga kelima untuk tempoh Jan - Mei 2014, di belakang Sarawak (RM7.45 bilion), Pahang (RM4.2 bilion), Kedah (RM4.1 billion) dan Johor (RM4.08 billion), Guan Eng mula menyalahkan pihak lain. (Angka dipetik dari TMI).
Beliau mula menyalahkan Putra Jaya diatas kejatuhan kedudukan negeri yang lain, kononnya MIDA ditekan untuk tidak membantu Pulau Pinang. Walhal sebelum ini, tiada ucapan terima kasih dari beliau kepada MIDA dan kerajaan pusat terhadap peningkatan nilai pelaburan untuk 5 tahun pertama mengambilalih pentadbiran Pulau Pinang.
Kebimbangan Guan Eng juga ditujukan kepada negeri-negeri jiran, Perak dan Kedah yang diperintah oleh BN.
Sumber air yang menjadi antara faktor yang membantu perkembangan industri di Pulau Pinang, amat diperlukan dari 2 negeri jiran berkenaan. Malah Guan Eng tanpa silu membayangkan kegusaran dalam mendapatkan kerjasama dari Perak dan Kedah.
Seperkara lagi yang menjadi kegusaran Guan Eng ialah apabila MB Kedah DS Paduka Mukhriz Mahathir mahukan pembinaan lapangan terbang di Kulim. Andai cadangan Mukhriz diterima oleh Kerajaan Pusat, maka dengan sendirinya akan 'membunuh' perkembangan industri di negeri tadbiran Guan Eng.
Kini Guan Eng baru sedar erti persahabatan.
Thursday, October 9, 2014
Azmin Terpaksa Dipapah Keluar Selepas Terjah Longkang
Azmin Ali memulakan langkah sebagai MB Selangor dengan aksi stunt menerjah longkang di kawasan parlimen yang diwakilinya, di Daerah Gombak.
Lakonan Azmin memeriksa longkang dirakam dan dimuatnaik di alam maya, sebagai propaganda menunjukkan keperihatinannya kepada masalah rakyat, walhal ia mempunyai agenda tersendiri dalam mengurus RM3.2 bilion peninggalan TS Khalid Ibrahim.
Blog GAP selain menganggap lakonan Azmin sebagai sudah 'backfired', turut menjangkakan bahawa Azmin akan menghadapi masalah dalam mengurus RM3.2 bilion berkenaan. Samada terkurang mahu pun terlebih pakai, tetap akan menimbulkan masalah kepada Azmin.
Dalam reaksinya setelah dilantik semula sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri pada 26 September 2014, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad menaruh harapan tinggi terhadap Azmin untuk meneruskan prinsip kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diamalkan oleh pentadbiran Khalid sebelum ini.
Namun, kenyataan Iskandar itu dengan sendirinya menggambarkan beliau tidak mengambil tahu terhadap kenyataan Azmin sejurus dilantik sebagai MB Selangor.
Azmin dalam kenyataan awalnya selepas terlantik sebagai MB pada 23 September 2014, telah mengumumkan bahawa pentadbirannya akan mengamalkan konsep Negeri Pembangunan atau Developmental State. (Kenyataan penuh Azmin boleh baca SINI).
Kami di blog Akar Umbi tertanya-tanya mengapa Azmin memilih konsep Developmental State, walhal Selangor telah pun diisytihar sebagai 'Negeri Maju' pada tahun 2005?
Kalau merujuk kepada konsep Developmental State yang diamalkan di Jepun sebelum negara tersebut dikategorikan sebagai 'Negara Maju', mereka mengamalkan hanya sedikit pemilikan kerajaan dalam sektor perniagaan, yang bermakna usaha pihak swasta adalah terbesarkan dalam perniagaan dan industri.
Satu contoh di Selangor, perlombongan pasir yang diberikan kawalan mutlak kepada syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta mungkin akan terjejas, jika amalan seperti di Jepun dilaksanakan.
Kini bukan lagi rahsia, apabila kumpulan-kumpulan tertentu dalam PKR sedang berkira-kira untuk memohon secara terus kawasan konsesi perlombongan pasir melalui Pejabat Tanah tertentu, seolah-olah monopoli Kumpulan Semesta akan dibatalkan.
Selain dari itu, ada pula kumpulan-kumpulan lain yang sibuk menghimpunkan kontraktor-kontraktor kelas 'F', seolah-olah telah ada isyarat dari Azmin akan 'mengada-adakan' kerja kepada kumpulan-kumpulan tersebut.
Stunt Azmin rupanya bukan sebarang stunt, sebaliknya adalah isyarat bersiap sedia kepada konco-konconya.
Bagai tak apalah berundur kebelakang dari 'Negeri Maju' kepada 'Developmental State', asalkan mereka dalam PKR dapat merasa racikan RM3.2 bilion oleh Azmin.
Dalam pada itu, PAS juga yang melopong.
Wednesday, October 8, 2014
3 Wakil Rakyat PAS Dari Kelantan, Terengganu & Pahang Ambilalih Tugasan Wakil Rakyat PAS Khalid Samad Di Selangor
Usahkan berpiket, menulis sepucuk surat pun sudah tidak termampu dilakukan oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam menyelesaikan isu pesta minum arak 'Oktoberfest' di Selangor.
Malah lebih teruk lagi Khalid sekadar mampu berkata, "Kalau mereka nak bermandikan beer sekalipun, apakah awak ada masalah?".
Ketidak mampuan Khalid sebagai wakil rakyat PAS dalam menegur pihak berkuasa negeri dalam isu 'Oktoberfest', mengundang kepada pengambilalihan tugas oleh 3 orang wakil rakyat dari luar Selangor.
Dilaporkan oleh The Rakyat Post, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali Takiri dan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah menghantar memorandum tahniah kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, diatas arahan menurunkan iklan berkaitan 'Oktoberfest' dalam kawasan PBT berkenaan.
Membanding 'Gigi Arnab' Milik Mahfuz Dengan 'Gigi Arnab' Milik Tony Pua
"Kita tak mintak Datuk Najib batalkan kenaikan 20 sen itu, tetapi kita desak turun 40 sen. Ini kerana dalam tempoh setahun ini sudah 40 sen minyak naik," - Mahfuz OmarDi atas adalah antara intipati yang diucapkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar di hadapan 60 orang peserta himpunan membantah kenaikan harga minyak.
Jelas bahawa pandangan Mahfuz di atas mencermin kedangkalan pemikirannya.
Apa yang Tony Pua kata?
"Saya setuju cara subsidi diberikan perlu dirombak, tetapi ini tidak bermakna subsidi petrol perlu dimansuhkan secara langsung kerana ada pihak yang memerlukan subsidi.
"Cara BR1M lebih baik. Memang BR1M boleh disalah guna untuk politik, betul... tetapi terus dapat diterima oleh penerima yang layak.
"BR1M dari segi dasar lebih baik daripada subsidi, adakah subsidi minyak adil bagi semua pihak? Tidak." - dipetik dari TMI
Subscribe to:
Posts (Atom)