Friday, June 28, 2013

Bekas ADUN DAP Negeri Sembilan Dihukum Penjara 10 Tahun Kerana Rembat RM66,647.44 Milik Lelaki Melayu Miskin

Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Dato'  Abdul Malik Ishak mengekalkan hukuman penjara 10 tahun keatas bekas Adun DAP Negeri Sembilan yang pernah berkhidmat selama 3 penggal (DUN Rasah - 1978-86 dan DUN Jimah 1986-90), M. Kuppusamy.

Fakta kes yang dilaporkan oleh Bernama yang dipetik oleh NST, Kuppusamay yang juga adalah seorang peguam telah menyalahguna wang berjumlah RM66,647 milik Zainal Abdul Majid.

Wang berkenaan adalah hasil tuntutan insurans diatas kematian anak mangsa yang kemalangan jalanraya.

Oleh kerana mangsa tidak mempunyai akaun bank, wang berkenaan telah dimasukkan ke akaun firma guaman milik bekas Adun DAP berkenaan.

Walau bagaimana pun, Kuppusamy telah secara salah mengeluarkan wang berkenaan secara berperingkat untuk tempoh 29 Oktober hingga 6 Disember 2005, tanpa menyerahkan kepada Zainal.

Ini adalah contoh kes penganiayaan dan penzaliman oleh bekas pemimpin DAP terhadap rakyat miskin.

Thursday, June 27, 2013

Sindrom Makan Kacang Goreng & Minum Teh Tarik UMNO Selangor?


Saya telah ditunjukkan SMS  berikut oleh seorang sahabat, yang mungkin diterima dari Ketua Bahagiannya.
Mohon Jasa baik KB mencadangkan seorg Pengerusi & Timb.Peng. JK Pemilihan parti utk bhgian masing sblum 30/6 (surat rasmi menyusul)...kriteria seorg yg BEBAS dan tiada kepentingan dlm Pemilihan d Bhgian masing2, sila msj ke nombor ini (Dt Mohd.Isa SUK Sel)...kerjasama YB/ Dato/Tuan semua amat d hargai.....TQ sk YB DSNoh/YB Dt Johan
Seorang sahabat lain menyampuk, "Bolehkah tidak memihak kepada sesiapa?".

Sebenarnya, saya tidak hiraukan sangat berkenaaan Jawatan Kuasa Pemilihan UMNO kerana mereka baru memulakan tugasan.


Sebaliknya, saya lebih tumpukan kepada nama-nama yang tertera dalam SMS berkenaan. Antara yang dikesan ialah berlaku rombakan untuk jawatan Setia Usaha Kerja, yang kini dipegang oleh Dato' Mohd Isa (Kasim?) dan bukan disandang oleh Badrul Hisham.


Pada masa yang sama, seolah-olah DS Noh Omar dan Dato' Johan Abdul Aziz telah pun memulakan tugasan masing-masing sebagai Pengerusi dan Setia Usaha Perhubungan. 


Disamping itu, nampak gayanya UMNO Selangor bergerak pantas mendahului pengumuman rasmi dari Presiden UMNO.


Baca petikan Antara Pos (25/6/ 2013) dibawah, 



Apa pun anggaplah bahawa Presiden UMNO telah pun memberikan verbal consent terhadap perlantikan tersebut.

Moga UMNO Selangor tidak terusan dengan sindrom makan kacang goreng dan minum teh tarik selepas ini.

Tuesday, June 25, 2013

Apakah Tun Daim Bakal Keliru Untuk Kali Kedua Kalau Najib Lantik Noh Omar Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor?


Dalam mengulas kekalahan BN di Selangor, Tun Daim mengulas,
“I think Zin (DS Mohd Zin Mohamed) was a wrong choice. He was dropped from Cabinet by Najib because obviously he didn’t think much of his ability and then you then appoint him as Selangor Umno secretary. I don’t understand Najib’s logic,” Daim said, having pointed out that Sepang Umno Youth chief Datuk Suhaimi Mohd Ghazali had contested against Mohd Zin and that many divisional chiefs had allegedly campaigned against him.
 [TMI]
Menurut laporan media hari ini, DS Noh Omar bakal dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor [laporan penuh baca Antara Pos].

Menariknya, laporan berkenaan menyatakan bahawa perlantikan tersebut dicadangkan majoriti ketua Umno bahagian di Selangor.

Seperti juga kes Zin yang terdahulu, Noh juga tidak tersenarai dalam kabinet terbaru DS Najib Razak.

Jika sebelum ini Daim seakan-akan bersimpati bila Ketua-Ketua Bahagian diabaikan dan dikatakan sebagai punca kekalahan BN di Selangor, pastinya Daim berdepan dengan 'tidak logik' yang berganda apabila majoriti Ketua Bahagian di Selangor sendiri yang mencadangkan Noh yang hakikatnya telah digugurkan sebagai anggota kabinet!

