Saturday, October 4, 2014

Azmin Mengendap Melalui Terjahan Berjadual


Portal MyKMU melaporkan MB Selangor Azmin Ali melakukan political stunt apabila melakukan terjahan terhadap sistem pengangkutan dan pelupusan sampah serta kebersihan longkang.

Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali – sekurang-kurangnya itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau sebagai Jokowi Malaysia.

Malah portal berkenaan turut memetik tafsiran portal Malaysikini mengenai istilah 'terjah' sebagai rujukan budaya popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi wartawan dan jurugambar secara mengejut.

Namun begitu cuba perhatikan aturcara lawatan MB Selangor yang membawa kepada insiden terjahan seperti digembar-gemburkan oleh jentera propraganda Azmin, seperti di bawah:-


Kalau diperhatikan pada aturcara lawatan MB Selangor ke daerah Gombak, sesi lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah Haram di Kampung Sungai Kertas (seperti terkandung dalam kotak bergarisan merah) adalah sebahagian dari aturcara rasmi.

Jadi, layakkah tindakan Azmin itu dianggap sebagai terjahan?

Rasanya ia lebih layak dikatakan sebagai 'terjahan berjadual Azmin'!

Sudah Dijangka Oleh Khalid Ibrahim - Tony Pua Akan Jadi Bahan Lawak Jenaka


“Biarlah politik berperang, biarlah ahli politik berdrama. Lama-lama akan jadi lawak jenaka yang akan dikenang selama-lamanya. Itulah saja pesanan saya,” - Khalid Ibrahim
Mengimbas kembali amanat terakhir TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor (petikan atas) kepada penjawat-penjawat awam Selangor, nampaknya telah membuktikan kebenarannya.

Malang sekali tanpa membuat homework MP DAP Petaling Jaya, Tony Pua menyerlahkan kebodohannya dan menjadi bahan tawa penjawat awam apabila menghaburkan kemarahan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Menurut laporan Malaysiakini, Pua dilaporkan membuat kenyataan berikut;
"Datin Paduka Alinah Ahmad mesti putuskan sama ada beliau mahu jadi Datuk Bandar demi rakyat petaling jaya atau hanya seorang birokrat yang tidak mengendahkan kepentingan warga bandar. 
"Datuk bandar enggan mematuhi keputusan ahli majlis dan sebaliknya mengeluarkan kenyataan semalam, mendakwa ahli majlis boleh menolak rancangan tempatan namun tiada kuasa untuk membatalkan proses cadangan deraf itu (deraf Rancangan Tempatan Petaling Jaya). 
"Menurutnya, tindakan membatalkan proses itu akan adalah salah di sisi undang-undang kerana dengan sengaja menghalang proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri. 
"Hujah ini melucukan kerana ahli majlis adalah badan asal untuk mencadangkan sebarang perubahan ke atas rancangan tempatan untuk diluluskan kerajaan negeri. 
“Jika ahli majlis tiada kuasa untuk meminda deraf mereka sendiri, selain dari kerajaan negeri, siapa lagi yang berkuasa?”
Alinah dalam mempertahankan dirinya menyebut bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak mempuyai kuasa untuk membatalkan mengikut Seksyen 16 (2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Sebenarnya Pua tersalah tembak, memandangkan perlantikan Alinah sebagai Datuk Bandar adalah legasi daripada pentadbiran Khalid Ibrahim.

Kuasa membatalkan deraf Rancangan Tempatan Petaling Jaya adalah terletak pada Jawatankuasa peringkat negeri yang dipengerusikan oleh MB Azmin Ali.

Maka benarlah kata-kata Khalid berkenaan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat di Selangor, “Biarlah politik berperang, biarlah ahli politik berdrama. Lama-lama akan jadi lawak jenaka yang akan dikenang selama-lamanya".

Friday, October 3, 2014

Mat Sabu Berdepan Dengan Maut



Kenyataan Menteri Kesihatan, Dato' S. Subramaniam amat membimbangkan, seperti dilaporkan oleh TMI seperti berikut,
"Denggi kekal menjadi pembunuh utama di Malaysia dengan 200% kes dan kematian sepanjang tahun lalu meskipun semakin banyak kempen membendung denggi disebarkan."
Bermakna bahawa Mat Sabu yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana denggi semalam, adalah antara puluhan ribu pengidap yang berdepan dengan maut.

Sehingga 1 Oktober, jumlah kes dilaporkan di seluruh negara ialah 76,079 dengan Selangor mencatat kes tertinggi 37,077 diikuti Kelantan (12,965 kes), Kuala Lumpur (5,236), Johor (4,274) dan Perak (4,086).

