Saturday, August 31, 2013

Andai Kata Anwar Ibrahim Ambil Tempat Tunku Abdul Rahman Pada 31 Ogos 1957, Gerenti Tiada Laungan Azan Sejurus Baca Pemasyhuran Kemerdekaan


Mungkin Allah hendak menduga kita untuk mempertahankan apa yang berlaku keatas pergolakan dan keberantakan dalam politik pada hari ini.

Sejarah tidak pernah berbohong dan mujurlah detik-detik permasyhuran negara telah dirakam dan dapat ditonton hingga kehari ini.


Elemen-elemen utama pada detik bersejarah tersebut ialah;

  • Negara ini diisytihar dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (untuk memudahkan sebutan bagi bukan Melayu maka disebut Malaya)
  • Berkumandangnya 'Negaraku' dengan frasa keramat 'Tanah Tumpahnya Darahku'
  • Laungan azan (yang mungkin tidak akan didengar kalau Anwar dengan sekutunya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Hadi Awang yang mengetuai kemerdekaan Malaysia)
  • Bacaan doa (kandungan penuh boleh baca SINI)
Sesungguhnya Allah telah takdirkan Tunku dan bukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Friday, August 30, 2013

Anwar Tak Putus Asa - Setelah Najib Enggan Perjumpaan Tertutup, Kini Tawar Perjumpaan Terbuka


Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim kini mengambil kaedah kelembutan lidahnya untuk memujuk PM DS Najib Razak bagi memberinya peluang memainkan peranan dalam kerajaan.

Setelah didedahkan yang Anwar telah memohon bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi perantara untuk rundingan dengan Najib, yang akhirnya ditolak oleh Najib (Baca SINI), sempena hari kemerdekaan Anwar menawar dialog terbuka antara PR dengan kerajaan BN.


Anwar meletakkan isu-isu agama, jenayah, ekonomi dan pentadbiran sebagai asas pebincangan antara kedua-dua belah pihak, tanpa membincangkan soal kerajaan perpaduan.

Namun begitu blog Akar Umbi ingin mempersoalkan kewajaran 'perundingan' yang ditawarkan oeh Anwar, walhal kita mempunyai parlimen yang boleh menjadi forum untuk menegur dengan berhemah, disamping melontarkan pandangan oleh kedua-dua belah pihak demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Adalah dihuatiri, rundingan tersebut hanya menjadi agenda tanpa keputusan dan tindakan.

Cadangan oleh Anwar ini mengesahkan cerita yang mengatakan beliau menggunakan Jusuf Kalla dengan tawaran kerajaan perpaduan dengan terma yang berikut:-

1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor.
2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.

Seperkara lagi, kini telah timbul cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya yang khabarnya anak lelaki seorang pemimpin komponen PR telah memohon untuk bertemu Najib.

Mungkinkah, lantaran itu Anwar tampil dengan tawaran sempena 'Hari Kemerdekaan' kepada Najib?

Wednesday, August 28, 2013

Skuad Khalid Ibrahim Disyaki Rasuah - Slip Pertaruhan Sime Darby 3 - Selangor 0 Ditemui


Jawatan Presiden FAS disandang oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim. Kini desas-desus tersebar yang mengaitkan organisasi pimpinan Khalid dengan bibit-bibit rasuah.

Blog Keris Putera mendedahkan slip pertaruhan di bawah.

Monday, August 26, 2013

Lawatan Anwar Ibrahim Ke Kelantan Disambut Dengan Siaran Artikel Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS Oleh Harakah Daily


Khabarnya Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim sedang berada di Kelantan.

Menurut blog Gelagat Anwar, disamping bertujuan menyelesaikan masalah hubungan PKR-PAS di Kelantan, kunjungan pemimpin utama PKR itu turut bersama misi untuk memperbaiki Kerajaan Negeri Kelantan.

Namun begitu, lidah rasmi PAS Harakah Daily bagai menyambut Anwar dengan artikel yang menyatakan perihal bekas pemimpin PKR yang begitu mengimpikan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS yang tersiar dalam portal berkenaan. (Klik SINI)


(P/S - Screen capture dibuat kerana khuatir Harakah Daily menarik balik artikel berkenaan)

Friday, August 23, 2013

Nik Aziz Tempelak Agama Selain Islam Yang Mahu Gunakan 'ALLAH' Sebagai Mengarut Dan Tak Betul


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz mungkin antara yang menadah tangan tanda syukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah.

Nik Aziz dalam kenyataannya sebelum ini menganggap agama-agama lain yang ingin menggunakan Allah bagi tuhan mereka adalah tidak betul dan mengarut.

Azilah & Sirul Bebas Dari Tuduhan Bunuh Altantuya


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.(Dipetik dari Malaysiakini)

Panel  hakim yang dianggotai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan permohonan rayuan mereka.

Wednesday, August 21, 2013

Husam Musa Tolak Tawaran MB Kelantan - Sebaliknya Dedah Kepincangan Kerajaan Negeri


Ego Husam Musa yang telah tidak dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sejurus selepas PRU13 semakin terserlah.

Mungkin didorong oleh kekecewaannya tidak dilantik semula sebagai Exco, Husam Musa dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider mengumumkan penolakan terhadap perlantikan sebagai pengerusi 2 GLC Negeri Kelantan.

Tawaran keatas Husam ialah sebagai pengerusi untuk Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.

Sebaliknya bagai serangan balas terhadap keatas kerajaan negeri Kelantan, Husam mendedahkan kepada portal berkenaan, PMBK Sawit (GLC Negeri Kelantan) telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini.

"Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya.

"Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak ditukarkan," kata Husam.

KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.

Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.

"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan.