Friday, June 7, 2013

3 Badigol Yang Bakal Habiskan Perbendaharaan Negeri Selangor RM0.54 Juta Setahun Ke Poket Masing-Masing


Akhirnya, DAP turut menamakan Teresa Kok sebagai calonnya ke jawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Perkara ini diputuskan oleh CEC DAP (yang dianggap  tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan), dalam mesyuaratnya yang berlansung kelmarin.


Disamping itu, DAP turut mencadangkan jawatan yang setara dengan status dan syarat lantikan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail seperti yang ditawarkan oleh MB TS Khalid Ibrahim, turut diperuntukkan kepada PAS.


Meskipun PAS telah membayangkan untuk turut menuntut perlantikan salah seorang Naib Presidennya ke jawatan berkenaan, namun belum mencalonkan siapakah antara 3 Naib Presidennya (Husam Musa, Mahfoz Omar dan Salahudin Ayub).

Desas-desus mengatakan bahawa PAS Selangor mahukan Husam Musa dilantik mewakili PAS.

Dalam keadaan Khalid Ibrahim bertegas dengan pendirian untuk melantik Saifuddin, beliau turut  mengingatkan yang pihaknya punya kuasa mutlak untuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak membantu pentadbiran negeri.

Apa yang pasti MPN PKR Selangor membayangkan tentangan mereka, manakala dipihak DAP dan PAS mengambil kesempatan dengan tuntutan balas mereka.

Hakikatnya, kalau 3 badigol ini dilantik, maka kerajaan negeri akan membelanjakan RM540,000 setahun sebagai emolumen kepada 3 pegawai yang tidak diperlukan sama sekali.(Khabarnya Saifuddin akan dibayar RM15,000 sebulan).

Khalid Ibrahim Panas Hati - Ada Aktiviti Perlombongan Haram Dekat Kampung Azmin Ali

"Mereka yang didapati terlibat menjalankan perlombongan haram ini boleh didakwa atas kesalahan menjalankan perlombongan tanpa lesen, menceroboh dan mencuri" - Khalid Ibrahim

Di atas adalah amaran MB Selangor TS ABdul Khalid Ibrahim terhadap kegiatan perlombongan haram batu kuartza di Klang Gate Gombak. [Baca laporan penuh klik Utusan]

Tentunya kemarahan Khalid adalah berganda, memandangkan kegiatan perlombongan tersebut berlaku berhampiran dengan kampung Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor Azmin Ali.

Khalid turut mendakwa kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen untuk aktiviti perlombongan di sepanjang lima kilometer kawasan tersebut yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia.

Tambahan pula, kawasan tersebut yang dikenali Permatang Kuartza Klang Gate, telah dinamakan sebagai tapak cadangan Taman Warisan Dunia.

Wednesday, June 5, 2013

Khalid Ibrahim Tolak Perbincangan Dengan Azmin Ali & PKR Selangor - Nekad Lantik Saifuddin Nasution Sebagai Pegawai Perhubungan Politik

“Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk mencari individu yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan manifesto yang kita bentangkan dalam PRU13 lalu,” - Khalid Ibrahim
Di atas adalah kenyataan tegas MB Selangor TS Abdul Khalid Ibrahim, berhubung ketegasan untuk melantik  Setia Usaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kejawatan Pegawai Perhubungan Politik yang dipetik dari Media Selangorku.

Malah bagi Khalid, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana individu yang layak bagi membantu menjayakan usaha Kerajaan Negeri.

Pastinya kenyataan itu adalah ditujukan kepada Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, yang sebelum ini mempertikai dan menuntut penjelasan Khalid Ibrahim berhubung perlantikan Saifuddin kejawatan tersebut.


Dalam pada itu, PAS juga telah turut menuntut perlantikan wakilnya bagi jawatan yang serupa. Bermula dengan cadangan Exco Kerajaan Negeri Selangor Iskandar Samad, yang mencadangkan salah seorang Naib Presiden PAS dilantik disamping Saifuddin, ia telah mendapat endorsement melalui reaksi sokongan dari Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dan MP Shah Alam Khalid Samad.

Desas desus mengatakan bahawa PAS Selangor mahukan Husam Musa, meskipun Salahudin Ayub adalah merupakan tidak bergelar YB dikalangan Naib Presiden.

Seorang lagi Naib Presiden, Mahfuz Omar telah berjaya mempertahankan kerusi parlimen Pokok Sena pada PRU13 yang lalu.

Khalid Samad 'Surrender' - Gagal Guna Kuasa Politik PAS Dan Akhirnya Utus Surat Pada Sultan Pohon Campur Tangan


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bagai mengakui bahawa kuasa politik yang ada pada PAS Selangor gagal untuk mengatasi DAP dan PKR.

Khalid dalam pengakuan terbarunya menyatakan bahawa beliau telah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk campurtangan dalam isu pembinaan pawagam di Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam.