Memandangkan Mat Sabu bermastautin di Shah Alam, bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan PBT -PBT di Selangor dalam mengendalikan langkah-langkah pencegahan dalam membendung wabak berkenaan dari merebak.

Malang sekali, kecuaian kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, akhirnya membawa musibah terhadap pemimpin kanan PAS itu.

Thursday, October 2, 2014

Tahaluf Siyasi Tidak Mampu Halang Lim Guan Teruskan Saman Tehadap Nasrudin At-Tantawi


Meskipun atas sebab teknikal, saman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen PAS Termeloh, Nasarudin Hassan At-Tantawi telah ditolak, namun ia tidak akan berhenti setakat itu.

Peguam bagi pihak Guan Eng, Mureli Navaratnam mengesahkan bahawa KM Pulau Pinang itu mahu meneruskan saman tersebut, lapor Malaysiakini.

Nasrudin sebelum ini mempersoal mengapa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), sedangkan tindakan yang sama tidak pula ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Kenyataan Nasrudin itu tidak disenangi oleh Guan Eng dan atas sifat yang tidak boleh ditegur pemimpin DAP itu menyaman Nasrudin yang juga adalah AJK PAS Pusat.

Tahaluf siyasi nampaknya tidak dapat menghalang perang Guan Eng - Nasrudin.

Mat Sabu Dikejarkan Ke Hospital, Selepas Balik Dari Krabi


Mat Sabu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah sejurus kembali membuat kunjungan ke Krabi, Thailand.

Beliau disyakki mengidap denggi, lapor Malaysiakini.


Wednesday, October 1, 2014

Exco Hal Ehwal Agama Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi Menunggu Masa Untuk Disingkir


MB Selangor Azmin Ali mengumumkan porfolio untuk 10 exco yang dilantik Jumaat lepas.

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa portfolio Hal-Ehwal Islam adalah paling panas di Selangor. Namun, Adun PAS Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sanggup duduk di 'kerusi panas' tersebut, dalam pengumuman yang dibuat oleh Azmin hari ini.

Dalam tempoh 6 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, termasuk Ahmad Yunus, 4 orang telah bertukar ganti menggalas portfolio berkenaan.

Bermula dengan Dato' Dr Hasan Ali yang memegang jawatan tersebut kurang dari 4 tahun, diikuti oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih kurang setahun dan akhirnya selepas PRU2013 dan sebelum rombakan barisan anggota MMKN Selangor, jawatan itu telah disandang oleh Sallehen Mukhyi.

Seperkara yang menarik mengenai jawatan tersebut, kesemua Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Islam sebelum Ahmad Yunus, akan mengakhiri jawatan dengan keadaan yang begitu tragis.

Hasan dan Khalid mengakhiri jawatan apabila mereka telah dipecat dari parti masing-masing. Meskipun Khalid tidak secara serta merta terlucut jawatan ketika mengetuai portfolio berkenaan, namun badinya membawa kepada pemecatannya sebagai MB.

Sementara itu Sallehen turut bernasib malang, bila tidak tersenarai langsung sebagai exco dibawah pentadbiran Azmin.

Kini Ahmad Yunus terpaksa menghitung hari, bila pula akan disingkir.

Tuesday, September 30, 2014

Balik Kampung Adalah Pilihan Terbaik Meskipun Azmin Beri Keutamaan Bekas Exco PAS Dilantik Sebagai Timbalan Speaker


Dalam kenyataan awal MB Selangor Azmin Ali berhubung pengurangan kerusi exco PAS dari 4 kepada 3, jawatan Timbalan Speaker, dengan keutamaannya ialah salah seorang dari 2 exco PAS yang digugurkan.

2 exco PAS yang digugurkan ialah Salllehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali.

Ketika ini, jawatan Speaker disandang oleh wanita, iaitu Adun DAP Hannah Yeoh. Ini bermakna, peluang Halimah adalah tipis, mengambilkira masakan Speaker dan timbalannya kedua-duanya wanita.

Oleh itu pilihan kini terarah kepada Sallehen, yang pada masa yang sama adalah pemegang rekod sebagai exco yang paling singkat perkhidmatannya ( setahun 4 bulan) dalam sejarah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun begitu ada petanda menujukkan Sallehen enggan menerima jawatan tersebut.

Bayangan penolakan PAS terhadap perlantikan itu dibuat melalui kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, "Jika PAS menolak, ia kerana PAS mahu semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang tidak dilantik menjadi exco berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam Sidang Dewan Negeri dan tidak sibuk dengan tugas timbalan speaker,” lapor TMI.

Dalam kata lain, balik kampung ke Sabak Bernam yang jaraknya lebih 2 marhalah dari Shah Alam adalah lebih, dari menerima tawaran Timbalan Speaker dari Azmin.