Thursday, August 1, 2013

Tangisan Rosmah Mansor

Foto rakaman MIK

Sempat menonton tangisan isteri PM Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang sebak ketika mendeklamasi sajak nukilan beliau sendiri yang sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri BAKTI kepada Angkatan Tentera Malaysia di Buletin Utama TV3 malam tadi.

Jangan sekali-kali kita memperjudikan keamanan dan kestabilan Malaysia yang tercinta
Kalau kita leka dan berdegil juga nanti buruk padahnya
Anak cucu kita akan merana lalu bertanya, 
Kenapa generasi Datuk dan Nenekku melakukan perkara durjana
Memfitnah, bergaduh dan dengki khianat berlaku... berleluasa
Sehinggakan kami terpaksa mengalami kesan-kesannya

Wahai rakan dan taulan,
Fikirkanlah semasak-masaknya
Jangan kita tersilap langkah
Sehingga negara ditertawakan oleh dunia

Wahai Pahlawanku sekalian,
Teruskan perjuangan
InsyaAllah Anda semua dipandang mulia disisi Tuhan
Dan juga dimata kami yang cintakan keamanan

DPS Rosmah Mansor

Monday, July 29, 2013

5 Oktober 2013 - Penentuan Apa Ahli UMNO Mahu?


Tanggal 5 Oktober 2013 (Sabtu) telah ditetapkan sebagai hari pengundian untuk memilih bukan sahaja memilih kepimpinan UMNO bahagian seluruh negara, tetapi juga bagi memilih saf kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO, termasuk jawatan-jawatan utama seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO.

Dengan pengenalan kaedah pemilihan yang baru, bila jawatan-jawatan tertinggi parti ditentukan oleh para perwakilan di peringkat bahagian, maka 2 faktor yang menjadi penentuan ialah populariti calon dan terjemahan terhadap kehendak ahli akar umbi UMNO di bahagian-bahagian seluruh negara.

Blog Akar Umbi menyimpulkan pertembungan pada 5 Oktober nanti, sebenarnya adalah pertembungan antara idealisme dengan isu.

Persoalannya, yang mana satu yang akan membentuk trend pengundian? Samada idealisme atau isu?

Tuesday, July 23, 2013

Tuah Badan Annuar Musa - RM40,000 Dapat, Jawatan Pengerusi MARA Pun Dapat

Ada 2 berita mengenai Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Berita pertama, Annuar mendapat RM40,000 sebagai kos mahkamah apabila petisyen pilihanraya bagi kawasan parlimen Ketereh terhadapnya telah ditolak.

Menurut laporan Agenda Daily Hakim Mahkamah Pilihanraya Kota Bharu, Datuk John Louis O'Hara menolak petisyen yang difailkan Ab Aziz Ab Kadir.

Sementara itu, dilaporkan juga Ahli Parlimen Ketereh tersebut dilantik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa 19 Julai lepas.

Itulah tuah badan namanya, apabila menang kalah sudah menjadi asam garam dalam perjalanan politik Annuar Musa.

Bisikan Jelmaan Iblis Dalam Bentuk Dr Dzul Dorong Ustaz PAS Fitnah Muhyiddin Tawar Rasuah Dalam Masjid


Logiknya, mana ada iblis dan syaitan dalam bulan Ramadhan?

Namun, apabila seorang ustaz bercakap menurut bisikan dari seseorang di sisinya, bagai menggambarkan peranan iblis telah diambilalih oleh manusia sempena Ramadhan ini, hingga sanggup menghukumkan pengumuman peruntukan RM430,000 di dalam masjid oleh TPM TS Muhyiddin Yassin dianggap sebagai rasuah. (Tonton video di bawah).


Tuturkata seperti ini, menggambarkan betapa PAS dalam PRK Kuala Besut bagai tidak takutkan api neraka, hingga sewenang-wenangnya menghukumkan yang halal menjadi haram.

Astaghfirullah.

Monday, July 22, 2013

Brengsek Punya MB Selangor - Akhirnya Saifuddin Nasution Dilantik Juga Sebagai Ketua Staff Pejabat MB


Menurut laporan The Malaysian Insider, Saifuddin Nasution telah melaporkan diri untuk bertugas sebagai Ketua Staff Pejabat MB Selangor, pada jam 12 tengahari hari ini.

