Friday, January 3, 2014

DAP Akan Usulkan Pindaan Terhadap Enakmen Kawalan Proses Murtad Kepada Orang Islam Di Selangor - PAS Sedia Sokong?


Menurut laporan The Selangor Chronicle, DAP akan memulakan usulkan pindaan terhadap Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Terus terang dikatakan bahawa saya sememangnya menunggu adanya usaha bukan sahaja meminda, malah untuk memansuhkan enakmen berkenaan.

Hal ini adalah lantaran sikap membisu pemimpin-pemimpin beragama Islam dalam PKR dan pemimpin-pemimpin yang dikatakan ulamak dalam PAS terhadap isu pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh mereka selain Islam.

Samada pemansuhan mahu pun pindaan terhadap enakmen berkenaan hanya memerlukan 'majoriti mudah' dan sebagai rakyat biasa, saya ingin benar melihat pendirian para Adun Islam PAS dan PKR dalam membuka kebebasan berugama secara mutlak di negara ini.

Saya percaya bahawa sikap membisu PAS dan PKR adalah lebih terdorong kepada aspek teknikal perundangan, yang jelas menunjukkan pemimpin Islam dalam parti-parti berkenaan terperangkap dalam 'game' tersebut. Saya khuatir dengan sikap mereka yang tidak berfikiran melangkui agenda sebenar kelompok yang ingin membuka ruang kebebasan beragama secara mutlak di negara ini, bakal memudaratkan kepada kedudukan Islam di negara ini.

Apakah ini juga satu permulaan kepada pindaan kepada kedudukan Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan?

Thursday, January 2, 2014

Baucer RM30 Dari Khalid Ibrahim Kerana Sokong Kenaikan Gaji MB Selangor


Sempena perutusan Tahun Baru 2014 kepada rakyat Selangor, MB TS Khalid Ibrahim berjanji untuk meringankan beban rakyat melalui agenda merakyatkan Selangor.

Persoalan memadaikah dengan pemberian berpilih baucer RM30, walhal gaji MB dinaikkan berkuatkuasa Januari 2014?

Betul Kata Dr Mahathir - Gereja Tak Rugi Apa

"Selama ini kita tidak pernah berkelahi mengenainya kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan istilah itu, jadi mengapa perlu menyakiti hati pihak lain, tak rugi kalau tak guna istilah Allah," - Tun Dr Mahathir
Cukup menarik kenyataan Tun Dr Mahathir yang dipetik oleh The Malaysian Insider di atas.

Setelah sekian lama Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 diwartakan, mengapa hanya kini dipersoalkan.

Dalam membicarakan isu ini, kita tidak lari dari hakikat mengaitkannya dengan politik, meski kebebasan berugama dijadikan alasan untuk mencabar penggunaan kalimah 'Allah'.

Mengimbas kembali kepada suasana ketika enakmen ini digubal (1988), perlu diketahui negara dalam keadaan;

  • PAS dan UMNO bersaing untuk menjuarai isu-isu Islam, malah turut bersaing untuk kelihatan lebih Islamik
  • PAS memainkan isu Kritianisasi terhadap orang Melayu dan Islam dan dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan dan keharmonian negara
  • DS Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan sebagai menteri
Justeru, apa juga berkaitan maruah Islam PAS dan UMNO saling sambut menyambut. Karpal Singh sendiri pernah menyatakan kekhuatiran terhadap persaingan diantara dua parti Melayu/Islam berkenaan dalam menjuarai Islam. Ini kerana, melalui persaingan tersebut mendorong kepada perlaksanaan dasar-dasar yang berbentuk Islamik yang tidak disukai oleh DAP.

Tanpa disedari, persaingan PAS dan UMNO untuk kelihatan Islamik menjadikan Islam itu kuat dan digeruni. Jika Islam tidak kuat, masakan tiada cabaran yang dibuat terhadap enakmen berkenaan ketika itu.

Berbeza keadaannya pada hari ini, iaitu apabila Anwar Ibrahim berada diluar kerajaan, strategi politik yang dikepalai oleh beliau lebih menjurus kepada bentuk penyatuan DAP dan PAS disamping PKR.

Untuk setakat ini, Anwar berjaya melenturkan Mat Sabu dan Khalid Samad yang pernah menjadi tokoh muda PAS yang begitu lantang dalam menjuarai isu Kristianisasi pada 1987, menjadi lembik dan liberal dari segi pemikiran.

Disaat dan ketika Anwar berada di kerusi empuk anggota kabinet, Mat Sabu dan Khalid Samad pula menjadi tahanan ISA dengan isu yang dimainkan oleh mereka.

Rentetan daripada itu, maka mendorong kepada penggubalan dan perwartaan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Teruskan dengan membaca dan melihat faktanya di SINI.

Wednesday, January 1, 2014

Pak Lebai Tersilap Pamer Poster Di Himpunan Turun


Menurut laporan, lelaki ini (foto atas) datang dari jauh untuk meluahkan rasa hatinya, di Himpunan Turun malam tadi.

Namun, lelaki ini pukul kiri dan kanan, maksudnya pemimpin BN mahu pun PR.

Dilaporkan juga, peserta-peserta Himpunan Turun tidak puas hati, lantas mengarahkannya menyimpan poster berkenaan dari dipamerkan.

Baca selanjutnya SINI.

Anwar Akan Angkat Sumpah Depan 'Raja' Di Dataran Merdeka 1/1/14


Memandangkan bagi mereka yang terlibat dalam mengguling kerajaan mengisytiharkan 'rakyat adalah raja dalam negara' (tonton video SINI), maka tidak mustahil Anwar akan mengangkat sumpah di depan 'raja' di Dataran Merdeka pada 1/1/14.

Menurut laporan blog Sungai Rapat Online, penunjuk perasaan telah berjaya menawan Dataran Merdeka.

Betul ke?

Tuesday, December 31, 2013

Video Terbaru PDRM - Dedah Ucapan Ketua Penghasut Guling Kerajaan

Tabik Selamat Jalan Anwar Ibrahim Kepada Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah Yang Keluar Parti


Anwar Ibrahim sudah boleh memberi tabik selamat jalan kepada bekas Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah, Musli Oli apabila semalam telah mengisytiharkan keluar parti.

Musli yang sebelum ini merupakan blogger mesra BN, mengubah haluan dengan menyertai PKR pada November 2011. Namun begitu, selepas PRU13 Musli acapkali menunjukkan ketawaran hatinya terhadap Anwar. Malah pada Ogos lepas, beliau telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah, tetapi memilih untuk kekal bersama PKR.

Setelah bersama parti berkenaan selama 2 tahun, beliau memilih akhirnya menamatkan kembara politiknya bersama PKR.