Sunday, June 23, 2013

Apa Sudah Jadi Pada Majlis Keselamatan Negara? Sudah 6 Jam Tapi PM Belum Umum Darurat


Sehingga artikel ini ditulis, PM sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum lagi membuat pengumuman berhubung pengisytiharan darurat untuk kawasan Muar dan Ledang yang telah pun mececah indeks pencemaran udara (IPU) ketahap 746 pada jam 7 pagi tadi.

Kebanyakan media utama sekadar melaporkan kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar DS G. Panivel yang menyatakan PM DS Najib Razak bersetuju mengistiharkan darurat untuk 2 daerah berkenaan.

Malah menurut laporan media lagi, Ketua Pengarah Jabatan Alam sekitar telah memaklumkan kepada Pengarah MKN berhubung situasi terkini IPU.

Untuk rekod, pada tahun 2005 Klang dan Kuala Selangor telah diisytiharkan darurat apabila IPU melepasi 500.

Suatu perkara yang amat malang apabila tiada tindakan dari MKN, sebaliknya terlalu bergantung kepada laporan dari JAS.


Apa sudah dengan MKN yang laman webnya dikemaskini setakat 6 Jun 2013? (Sila semak SINI).

Tuesday, June 18, 2013

Anwar Turut Dibekalkan 3 Keping Kondom Ketika Hadiri Forum Di Nusa Dua, Bali?


Lebih 100 orang ketua pengarang berbagai-bagai media massa berkumpul di Nusa Dua, Bali, untuk menghadiri apa yang disebut sebagai Pertemuan Puncak Forum Pemred, 13-14 Jun 2013.

Para peserta mendapatkan kemudahan tiket Garuda datang dan balik, hotel bintang selama tiga hari, dan makanan minuman istimewa -menimbulkan pertanyaan siapa sebenarnya penyumbang dana acara para pemimpin redaksi ini.

Disamping itu, para peserta turut dibekalkan dengan kondom percuma jenama Meoong, yang setiap bungkus berisi tiga keping kondom.

Penyelaras Forum Pemred, Wahyu Muryadi mengaku pihaknya menyelitkan satu bungkus kondom dalam fail peserta.

Baca seterusnya di AIDC.

Thursday, June 13, 2013

Perlantikan Saifuddin Nasution Sebagai Pegawai Perhubungan Politik Di Pejabat MB Selangor Masih Lagi Berbangkit - Zuraida Terus Serang Khalid Ibrahim


Isu perlantikan Setia Usaha Agung PKR Saifuddin Nasution kejawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat MB Selangor masih lagi berbangkit.

Dalam kenyataan sekutu kuat Azmin Ali, Zuraida Kamarudin membangkitkan betapa kedegilan Khalid Ibrahim untuk membentangkan skop tugasan dan sebarang makluman rasmi Khalid kepada Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.


Dalam konteks ini, Zuraida kelihatan berpendirian bahawa parti yang menguasai kerajaan dan bukan kerajaan menguasai parti.

Disamping itu, dengan mengambil kira keputusan prestasi Pakatan Rakyat yang menguasai 44 dari 56 kerusi DUN Selangor, sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka secara politiknya dalam kedudukan yang begitu selesa dan sekilas pandang menunjukkan tidak ada keperluan untuk Saifuddin dilantik kejawatan berkenaan.

Dengan jumlah emolumen yang bakal dinikmati oleh Saifuddin yang berjumlah RM15,000 sebulan, bermakna seramai 15 orang pelajar yang memasuki IPT boleh dibantu.


Hal ini adalah berpandu kepada manifesto Pakatan Rakyat (rujuk atas) yang menjanjikan bantuan/hadiah kepada anak  yang ibubapanya berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Jika dibandingkan kepada keseluruhan emolumen tahunan yang bakal dinikmati oleh Saifuddin, bermakna amaun berkenaan boleh diagihkan kepada 180 orang pelajar.

Bayangkan kalau selama 5 tahun, maka seramai 900 orang pelajar boleh dibantu oleh Kerajaan Selangor.

Tuesday, June 11, 2013

Penyelewengan Perbendaharaan Negeri Selangor - Khalid Ibrahim Peruntukkan RM5 Juta Dari Geran Selangorku Untuk Bantu Blackout 505?


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta daripada Geran Selangorku yang kononnya untuk program memperbaiki proses demokrasi  melalui Unit Pendemokrasian Selangor.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh Media Selangorku semalam, Khalid berkata Kerajaan Negeri Selangor bersedia mengeluarkan peruntukan sumbangan bagi membiayai kos guaman kepada mana-mana pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya.

Jika pembiayaan kos guaman petisyen pilihanraya dianggap sebagai membantu memperbaiki proses demokrasi, maka tidak mustahil dana RM5 juta yang diperuntukkan telah dan akan digunakan untuk menggerakkan Himpunan Blackout di seluruh negara.

Adalah keterlaluan bila perbendaharaan negeri digunakan di luar Selangor, apatah lagi ia adalah bertujuan untuk kepentingan Pakatan Rakyat.

Apakah masih tidak demokrasi apabila Pakatan Rakyat telah pun memenangi 44 kerusi dari 56 keseluruhan kerusi DUN di Selangor?