Monday, June 3, 2013

Jenice Lee Bekas Adun DAP Teratai Mula Selak & Dedah


Jenice Lee bekas Adun DAP Teratai mula mendedahkan keburukan parti yang memecatnya.

Jenice Lee yang tidak dicalonkan semula di DUN berkenaan, telah bertindak bertanding sebagai calon bebas. Dengan tindakan itu, Jenice akhir telah dipecat sebagai ahli DAP.

Tidak berpuas hati dengan penyingkiran dan kekalahan kepada Tiew Way Keng dalam saingan di DUN Teratai pada PRU13, Jenice telah tampil mendedahkan perlakuan buruk Tiew yang menaikkan nilai kontrak guaman dari RM15,000 kepada RM55,000 yang memihak kepada firma guaman milik Lim Lip Eng (MP DAP  Segambut) untuk urusan guaman bagi pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada, semasa Tiew menjadi ahli majlis PBT berkenaan pada 2012.

Friday, May 31, 2013

Ramai Tak Perasan Pada 2009 Teng Chang Khim Pernah Perjuangkan Autonomi DAP Dalam Urus DUN Selangor - Terbaru Dia Isytihar Akan Cuba Lagi


Selepas dilantik sebagai Exco Kerajaan Selangor, bekas Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim membuat kenyataan bahawa beliau akan meneruskan hasrat untuk memastikan draf Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Dewan Undangan Negeri Selangor (SELESA) dibentang dan diluluskan oleh DUN.

Dalam laporan yang dipetik dari The Star,
Teng said one of the democratic reforms needed to be carried out would be to pass the Selangor Legislative Assembly Service Commission Enactment (Selesa) drafted in 2009, which was not passed previously "due to some obstacles".
The draft defines the function and role of the executive and legislative branches of government in the state, including clearer roles and functions of the legislative assembly through the state assembly, executive council through the Mentri Besar and state exco members and judiciary under the Federal Constitution.
Asked what the obstacles were, Teng said the previous exco had blocked it.
"Now that I'm in the exco, I will get rid of these obstacles," he said.
Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa draf enakmen berkenaan telah dirangka pada 2009 yang dikaburi dengan matlamat pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Hakikatnya, Teng yang ketika itu merupakan Speaker DUN Selangor mahukan autonomi terhadapnya melalui Suruhanjaya Perkhidmatan DUN Selangor (SELESA).

Speaker melalui Suruhanjaya berkenaan adalah berkuasa dalam mengetuai pengurusan, pejawatan, kewangan dan perkhidmatan, malah juga bertanggungjawab dalam pengurusan aset milik DUN Selangor.

Malahan melalui usaha berkenaan, DUN dan semua aset dan sumber manusianya bukan secara lansung dibawah perkhidmatan kerajaan negeri.

Dari kenyataan Teng di atas, jelas bahawa halangan utama terhadap kegagalan pembentangan draf enakmen berkenaan ialah Majlis Exco sendiri.

Nampaknya beliau masih tidak berputus asa untuk meletakkan pengawalan dan penguasaan DAP terhadap pengurusan perkhidmatan DUN Selangor, apatah pula seorang lagi ADUN DAP Hanna Yeoh telah dilantik ke jawatan tersebut.

Soalnya, apakah kali ini MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan menuruti telunjuk Teng?

Maklumat kandungan draf enakmen berkenaan boleh dibaca SINI.

Thursday, May 30, 2013

Dr Khir Toyo Turuti Dato' Harun Sebagai Bekas MB Selangor Ke Penjara - Tapi Yang Pasti Dengan 2 Perjalanan Yang Berbeza


Foto atas adalah rakaman ketika hari perbicaraan Allahyarham Dato' Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor yang berdepan dengan kes rasuah pada dekan 70an.

Meskipun tidak lagi menjadi Menteri Besar dan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Dato' Harun tetap diiringi oleh para penyokong setianya ke mahkamah. Malah, para penyokong-penyokong Harun berkawal di kediamannya untuk menghalang pihak berkuasa membawanya ke penjara.

Hingga dikatakan bahawa Harun telah dengan rela dan telah dibawa melalui pintu belakang tanpa disedari serta melepasi kawalan para penyokongnya.

Petang tadi, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Khir Toyo keatas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 yang mensabitkan kesalahan salah guna kuasa terhadap pembelian hartanah RM3.5 juta yang dikatakan sebagai dibawah harga pasaran.

Seperti Harun, Khir juga akan menambah bilangan bekas MB Selangor yang dipenjara.

Cuma yang menjadi perbezaan perjalanan antara kedua mereka, apakah penyokong-penyokong Khir  berkawal di kediamannya?

Kelebihan Harun ialah beliau tetap menang jawatan Naib Presiden UMNO meskipun masih berada dalam penjara dan akhirnya telah mendapat ehsan pengampunan Diraja.