Malahan portal berkenaan turut melaporkan kuatkuasa perlantikan adalah bermula pada 1 Julai lalu.

Soalnya sekarang adalah, apakah keistimewaan lelaki berjerawat batu ini yang telah ditolak oleh para pengundi di Kulim/Bandar Baharu, sehingga membolehkannya dilantik kejawatan berkenaan.

Disamping itu, dengan penjenamaan jawatan tersebut yang berbeza dengan cadangan asal yang disebut sebagai 'Political Liaison Officer', bermakna untuk mematikan tuntutan dari DAP dan PAS yang turut menuntut wakil mereka kejawatan asal yang dicadangkan?

Dengan menggunakan jenama 'Ketua Staff' bermakna tidak akan wujud 3 'Ketua Staff' di Pejabat MB Selangor?

Blog Akar Umbi melihat perlantikan Saifuddin ini adalah untuk meluaskan pengaruh politik PR keatas kawasan-kawasan luar bandar, memandangkan keputusan PRU13 menunjukkan pengaruh BN yang masih kuat di kawasan-kawasan berkenaan.

Justeru, perlantikan tersebut lebih cenderung untuk menggunakan kewangan negeri untuk membayar emolumen seorang pegawai yang berfungsikan politik PR.

Desas-desus mengatakan bahawa Saifuddin dibayar RM15,000 sebulan untuk jawatan tersebut.

Tiadakah anak Selangor yang layak untuk dilantik kejawatan tersebut?

Friday, July 19, 2013

Karpal Singh & Anak Akhirnya Melopong Dan Bengang Berganda Dengan Tindakan Anak Guam


Minggu lalu, MP Puchong Gobind Singh telah menarik perhatian sidang Dewan Rakyat dengan membangkitkan kes saman Amir Bazli Abdullah terhadap DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Namun,  Gobind dan bapanya Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli dalam kes saman berkenaan akhirnya melopong dan bengang berganda, gara-gara tindakan anak guam mereka menarik balik tuntutan saman terhadap Ahmad Zahid dalam proses mediasi dihadapan Hakim Rohani Ismail di Mahkamah Sesyen Sivil Shah Alam.

Menurut laporan Bernama yang disiarkan oleh Utusan, Peguam Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid dan Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli, memberitahu wartawan, mereka tidak dibenarkan Rohani untuk bersama anak guam masing-masing semasa proses mediasi itu yang berlansung kelmarin.

Dalam pada itu, Amir Bazli berkata, kes antara beliau dan Ahmad Zahid selesai dan beliau bersetuju untuk menarik tuntutan ke atas defendan dan defendan akan menarik balik tuntutan balas ke atas plaintif.

Beliau juga berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan hal mengenai relif dan ganti rugi menerusi rundingan antara mereka berdua tanpa kehadiran peguam.

Blog Akar Umbi berpendapat, ini adalah tindakan terbaik Amir Bazli demi mengelakkan hal peribadi antaranya dengan Ahmad Zahid dipergunakan untuk kepentingan politik pihak ketiga.

Thursday, July 18, 2013

Muslihat Politik Husam - Cadang Tubuhkan Kerajaan Campuran UMNO-PAS Di Terengganu?


Mengamati laporan Berita Harian (di bawah), Pengarah Piliharaya PAS untuk PRK Kuala Besut kelihatan hendak mempedaya para pengundi di kawasan DUN berkenaan.
PAS mengakui gerakan bagi mewujudkan jumlah kerusi seimbang 16:16 antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebenarnya bukan bertujuan mengubah pemerintahan negeri itu. 
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebaliknya berkata, Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu sekalipun pembangkang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini. 
Meskipun tidak dinyatakan dengan terus-terang, namun kenyataan di atas seolah-olah membayangkan Kerajaan campuran UMNO-PAS di Terengganu.

Kalau PKR dan DAP tidak bersetuju dengan pandangan Husam, rasanya molek benar mereka mengarahkan penyokong-penyokong mereka untuk terus mengundi BN bagi mengelakkan kemungkinan itu terjadi.