Saturday, May 11, 2013

Kegagalan Pertama Khalid Ibrahim Sebagai ADUN Pelabuhan Klang - Gagal Jenguk Keluarga Mangsa Rogol & Bunuh Di Lokasi Yang Dia Pernah 'Makan Busat' Ketika Berkempen


Mungkin alasan belum angkat sumpah sebagai ADUN Pelabuhan Klang menyebabkan TS Abdul Khalid Ibrahim tidak datang menjenguk keluarga mangsa.

Atau mungkin juga tidak arif kawasan DUNnya sendiri, lantas Khalid acuh tak acuh yang berita Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor (11 tahun) mati dibunuh dan dirogol di Bukit Tinggi, Klang, meskipun mendapat liputan media seluruh negara.

Atau Khalid masih bergumbira meraikan kemenangannya.

Tidak dapat ditolak juga yang Khalid berkemungkinan dalam kemurungan kerana ada unsur penolakan dalam PKR Selangor untuk dilantik semula sebagai MB Selangor.


Malah penemuan mayat mangsa adalah dilokasi yang jaraknya kurang 100 meter dari tapak Khalid 'makan busat' dengan komuniti Cina semasa kempen PRU13 yang lalu.

Apalah guna berwakil rakyatkan orang seperti Khalid di Pelabuhan Klang.

Bagaimana pula dengan MP DAP Klang Charles Santiago? Santiago sekarang ini sedang sebok mengumpul bukti palsu apabila 2 orang penyokong DAP telah dihadapkan ke mahkamah kerana menyerang bas awam yang didakwa oleh mereka sebagai mengangkut pengundi hantu semasa hari mengundi tempohari.

Tahniah kepada Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Klang yang dipimpin oleh Datin Paduka Noor Hayati Onn kerana prihatin kepada keluarga mangsa.

Friday, May 10, 2013

Azmin Geram Kerana Perbincangan Anak-Beranak Sambil Minum Kopi & Makan Karipap Putuskan Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor


Akhirnya terjawab akan tujuan Azmin Ali dan sekutunya dalam PKR memanggil sidang media siang tadi.

Meskipun sengaja dilewatkan buat beberapa lama (mungkin untuk menyusun ayat siaran media), namun Azmin meluahkan bahawa,

  • Seolah-olah pemilihan Khalid Ibrahim dibuat melalui perbincangan anak beranak (Anwar, Azizah dan Nurul Izzah) sambil minum kopi dan makan karipap di rumah mereka di Segambut;
  • Anwar pernah menawarkan Azmin jawatan tersebut selepas PRK Permatang Pauh pada 2008.
Apa yang sebenarnya berlaku disebalik tabir ialah Presiden PKR Wan Azizah tanpa berunding dengan Majlis Pimpinan PKR Selangor yang diketuai oleh Azmin, telah mengutus surat cadangan kepada istana yang menyenaraikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Sabar Sungguh Wanita Ini Kawal Ahli Keluarganya - Kalau Latheefa Koya Alamat Terjerit-jerit Gamaknya...........


Wanita keturunan peranakan (foto atas) kelihatan tetap tenang, sabar dan cekal dalam mengawal ahli keluarganya yang dituduh sebagai pengundi hantu.

Kelihatan juga wanita Cina (berbaju merah) dilihat menghampiri mereka, mungkin bersimpati dan mungkin mengenali kumpulan keluarga berkenaan.

Kalaulah situasi ini berlaku kepada Latheefa Koya macam manalah gamaknya? Gerenti terjerit-jerit gamaknya.


Rupa-rupanya, anak muda di atas boleh bertutur dialek Cina, dan didengar berkata sesuatu kepada wanita berkenaan.

Anda dengar dialog anak muda dengan wanita Cina itu dibahagian terakhir video. Oh! betapa memalukan bagi petugas-petugas DAP.

Rahmat Keatas Husam Musa Ditarik Balik Kerana Ujub & Riak Dalam Rumah Allah


Husam Musa bukan sahaja tewas di Putra Jaya, malah kehilangan jawatan Exco di Kelantan.

Walau pun berjawatan senior dalam parti di peringkat nasional (Naib Presiden PAS) namun Allah tidak izinkannya bukan sahaja menjadi MB Kelantan menggantikan Nik Aziz yang undur diri, tetapi juga digugurkan dari jawatan exco. Kini Husam hanyalah ADUN biasa di Kelantan.

Apakah puncanya?

Jawapannya mudah.

Kerana ujub dan riak di dalam rumah Allah.

Thursday, May 9, 2013

Azmin Nak Bawa 11 MP PKR Keluar Parti? Atau Sekadar Ancaman Nak Jawatan MB?


Adalah diyakini gembar-gembur mengatakan Azmin Ali akan membawa 11 ahli parlimen keluar parti hanyalah sebagai gimik semata-mata.

Sebaliknya ia lebih berbentuk ancaman kepada Anwar Ibrahim supaya mempengaruhi DAP dan PAS agar menerimanya sebagai MB Selangor.

Walau pun PAS kelihatan turut berhak terhadap jawatan MB, namun ia agak sukar diterima oleh DAP. Meskipun PAS Selangor tidak diwakili oleh 'Pak Lebai', imej PAS tidaklah sehebat yang dijangka oleh DAP.

Calon favorite pastinya terarah kepada bekas penyandang Khalid Ibrahim.

Namun, penerimaan terhadap Khalid dari dalam PKR Selangor sendiri amatlah sukar.

Sepanjang tempoh berkempen di Pelabuhan Klang, Khalid ditinggalkan berseorangan oleh para pemimpin PKR Selangor, malah oleh Anwar Ibrahim.

Kecuali kehadiran Wan Azizah dan bantuan PAS serta DAP, Khalid akhirnya menyambung hayat di kawasan barunya itu.

Dengan harapan agar Khalid 'tertanam' di Pelabuhan Klang yang ketidaksampaian, akhirnya Azmin & The Gang membuat suatu tindakan mengamcam bukan sahaja kepada Anwar dan juga DAP.

Bagaimana pula dengan PAS? PAS tidak punya masalah besar, kerana ia sekadar 'Pak Turut' kepada Anwar dan DAP. Malah PAS Selangor juga dilanda sindrom rendah diri yang melampau, bila masing-masing  ADUN yang menang merasakan mereka tidak layak menjadi MB.

PAS Takut Atau Memang Tidak Mampu Mengemudi Kerajaan Selangor?


Mengambil kira kedudukan kerusi DUN dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyebut (Perkara 53 (4)) seorang Menteri Besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam, maka PAS dan PKR punya kriteria untuk salah seorang dari ADUN mereka diperkenankan oleh DYMM Sultan sebagai MB Selangor.

Satu hakikat yang sukar disangkal ialah  PAS dan DAP adalah saling curiga mencurigai.

DAP awal-awal lagi memberi indikasi  yang mereka rela menyerahkan jawatan tersebut kepada PKR dan pada PAS pula memberi isyarat kononnya tidak berminat.

Sesungguhnya inilah kelebihan PKR, mereka terus bernyawa kerana kecurigaan yang wujud antara PAS dan  DAP.

Jika benar PAS turut memberi laluan kepada PKR, maka saya menyimpulkan bahawa sia-sialah perjuangan PAS semenjak 1955 yang kononnya ingin meletakkan kepimpinan ulamak dan menegakkan negara Islam.

Sikap ini juga menunjukkan yang PAS adalah takut, tiada keyakinan diri, malah mungkin juga sememangnya mereka menyedari bahawa mereka tidak berkemampuan untuk mengemudi kerajan Selangor.

Suatu tamparan yang hebat buat PAS jika gagal mendapatkan jawatan MB Selangor, kerana selepas ini mereka bakal di'cop' sebagai hanya layak menerajui negeri-negeri Melayu sahaja dikalangan DAP dan bagi penyokong BN, PAS selayaknya menjadi pembangkang hingga kiamat!

Menariknya bagi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin, kerusi MB Selangor adalah hak PKR hingga lupa kerusi DUN Selangor untuk PAS-DAP-PKR adalah pada kedudukan 15-15-14.



Apapun, jangan sesekali abaikan budi bicara Sultan dalam memperkenankan perlantikan MB dan tidak mustahil perlantikan kali ini tersasar dari jangkaan umum.

Wednesday, May 8, 2013

Dari PM Najib Hingga Kepada Rakyat Bangsa Melayu Berwajah Iras Bangla, Semuanya Adalah Bersifat Pemaaf Kepada Bangsa Cina Malaysia


Batu api utama tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim, dalam menghasut kononnya wujud pengundi hantu dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Beberapa kejadian menghambat Bangla pada pilihanraya dilakukan oleh penyokong-penyokong Cina DAP.

Menyedihkan yang menjadi mangsa ialah pengundi Melayu iras Bangla.

Namun hakikatnya orang Melayu, dari PM Najib bawa ke rakyat biasa begitu mudah menerima permohonan maaf dan keperitan, kepayahan dan dimalukan dikhalayak ramai dikira selesai dengan ungkapan, "Saya minta maaf," dari orang Cina yang melakukan kesalahan.

Oh! Mudahnya.


Bagi penyokong-penyokong PAS apatah lagi Nik Aziz, tentunya tidak punya rasa apa-apa-apa bila bas milik anak Kelantan, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dipecahkan cermin depan dan tepi oleh penyokong DAP di Pandamaran, Klang.



Hantamlah apek.... nanti boleh minta maaf......