Pada 13 November 2010 PAS pernah menganjur "Seminar PAS Sedia Ganti UMNO" yang berlansung di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Setelah hampir 3 tahun berlalu, sejauh manakah seminar tersebut benar-benar mencapai matlamatnya?
Harus diakui bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara peranan PAS dalam PR dengan peranan UMNO dalam BN. Peranan UMNO yang lebih dominan dalam BN adalah lebih ketara, berbanding dengan ketidakberanian PAS yang amat ketara lemahnya, khusus dalam isu berkenaan Islam dan Melayu.
Pengadilan rakyat terhadap isu berkaitan Islam dan Melayu telah pun dihakimi melalui terjemahan kecenderungan pengundian oleh pemilih Melayu semasa PRU13, apabila PAS gagal mengatasi UMNO dari segi bilangan kerusi parlimen dan DUN.
Terbaru, Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan UMNO.
Menurut laporan NST,
ALOR STAR: Pas is willing to have a dialogue with Umno on issues concerning Islamic religious and Malay community on a condition that it is done based on four main references, namely Al-Quran, Hadith, 'Ijma ulama' and 'qiyas'.
Membaca kenyataan Hadi yang meletakkan syarat dengan menjadikan 4 rujukan yang terdiri dari Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qiyas sebagai asas perbincangan, timbul persoalan samada syarat yang serupa menjadi asas perundingan antara PAS dengan PKR dan DAP?Its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said Pas had never shut its door for talks with Umno and stressed that the party was prepared to meet-up anytime based on issues and mutual interests.However, he stressed that the talks would only between Pas and Umno, without the presence of neither components parties from Barisan Nasional or Pakatan Rakyat.
Sepatutnya Hadi mesti menyedari kesilapan, disamping menyesali dengan kedudukan Islam yang dibawa oleh PAS dalam PR. Hakikatnya, Islam bawaan PAS dalam PR bukan disederhanakan, tetapi ia telah direndahkan kedudukannya dalam pakatan berkenaan.
Namun demi agama dan bangsa, tawaran Hadi tidak harus diabaikan begitu sahaja, malah boleh diperluaskan melalui dialog bukan sahaja dengan UMNO, tetapi harus juga disertai oleh Pari Pesaka Bumiputera (PPB) Sarawak.
Ini adalah amat penting dalam mendaulahkan Islam di Malaysia.
Kenyataan Hadi tersebut, sekurang-kurangnya telah memberi isyarat kepada kita yang PAS, khususnya ulamak sudah tidak yakin kepada DS Anwar Ibrahim dan PKR dalam perjuangan meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya.